CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday 8 February 2012

DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yan taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasikdan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan berbuat kebajikan. Perempuan itu selalu membaca BISMILLAH setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sentiasa didahului dengan BISMILLAH. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Dia berkata sambil mengejak,
"Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Wanita itu tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada ALLAH swt supaya memberi hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata:
"Suatu hari nanti akan aku buat kau kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu"

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan dia memberikan wang yang banyak kepada siteerinya dan berkata,
"Simpan duit ini"
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap, suaminya mengambil duit itu dan mencampakkannya dalam perigi di belakanag rumahnya.

Beberapa hari kemudian, suaminya telah memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan kepadaku wang telah aku berikan kepada engkau untuk disimpan,"
Kemudian isterinya peergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan hati-hati dia hampiri tempat itu dia membuka dan membaca BISMILLAHIRROHMANRROHIM."
Ketika itu ALLAH wt menghantarkan malaikat JIBRAIL AS untuk mengembalikan beg duit itu. 
Isterimya memberikan beg duit itu kepada suaminya.

Terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu dia bertaubat dan sentiasa mengerjakan perintah ALLAH swt, dia juga membaca BISMILLAH  apabila dia hendak melakukan sesuatu kerja.

No comments:

Post a Comment