CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday 3 May 2014

MEMUDAHKAN MENDAPAT REZEKI YANG HALAL

MEMUDAHKAN MENDAPAT REZEKI YANG HALAL

Nafkah dan sara hidup amat diperlukan malah ia merupakan kepeerluaan asas yang utama pada setiap orang . Sekiranya terdapat seseorang yang tidak cukup nafkahnya maka sedikit sebanyak amal ibadatnya akan terganggu juga.

Setiap insan mengharapkan keperluan hidup yang mencukupi , bukan untuk diri sendiri malah untuk keluarga juga. Ramai orang tidak memilih apa jua pekerjaan yang penting nafkah keluarga dipenuhi. Kadang-kadang apabila sukar mencari nafkah ramai yang melakukan sesuatu yang haram dan melanggar syariat.

Bagi memudahkan mencari rezeki dalam kehidupan, kita hendaklah endekatkan diri kepada Allah swt dan meinta dijauhi perkara-perkara yaang haram. Salah satunya yang telah diturunkan oleh para ulama yang terdahulu ialah beramal dengan surah al-Qadar ini. Dengan kata lain kita dapat menjadikan surah ini sebagai perantaraan untuk meminta dan memohon dam meminta rezeki Yang Maha Memberi Rezeki yakni Allah swt.

Caranya ialah membaca surah al-Qadar ini sebanyak 36 kali pada minyak wangi. Kemudian anda
percikkan minyak wangi itu pada pakaian kita, setelah itu barulah kita pergi keluar untuk mencari rezeki yang halal.

Selain itu juga, surah ini amat baik untuk dijadikan amalan atau wirid oleh mereka yang sedang mencari pekerjaan. Lakukanlah sebagaimana cara yang telah disebutkan di atas tadi. Mudah-mudahan dengan izin Allah swt anda boleh mendapatkan pekerjaan yang menddatangkan rezeki yang mencukupi seiisi keluarga. In Sya Allah.      

PENULISAN KHAT AL-QURAN KETERLALUAN ADALAH DILARANG

PENULISAN KHAT AL-QURAN KETERLALUAN ADALAH DILARANG

PENULISAN KHAT AL-QURAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Jun 2005 membincangkan hukum menulis ayat al-Quran mengikut reka bentul alat permainan seperti tumbuh-tumbuhan, wau, bunga-bungaan dan seumpamanya telah memutuskan :

* Penulisan al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang.

* Penulisan khat Al-Quran yang dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan seterusnya dapat dibaca.

* Penulisan khat al-Quran tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat yang lain sehingga boleh mengelirukan pembaca.

* Tulisan khat ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacatkan, mengelirukan atau mengubah maknanya.

* Tulisan khat ayat Al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan
dan menghilangkan tujuan ayat al-Quran iaitu diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang.

(Sumber : Portal Rasmi Fatwa Malaysia)