CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

INDAHNYA SOLAT









TIPS-TIPS MENJAGA SOLAT DHUHA

* Ikhlas.
* Menyahut seruan Rasulullah saw agar mengerjakan solat dhuha.
* Berdoa akan dipermudahkan mengerjakan solat dhuha.
* Berniat dan berazam mengerjakan solat dhuha.
* Menjauhi dosa dan maksiat.
* Tepis semua godaan syaitan.
* Selalu muhasabah diri.
Mengetahui fadhilat solat dhuha.
* Mujahadah diri.
* Berusaha makan makanan halal.
* Saling mengingati untuk mengerjakan solat dhuha.
* Mendidik jiwa untuk mendapat kemuliaan dan keagungan.
* Mengingti nikmat syurga yanag dijanjikan Allah swt.
* Mencela jiwa kerana lalai mengerjakan solat dhuha.
* Mengingati neraka dan semua jenis azab yang ada di dalamnya.
* Mengetahui dahsyatnya azab kubur.
* Zuhud (bersederhana) di dunia.
* Menghukum diri jika lalai mengerjakan solat dhuha.
* Tidak banyak ketawa dan bergurau.
* Mengutamakan kehidupan akhirat.
* Kurangkan angan-angan dan banyakkan megingati mati.
* Mendidik jiwa agar kekal dalam ketakwaan dan ketaatan.

* Memberi teladan yang baik pada orang lain.
* Meminta bantuan orang lain untuk mengingatkan solat dhuha.
* Konsisten mengerjakan solat dhuha.
* Membayangkan kiamat dan semua seksaannya. 



FADHILAT SOLAT DHUHA

1. Lebih mulia dari harta rampasan perang.
Di zaman Jahilliah, apabila sebuah paasukan tentera berangkat ke medan perang, mereka akan membawa bersama emas, isteri, berlian, kuda dan lain-lain. Semua harta yang dibawa itu sebagai bekalan dalam perjalanan. Jika dihitung, jumlahnya memang banyak kerana mereka sendiri tidak dapat mengagak berapa lama perjalanan tersebut. Phak yang menang akan mendapat habuan tersebut manakala kumpulan yang kalah akan kehilangan banyaak harta. Tambahan lagi mereka terpaksa merelakan nyawa di medan perang. 
Hakikatnya, solat dhuha yang dilakukan oleh kita itu jauh lebih baik dari harta rampasan perang.  


2.Terpelihara daripada keburukan.
Allah swt akan menjamin keamanan kehidupan kita paada hari itu jika kita mengerjakan Solat Dhuha, dan Allah swt juga akan menjauhkan kita dari segala keburukan. Tidak akan ada satu pun bentuk yang mengganggu, menyakiti, mahupun yang mengurangkan rezeki kita pada hari itu dengan izin-Nya. Ada sahaja jalan yang Allah swt tunjukkan pada kita sehingga kita mampu menjalani kehidupan kita pada hari itu dengan penuh kebaikan.   

3. Termasuk dalam golongan orang yang bertaubat.
Orang yang selalu mentaati perintah Allah swt dan menjauhi segala larangan-Nya adalah orang yang layak mendapat rezeki Allah swt. inu kerana Allah swt mewarisi bumi dan segala isinya, hanya kepada orang yang beriman. Mohonlah kemapunan dari Allah swt jika kita telah membuat kesalahan. Sekiranya kita telah mengerjakan Solat Dhuha, itu adalah tanda bahawa kita adalah sebahagian daripada para hamba-Nya yang bertaubat. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah saw bersabda dan bermaksud:

"Yang menjaga Solat Dhuha ialah orang-orang yang bertaubat"
(Riwayat Ibnu Khizaimah no.1224) 

4. Mendapat pintu khusus di Syurga kelak.
Tidak semua orang dapat kemuliaan untuk memasuki Syurga Allah swt dengan melalui pintu yang dikhususkan untuknya. Sebahagian besar penghuni Syurga memasuki pintu yang sama. Di antara individu ini ialah individu yang rajin mengerjakan dan istiqamah mengerjakan solat Dhuha. Pada hari Kiamat nanti, dia akan dipanggil dari pintu yang menjadi haknya.

5. Setiap rakaat Dhuha mempunyai kedudukan mulia masing-masing.
Jumlah rakaat dhuha yang dilakukan oleh kita akan menentukan kedudukan kita di sisi Allah swt. Jika kita mengeerjakan solat dhuha dengan 2 rakaat, maka kita akan mendapat ganjaran dengan jumlah itu. Semakin banyak rakaat yang kita kerjakan maka semakin tinggilah kedudukan kita di sisi Allah swt. 

6. Diampunkan dosa-dosanya.
Jika kita mampu mengerjakan solat dhuha dan rajin menjaganya, maka dosa-dosa yang pernah dibuat akan diampuni oleh Allah swt walaupun sebanyak buih-buih di lautan. Bagi orang-orang yang mengharapkan pengampunan dari Allah swt, maka lakukanlah solat dhuha.  

7. Boleh menggantikan sedekah.
Dalam tubuh manusia terdapat banyak tulang sendi. Dan setiap hari, setiap dari sendi itu beekewajipan menunaikan sedekah. jika dihitung, tidak mungkin kita mampu melakukannya. Namun semuaanya itu boleh digantikan hanya dengan mengerjakan Solat Dhuha.
Diriwayatkan daripada Abu Zar RA bahawa Rasulullah saw bersabda dengan bermaksud:

"Setiap tulang dan sendi pada tubuh badan kamu perlu dibayar sedekah. Maka tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ialah sedekah. Amal makruf ialah sedekah, dan nahi mungkar adalag sedekah. Dan semuanya itu memadai dengan dua rakaat Solat Dhuha"

8. Melaksanakan wasiat Rasulullah saw.

Jika kita telah mengerjakan Solat Dhuha, secara tidak langsung kita telah melaksanakan wasiat Rasulullah saw. Setiap umat Rasulullah saw seharusnya mengikuti segala perintah dalam sunnah-sunnah Baginda.  Abu Hurairah RA meriwayatkan:

"Bahawa Rasulullah saw berwasiat kepadanya dengan 3 perkara: Berpuasa selama tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan dua rakaat Dhuha dan mengerjakan witir sebelum tidur"

KELEBIHAN SOLAT SUBUH

SOLAT SUBUH  adalah catatan pertama siang hari bagi seorang muslim. Dalam rekod kesihatan juga aktiviti harian yang mula-mula dicatatkan ialah SOLAT SUBUH. Dengan kata lain, mulakan kagiatan harian dengan mendirikan solat subuh. 

Ini bermakna kita akn sentiasa berada dalam lindungan dan ikatan janji Allah swt, lalu sudah tentu Allah akan menjaga kita dalam keadaan baik daripada segalaa yang tidak baik, juga mencagah segala keburukan serta kejahatan.

Allah swt tidak akan memberkati hidup seharian kita jika kita tidak menunaikan solat subuh. Allah juga tidak akan mengucapka  selamat buat kita. Sesungguhnya, Solat Subuh merupakan petanda pertama seseorang hamba itu diterima Allah swt.

Solat subuh juga merupakan satu faedah yang besar , kemuliaan, kemenangan dan perlindungan kepada hamba yang melakukan solat subuh. Beruntung besarlah buat kita yang menunaikan solat subuh. Berbahagialah mereka-mereka yaang mendirikan solat subuh.

Berbunga-bungalah hendaknya jiwa hati Muslimin Muslimat yang mendirikan solat subuh. Namun di sebaliknya, akan terkutuk dan rugilah mereka-mereka yang mengabaikan solat subuh. 

    

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sewaktu bersujud kita berada sangat hampir dengan ALLAH. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang biasa dilakukan oleh Rasulullah SAW memenjangkan sujudnya memperbanyakkan zikir dan doa dengan didalamnya.

Rasulullah saw :
"Suasana yang paling hampir dengan hamba dan TuhanNYA ialah dikala ia sujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa didalamnya".

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya ALLAH, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar".

Semoga dengan mengamalkan doa ini, kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan ALLAH dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa didalamnya. Rasulullah saw biasa berbuat begitu sehingga penah para sahabat hairan kerana amanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh banginda dalam sabdanya yang bermaksud,
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat".
Mendengar itu para sahabat bertanya,
"Bagaimana engkau dapat mengenali mereka wahai ya Rasulullah saw?"
Jawab baginda,
"Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedangkan didalamnya pula terdapat seekor kuda yang putih bersih, maka adakah engkau tidak akan mengenalinya?"
Sahabat menjawab,
"Bahkan!"
Rasulullah saw menyambung,
"Kerana sesungguhnya pada ketika itu (Hari Kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebutkan mereka (terutama anggota berwuduk) putih berseri-seri oleh cahaya wuuduk. 
KEISTIMEWAANNYA ahli neraka juga akan mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.

Rasulullah saw bersabda dan bermaksud,
"Apabila ALLAH hwendak melimpahkan rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli Neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah ALLAH swt lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka) di mana ALLAH menegah NERAKA memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah ALLAH memuliakan hambaNya yang bersujud. Orang yang bersujud mendapat keistimewaannyaapatah lagi dalam sujud yang kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.  
CARA MEMBACA SURAH PENDEK DALAM SOLAT

Jika solat bersendirian, harus untuk membaca apa-apa jua surah walau sepanjang mana sekalipun asalkan ia dalam kemampuan mereka.

Jenis surah 
Nabi saw tidak menentukan mana-mana solat dengan surah tertentu kecuali solat Jumaat, Aidilfitri dan Aidiladha sahaja. Justeru, bebas membaca apa-apa surah bagi solat-solat fardhu.

Kaedah bacaan
Baginda saw membaca surah dengan menghabiskan satu surah dalam solat samada panjang atau pendek. Baginda juga kadang-kadang menggunakan dua rakaat bagi menamatkan satu surah agar tidak terlalu panjang. ada kalanya juga Baginda membaca awal, tengah dan akhir surah. Baginda juga memanjangkan bacaan dalam solat Subuh kerana bacaan ketika itu dipersaksikan oleh para Malaikat (AL-Mughni, jil. 2, hlm. 42).



Membaca surah mengikut tertib surah
Lebih baik membaca mengikut tertib susunan surah al-Quran. Ini kerana susunan itu datangnya dari Allah swt. Malah mendapat athar yang menunjukkan kurang elok mengabaikan susunan tertib surah ini sebagaimana disebutkan daripada Ibn Mas'ud :
"Sesungguhnya ditanyakan kepada Umar al-Khattabra. berkenaan mereka yang membaca al-Quran  yang tidak mengikut susunan (dalam solat).
Jawab Umar:
"Itulah orang yang terbalik hatinya . (Riwayat al-Tabrani)
Bagaimanapun jika ada yang membaca tidak mengikut susunan, ia tidaklah haram. Ini jelas daripada sebuah dalil yang menunjukkan Nabi sendiri pernah membaca tidak mengikut susunan. Justeru, mengikut tertib ini kekal sebagai perkara yang digalakkan dan sunat sahaja.