CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday 20 March 2013

UNTUK MENGUBAH KEBENCIAN ORANG LAIN

UNTUK MENGUBAH KEBENCIAN ORANG LAIN

Walaupun fitrah manusia sukakan kedamaian, tetapi dalam satu-satu masyarakat ada juga orang yang suka akan sikap iri hati dan berlakukan hal-hal yang tidak diingini. Kadang-kadang orang baik pun dibenci orang lain atas sebab antara lain, kerana sifat cemburu. Keadaan seperti ini tidak mudah dikawal, lebih-lebih lagi dilenyapkan terus dari masyarakat.

Maka untuk menghindari sasaran kebencian orang lain seperti ini, eloklah kita memohon kepada Allah swt supaya dijauhkan darinya menerusi amalan membaca surah al-Fatihah ini.

Khaifiatnya ialah mambaca ayat "shiratal-lazina" sebanyak yang mungkin dengan ikhlas dan kusyuk. Selepas itu mintalah kepada Allah swt supaya orang yang membenci anda itu akan insaf dan sedar, kembali kepada fitrah insaniyahnya. Mudah-mudahan dengan izin Allah, kebenciannya lenyap dan berubah dengan ksih sayang dan saling menghormati.  

Monday 18 March 2013

SUPAYA MEMPEROLEHI CAHAYA DALAM KUBUR

SUPAYA MEMPEROLEHI CAHAYA DALAM KUBUR

Sudah menjadi tradisi budaya keagamaan di seluruh Nusantara apabila ada kematian makan akan diadakan majlis tahlil dan doa. Hal ini memang sesuai dengan suruhan agama. Tetapi sedarkah anda bahawa Ayat Kursi mempunyai khaifiat dan faedah untuk memberi cahaya kepada orang yang sudah meninggal dunia dan berada di alam kubur.

Justeru itu, bacalah Ayat Kursi dan pahalanya dihadiahkan kepada ibu bapa, datuk, nenek, keluarga dan kaum muslimin yang sudah meninggal dunia supaya kubur mereka terang benderang kerana diterangi oleh cahaya yang diberikan oleh Allah swt.

Ketika hendak membaca Ayat Kursi tersebut, anda hendaklah terlebih dahulu berniat seperti di bawah ini:

Ertinya:
"...Al-Fatihah & Ayat kursi kami hadiahkan kepada roh ...(sebutkan nama orang yang dimaksudkan itu), dan ke hadrat Nabi Muhammad saw, al-Fatihah (bacalah al-Fatihah beramai-ramai)..."
Seterusnya disambung dengan ayat kursi.

Dengan amalan ini, mudah-mudahan dengan izin Allah swt akan mendapat cahaya di alam kubur orang yang kita hadiahkan bacaan tersebut. Sebaik-baiknya amalan ini dilakukan selepas menunaikan solat fardhu dan boleh juga pada masa-masa yang lain yang dirasakan mempunyai keberkatan tersendiri

Sunday 17 March 2013

UNTUK MENDIAMKAN MULUT ORANG JAHAT (DAN KAWAN KITA YANG BERMULUT JAHAT)

UNTUK MENDIAMKAN MULUT ORANG JAHAT
 (DAN KAWAN KITA YANG BERMULUT JAHAT)


Sekiranya anda bertembung dengan orang jahat, bacalah ayat kursi sebelum bertembung dengannya. iaitu sebanyak 3 kali dengan kusyuk dan yakin. Kemudian diiringi dengan doa di bawah ini:

"... Wahai Zat Yang Hidup Kekal Abadi wahai Zay yang Menguruskan makhluk-Nya, wahai Zat yang menciptakan langit & bumi, Wahai Zat yang Mempunyai Kemuliaan dan Kesempurnaan, Aku memohon kepada MU dengan kebenaran ayat yang mulia ini (ayatul Kursi) dan semua yang terkandung didalamnya berupa nama-nama yang agung, supaya Engkau kekang mulutnya (nama orang yang diniatkan) dan Engkau bisukan lisannya sehingga dia tidak akan berkata melainkan kata-kata yang baik, atau dia diam, kebaikanmu, hai orang berada di kedua tanganmu dan kekejianmu berada di bawah kedua tapak kakimu ..."

Selepas anda mengamalkan amalan tersebut, majulah ke hadapan orang yang diyakini berniat jahat tersebut. mantapkan hati dan yaakinkan jiwa bahawa anda berada dalam lindungan dan pemeliharaan Allah swt. 

Saturday 9 March 2013

KEUTAMAAN SOLAT TAHAJUD

KEUTAMAAN SOLAT TAHAJUD

Keutamaan solat tahajud banyak disebut dalam beberapa ayat suci al-Quran juga hadith, dan di antara keutamaan-keutamaan solat tahajud ialah:-

1. Disejukkan pandangan matanya.

2. Mendapat darjat yang mulia

3. Mendapat pahala seperti pahala sedekah secara sembunyi-sembunyi

4. Bukti kemenangan melawan syaitan

5. Solat sunat yang paling utama setelah solat fardhu

6. Mendapat kamar syurga yang istimewa

7. Wajahnya sentiasa tampan

8. Pada setiap malam terdapat waktu mustajab

9. Tuhan (Allah) berasa kagum

10. Mendapat rahmat dari Allah

11. Perkara penghapus dosa

12. Ditulis sebagai golongan yang mengingati Allah

13. Dicintai Allah

14. Waktu yang paling dekat dengan Allah

15. Menunjukkan hamba yang bersyukur