CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday 31 December 2011

10 FADHILAT SOLAT

10 FADHILAT SOLAT

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda:
Yang bermaksud:
"Solat adalah tiang agama dan di dalamnyaada 10 macam (faedah):-

1. Sebagai perhiasan wajah.

2. Ia adalah cahaya bagi hati.

3. Ia kesihatan bagi badan.

4. Ia merupakan tempat turunnya rahmat (Allah swt).

5. Ia sebagai kunci langit.

6. Ia boleh memberatkan timbangan.

7. Ia adalah (penyebab) redha Allah.

8. Ia sebagai bayaran (masuk) ke syurga.

9. Ia merupakan dinding bagi api neaka.

10. Sesiapa yang telah mendirikan sembahyang, beerti dia telah menegakkan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya, amak sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama".



Friday 30 December 2011

6 PERKARA YANG DAPAT MENANDINGI SEMUA KEHEBATAN DUNIA



6 PERKARA YANG DAPAT MENANDINGI SEMUA KEHEBATAN DUNIA

Dari Bazar Jimihir:
Yang bermaksud:
"Ada 6 perkara yang boleh menandingi semua kehebatan dunia iaitu :-

1. Makanan yang lazat.

2. Anak yang soleh.

3. Isteri yang taat.

4. Perkataan yang tersusun dengan baik.

5. Akal yang sempurna.

6. Badan yang sihat".

ORANG YANG BANYAK BERCAKAP AKAN BANYAK KESALAHANNYA

ORANG YANG BANYAK BERCAKAP AKAN BANYAK KESALAHANNYA

Dari Umar ra:
Yang bermaksud:

1. "Sesiapa yang banyak ketawa maka sedikit hormat orang kepadanya.

2. Sesiapa yang memandang rendah terhadap manusia, maka dirinya juga akan dipandang rendah oleh orang lain.

3. Sesiapa yang banyak melakukan sesuatu, maka dia menjadi terkenal dalam perkara itu.

4. Sesiapa yang banyak bercakap, akan banyak kesalahannya.

5. Sesiapa yang banyak kesalahannya, maka sedikit malunya.

6. Sesiapa yang sedikit malunya, maka sedikit waraknya.

7. Dan sesiapa yang sedikit waraknya, maka mati hatinya".

Tips bagaimana untuk mengurangkan pendedahan kepada radiasi telefon bimbit


Tips Bagaimana Untuk Mengurangkan Pendedahan Kepada Radiasi Telefon Bimbit

Bagaimana anda berdepan dengan hakikat bahawa telefon bimbit boleh menyebabkan kanser otak?

Berita memberitahu bahawa pendedahan kepada frekuensi radio telefon dan medan elektromagnet boleh menyebabkan pengguna berisiko tinggi untuk mengalami Glioma, sejenis kanser otak.

Walaupun tiada bukti langsung bahawa telefon bimbit akan menyebabkan anda kanser, terdapat cara yang terbukti untuk membantu anda mengurangkan risiko anda:

Jika anda hendak bercakap menggunakan telefon bimbit, gunakan hands free(ears phone). Ini kerana alat ini mengeluarkan radiasi jauh lebih rendah daripada telefon bimbit sebenar, kata Kumpulan Kerja Alam Sekitar. Sekiranya anda bersendirian, lebih baik anda menggunakan mod pembesar suara(loud-speaker) pada telefon bimbit anda.

Apabila isyarat(signal) lemah? Pada isyarat lemah inilah tahap radiasi paling kuat. Lebih baik anda menggunakan headset.

Seperti anda bercakap menggunakan telefon bimbit semasa anda memandu? Sedar bahawa telefon bimbit anda boleh menjadi lebih berbahaya semasa anda di dalam kereta. Ini kerana telefon bimbit anda akan sukar mencari isyarat dalam kereta dan daripada itu ia akan memancarkan radiasi yang lebih tinggi lagi.

Kanak-kanak tidak sepatutnya bercakap menggunakan telefon bimbit dengan lama kerana otak mereka boleh menyerap radiasi yang tinggi. Kalau boleh guna telefon talian sahaja dari rumah ataupun pondok telefon.


6 PERKARA YANG DAPAT MENANDINGI SEMUA KEHEBATAN DUNIA

6 PERKARA YANG DAPAT MENANDINGI SEMUA KEHEBATAN DUNIA

Dari Bazar Jimihir:
Yang bermaksud:
"Ada 6 perkara yang boleh menandingi semua kehebatan dunia iaitu :-

1. Makanan yang lazat.

2. Anak yang soleh.

3. Isteri yang taat.

4. Perkataan yang tersusun dengan baik.

5. Akal yang sempurna.

6. Badan yang sihat".

7 ORANG YANG DIPANDANG MATI SYAHID

7 ORANG YANG DIPANDANG MATI SYAHID

Telah bersabda Nabi Muhammad saw:
Yang bermaksud:
"Ada 7 termasuk mati syahid selain dari mati syahid kerana terbunuh dalam peperangan di jalan Allah:

1. Mati kerana sakit perut, termaasuk mati syahid.

2. Mati kerana tenggelam, termasuk mati syahid

3. Mati kerana ditimpa penyakit bengkak pada rusuk badan, termasuk mati syahid

4. Orang yang mati kerana sakit kolera,termasuk mati syahid

5. Orang yang mati terbakar,termasuk mati syahid

6. Orang yang mati ditimpa runtuhan,termasuk mati syahid

7. Perempuan yang mati kerana melahirkan, termasuk mati syahid.

10 ORANG KEKASIH IBLIS & 20 ORANG SEBAGAI MUSUHNYA

10 ORANG KEKASIH IBLIS
&
20 ORANG SEBAGAI MUSUHNYA

Dari Ibnu Abbas ra, bahawa dia telah berkata:
Yang bermaksud:
"Telah bertanya Rasululah saw, pada suatu hari kepada Iblis laknatullah alaih:
"Berapa orang dari umatku yang menjadi kekasih engkau?"

Berkata Iblis : "10 orang"

1. Pemimpin yang zalim.

2. Orang yang sombong

3. Orang kaya yang tidak mempedulikan dari mana ia memperolehi hartanya dan kemana ia belanjakan.

4. Orang alim yang membenarkan pemimpin yang zalim.

5. Peniaga yang menipu.

6. Muhtakir
 (iaitu orang yang menahan barang-barang yang diperlukan oleh manusia, kemudian menjualkannya dengan harga yang tinggi, ketika manusia sangat-sangat memerlukannya) 

7. Orang yang berzina.

8. Orang yang memakan riba.

9. Orang bakhil yang tidak peduli dari mana ia kumpulkan hartanya.

10. Orang yang terus menerus minum arak.

Kamudian Nabi saw bertanya lagi:
"Berapa orang dari umatku sebagai musuh engkau?"

Berkata Iblis: "Sebanyak 20 orang".

1. Engkau Muhammad, maka sesungguhnya aku benci padamu.

2. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.

3. Orang hafal al-Quran, apabila ia mengamalkan isinya.

4. Orang yang azan kerana Allah salam solat lima waktu.

5. Orang cinta kepada orang-orang fakir dan miskin serta anak-anak yatim.

6. Orang yang memiliki hati yang pengasih.

7. Orang yang merendahkan diri pada kebenaran.

8. Pemuda yang taat kepada Allah swt.

9. Orang yang makan barang yang halal.

10. Dua pemuda yang saling kasih mengasihi kerana Allah.

11. Orang yang memelihara solat berjamaah.

12. Orang yang solat di waktu malam, pada saat manusia sedang tidur.

13. Orang yang menahan dirinya dari mengerjakan yang haram.

14. Orang yang menasihati (saudara-saudaranya), sedang di hatinya tidak tersimpan (sesuatu) maksud yang lain.

15. Orang sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.

16. Orang yang dermawan.

17. Orang yang bagus akhlaknya.

18. Orang yang membenarkan (dan mempercayai) Tuhannya, bahawa Allah telah menjamin rezekinya.

19. Orang yang berbuat baik pada janda yang fakir.

20. Orang yang tetap bersiap-siap untuk mati."



MANUSIA SEPATUTNYA SENTIASA BERADA DALAM 6 JENIS RASA TAKUT

MANUSIA SEPATUTNYA SENTIASA BERADA
DALAM 6 JENIS RASA TAKUT

Dari Umar ra:
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang mukmin berada dalam 6 jenis rasa takut :-

1. Takut kalau Allah swt mencabut imannya.

2. Takut kalau malaikat pencatat amal menulis perbuatannya yang akan menyebabkan terbuka aibdirinya di hari kiamat.

3. Takut kalau syaitan merosakkan amalnya.

4. Takut kalau malaikat pencabut nyawa datang mengambil rohnya dengan tiba-tiba, ketika dia dalam kelalaian.

5. Takut kalau dirinya tertipu dengan dunia, sehingga ia melalaikannya dari akhirat.

6. Takut kalau keluarganya membuatkan dia sibuk dan lalai dari mengingati Allah.......

Kalau dah baca.....follow2 la blog saye yer....hehehe
banyak lagi akan kongsi....

MASALAH KEPUTIHAN.....????

MASALAH KEPUTIHAN.....????

Keputihan ini adalah perkara biasa yang berlaku pada kaum wanita. Bebiasaannya ianya jernih keputih-putihan, tidak gatal, tidak berbau, cecair yang sedikit dan ianya adalah normal.


Tahukah anda, apa yang menyebabkan
 KEPUTIHAN INI TERJADI?

INI ADALAH FARAJ YANG DIJANGKITI KULAT...!!!!

Keputihan  disebabkan oleh 2 jenis kulat iaitu

Trichomoniasis dan Candida Albican

Namun, terdapat Keputihan yang boleh dikatakan berbahaya dan serius....
Antaranya :


1. Pengeluaran keputihan  yang berwarna kekuningan atau putih, berlaku secara berterusan disetai dengan rasa gatal juga berbau busuk.


2. Vegina berasa gatal.


3. Perlu memakai panty liner setiap hari kerana kemaluan sentiasa basah.


4. Tidak berasa selesa ketika bersama suami disebabkan keputihan tersebut.


Jika YA, cegah keputihan anda dengan segera sebelum terlambat.
Antara perkara yang boleh kita lakukan :

> Jaga Kebersihan kita

> JANGAN gunakan sebarang ubat untuk membersihkan vegina kita terlalu kerap. Kara ia boleh menghiangkan keadaan semulajadi vegina kita yang berfungsi melindungi vegina kita dari sebarang kuman.

> Kurangkan tekanan perasaan (jangan stress)

> Pastikan kadar gula bagi pengidap kencing manis (diabetes) stabil.

> Jumpa doktor jika keluar keputihan dengan berlebihan.

Ada cara yang mudah bagi mengatasi masalah ini.
lebih2 lagi kaau ada yang malu tuk jumpa doktor.

Haaa....kalau nak tau...dengan pemakaian
korset Premium Beautiful  (PB)
keputihan pasti HILANG.

 bagaimana PB dapat membantu anda???

LONG GIRDLE
Rekabentuk Long Girdle pada Premium Beautiful mempunyai jaringan-jaringan udara yang mana berfungsi untuk Mengalakkan Pengaliran Udara, Mengelakkan Kelembapan dan seterusnya Merencatkan Pertumbuhan Bakteria, Fungus/kulat dan bau-bau yang tak menyenangkan.

Anda hanya perlu memakai PB selama 8 jam sehari, masalah keputihan  akan berkurangan dan seterusnya sembuh secara semulajadi. Senangkan? Hanya perlu memakai PB semasa pergi keje je...itu dah cukup..

Anda juga akan merasakan keselesaan sepanjang hari dan sekaligus mengembalikan keyakinan diri dan menghangatkan hubungan anda dengan suami.

Dapatkan PB anda sekarang!!
Jangan tunggu lagi, order PB anda sekarang juga!!















7 JENIS MANUSIA YANG TIDAK AKAN DIPANDANG OLEH ALLAH DI HARI KIAMAT

7 JENIS MANUSIA
YANG TIDAK AKAN DIPANDANG OLEH ALLAH
DI HARI KIAMAT

Telah bersabda Nabi saw, :
Yang bermaksud:
"Tujuh jenis manusia yang tidak akan dipandang Allah pada hari kiamat dengan pandangan kasihan.
Dan Allah akan mengeji perbuatan mereka, dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Neraka :-

1. Lelaki yang melakukan liwat dan lelaki yang menjadi pasangannya.

2. Orang yang mengelurkan air mani dnegan tangannya.

3. Orang yang bersetubuh dengan haiwan.

4. Suami yang bersetubuh dengan isterinya melalui jalan belakang.

5. Orang yang menikahi perempuan, lalu menikahi anak dari perempuan itu.

6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.

7. Orang yang menyakiti jirannya, sehingga jiran itu menutuk dirinya".






Wednesday 28 December 2011

CARA TERBAIK JIMATKAN PETROL

CARA TERBAIK JIMATKAN PETROL

Pengguna kenderaan bermotor akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar ke tahap paling rendah. Keadaan ini perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya yang tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak terdapat di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Cara terbaik menjimatkan petrol dan mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin. Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.

Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus. Teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.


Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin terdapat banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin. Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus.
Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut. Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi. Jangan mengambil jalan singkat ke sesuatu destinasi jika jalan lebih jauh satu atau dua kilometer dipastikan lebih elok. Ini kerana anda perlu kerap menukar gear jika menggunakan jalan kurang elok.

Tip
Apabila di tempat meletak kenderaan terdapat bekas titisan minyak atau tercium bau petrol sebaiknya anda perlu memeriksa sama ada terdapat kebocoran pada tangki atau tidak. Jika kebocoran pada tangki, bawa kereta ke bengkel untuk diperbaiki atau jika berlaku kebocoran pada sambungan paip petrol, anda perlu mengetatkan sambungan menggunakan spana.

Apabila penapis udara tersumbat, ia menyebabkan kemasukan udara ke silinder berkurangan sedangkan penggunaan akan melebihi daripada biasa. Oleh itu anda perlu memeriksa elemen penapis udara dan jika ia kotor, anda perlu membersihkannya.

Apabila enjin berada dalam keadaan tidak baik atau apabila ekzosnya tersumbat maka penggunaan petrol akan menjadi berlebihan. Oleh itu kenderaan anda perlu dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan. Penggunaan petrol akan berlebihan apabila kenderaan anda sering dimati dan dihidupkan.

CARA PENJAGAAN BETERI KERETA & CARA HIDUPKAN KERETA KETIKA BATERI LEMAH

CARA MENJAGA BATERI KERETA
1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi. Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.


2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Perkara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh pekerja stesen pam minyak. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan.
Walau bagaimanapun jangan bubuh airnya berlebihan dari paras yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itu melimpah dan mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi. Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam didalam bateri sahaja yang ditenggelami air.


3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik - baking powder) dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini dibubuh atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.


4. Kuatkan kuasa bateri menggunakan battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat bateri yang terdapat dikedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja.
Air bateri yang dijual dikedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari terkena pakaian atau kulit anda. Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik kedalam bateri.


CARA MENGHIDUPKAN KERETA KETIKA BATERI LEMAH


Cara ini memerlukan sepasang wayar. Wayar ini mesti kasar seperti wayar bateri serta berukuran antara 20 hingga 25 cm panjang dan dipasangkan klip dihujungnya. Seelok-eloknya satu berwarna merah dan satu lagi hitam. Anda juga perlu seorang rakan yang berkereta dan mempunyai bateri yang baik.

PERTAMA sekali, sambung wayar hitam daripada terminal negatif (-) dari bateri anda kepada terminal negatif bateri rakan anda (tanpa menanggalkan keluar kepala bateri atau mana-mana bahagian bateri daripada kereta).

KEDUA, sambung wayar merah daripada terminal positif (+) dari bateri anda kepada terminal positif bateri rakan anda.

KETIGA, hidupkan kereta anda seperti biasa.
Akhir sekali, setelah enjin hidup, tanggalkan wayar daripada terminal positif kemudian diikuti dengan terminal negatif.


Menggunakan Cara Tolakan:


Cara ini memerlukan rakan-rakan yang gagah untuk menolak kereta anda. Pertama sekali, pusingkan kunci kereta kepada ‘ON’. Kemudian masukkan gear dua dan tekan klac. Beri isyarat kepada rakan-rakan untuk mula menolak kereta. Bila kereta yang ditolak sudah agak laju, perlahan-lahan lepaskan klac. Insya-Allah enjin itu akan hidup. Untuk perhatian anda, cara ini tidak boleh dilakukan pada kereta yang bergear automatik.

10 ORANG YANG TIDAK DITERIMA SEMBAHYANGNYA



NASIHAT SEPANJANG ZAMAN


10 ORANG YANG TIDAK DITERIMA SEMBAHYANGNYA
Nabi saw telah bersabda:
Yang bermaksud:
" Sepuluh orang yang tidak diterima oleh Allah swt sembahyang mereka ialah:-

1. Lelaki yang sembahyang bersendirian tanpa membaca AL-Fatihah.

2. Lelaki yang tidak mahu menunaikan zakat.

3. Lelaki yang mengimamkan satu kaum, sedangkan dia dibenci oleh mereka.

4. Hamba yang lari (dari pemiliknya)

5. Lelaki yang terus menerus minum arak.

6. Perempuan yang tidur, sedangkan suaminya msih lagi marah kepadanya.

7. Perempuan merdeka yang sembahyang tanda tudung kepala.

8. Orang yang memakan riba.

9. Imam yang zalim.

10. Lelaki yang sembahyang tidak dapat mencegah dirinya dari maksiat dan kekejian, dan tidak adalah keadaannya melainkan bertambah jauh dari Allah".




DOA YANG TIDAK DIPERKENANKAN SEBAB 10 PERKARA

NASIHAT SEPANJANG ZAMAN

DOA YANG TIDAK DIPEERKENANKAN SEBAB 10 PERKARA

Ibrahim bin Adham pernah ditanya tentang maksud firman Allah swt.:
"Mintalah kepadaKu, niscaya Aku akan memperkenankan permintaanmu".

Orang-orang yang bertanya itu, berkata:
"Kami tetap berdoa, tetapi tidak pernah diperkenankan permintaan kami".

Lalu beliau berkata:
yang bermaksud:
"Telah mati hati kamu disebabkan  10 perkara :-

1. Kamu sudah kenal dengan Allah, tetapi tidak mahu menunaikan hak-Nya.

2. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu mengamalkan isinya.

3. Kamu mengatakan iblis musuhmu, tetapi kamu menuruti ajakannya.

4. Kamu mengatakan cinta pada Rasul, tetapi kamu meninggalkan sunnah dan hadithnya.

5. Kamu mengatakan cinta pada syurga, tetapi kamu tidak mahu beramal untuk mendapatkannya.

6. Kamu mengatakan takut pada Neraka, tetapi kamu tidak pernah berhenti melakukan dosa.

7. Kamu mengatakan bahawa kematian pasti terjadi, sedangkan kamu tidak bersiap-siap untuknya.

8. Kamu sibuk mengatakan aib dan cela orang ain, tetapi membiarkan aib dirimu sendiri.

9. Kamu memakan rezeki dari Allah, tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.

10. Kamu sentiasa menguburkan orang yang mati di kalangan kamu, tetapi tidak mahu mengambil iktibar".


HADIAHKANLAH KESIHATAN PADA DIRI

APAKAH HADIAH YANG PALING BERMAKNA UNTUK DIRI KITA...?

KESIHATAN

BAGAIMANA???

Negara yang paling banyak tinggi peratusan penduduknya yang obesiti
         (COMEL TERLEBIH)
berbanding negara-negara maju seperti Belgium, Amerika, Australia
adalah
MALAYSIA...

kita sendiri...

Fakta orang2 yang gemuk atau comel terlebih nie adalah:-

62% wanita

54% dewasa terlebih berat

48% lelaki

3.5% yang menghidap penyakit kencing manis

banyakkan minum air.....

dan lagi....

PREMIUM BEAUTIFUL kan ada....







10 HUKUMAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BANYAK KETAWA

NASIHAT SEPANJANG HAYAT

10 HUKUMAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BANYAK KETAWA

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang banyak ketawanya, maka dijatuhkan ke atasnya 10 hukuman :-

1. Mati hatinya

2. Hilang air mukanya (iaitu malu dan kemuliaan)

3. Syaitan gembira kerananya

4. Allah marah kepadanya.

5. Dia disoal kerananya pada Hari Kiamat

6. Nabi saw berpaling darinya di hari kiamat.

7. Para malaikat mengutuknya.

8. Ia dibenci oleh penghuni semua langit dan bumi.

9. Ia menjadi lupa kepada segala-galanya.

10. Terbuka aibnya pada hari kiamat,"


PERBELANJAAN BERHEMAT



PERBELANJAAN BERHEMAT

Perbelanjaan berhemat ialah kesedaran pengguna untuk berbelanja secara berhemat mengikut keperluan sendiri, dengan mengambil kira kedudukan kewangan diri, kesan kepada alam sekitar, kesihatan juga masyarakat.

Sebelum membeli belah, sediakan senarai barang yang ingin dibeli dan patuhi senarai barang tersebut.

Jangan mudah terpengaruh dengan gimik iklan dan janji-janji manis penjual. Anda perlu menyedari kebolehpercayaan sesuatu iklan dan menilai sama ada anda memerluakan barang tersebut disebabkan keperluannya, dan bukannya kerana terpengaruh dengan iklannya yang menarik.

Pembelian mengikut gerak hati menyebabkan anda berbelanja  lebih.

Anda boleh berjimat antara 15% - 40% jika menggunakan barangan generik. Sebenarnya tidak banyak perbezaan kualiti antara barang generik dengan barangan berjenama.

Membandingkan harga bagi barang yang sama di tempat membeli belah yang berlainan. Semasa membuat perbandingan, pastikan berat dan kualiti adalah sama.

Kurangkan perbelanjaan barangan yang mewah dan barang yang memang anda tidak perlukan, terutama apabila ianya memakan perbelanjaan yang besar.

Membeli secara tunai ialah cara paling efektif untuk membantu anda memenuhi bajet yang ditetapkan. Menggunakan kad kredit selalunya menyebabkan anda selalu berbelanjan lebih.

Menyemak resit - semak jumlah keseluruhan yang dibelanjakan di pasar raya. Ini dapat memastikan anda mengetahui apa yang dibelanjakan, sementara itu juga membantu anda memastikan tiada kesilapan yang dibuat di kaunter pembayaran.






Tuesday 27 December 2011

ISU KEWANGAN ANDA (FINANCE)

ISU KEWANGAN ANDA

Kali ini saya akan membincangkan satu isu yang cukup penting, gah dalam kehidupan kita, iaitu
ISU KEWANGAN

ISU PERTAMA:
PENGURUSAN KEWANGAN

Bagaimana anda menguruskan kewangan anda sendiri????

1. Pengurusan kewangan dapat menyediakan diri anda dalam menghadapi peluang dan cabaran hidup serta mencapai matlamat kewangan anda.

2. Sebelum merancang kewangan, anda perlu mengetahui kedudukan semasa kewangan anda dengan menilai jumlah aset yang dimiliki dan jumlah hutang anda.

3. Wang mempunyai nilai masa yang biasanya akan susut mengikut masa. Wang yang sama, pada masa sekarang dan masa dahulu mempunyai nilai yang berbeza disebabkan oleh inflasi.

4. Dengan menyimpan wang di bank atau membuat pelaburan, anda akan dibayar faedah atau dividen. Ini lebih baik daripada membiarkan wang anda susut. Jadi lebih awal anda melabur wang anda, maka semakin banyak faedahnya.

5. Dalam merancang kewangan, anda perlu menetapkan matlamat kewangan anda dahulu dengan mengambil kira keperluan dan kemahuan anda. Seterusnya anda perlu menilai keutamaan untuk menunaikan matlamat yang lebih "penting".

6. Kemudian sediakan bajet peribadi anda. Penyediaan bajet yang baik perlu mengambil masa dan usaha yang berterusan. Patuhi bajet yang telah dibuat.

7. Bersikap realistik dan jangan mengimpikan sesuatu di luar kemampuan anda dalam jangka masa pendek.

8. Anda juga perlu bersikap fleksibel. Kemungkinan terdapat perbelanjaan yang tidak diduga dalam perancangan kewangan anda seperti perbelanjaan perubatan yang lebih tinggi, maka kaji semula bajet apabila perlu.

9. Rekodkan apa yang anda belanja dan berapa perbelanjaan anda. Jadikannya mudah untuk dibuat.

10. Bandingkan rekod ini dengan perancangan kewangan yang anda telah catatkan supaya mudah anda meneliti sama ada anda telah mematuhinya atau tidak.




Sunday 25 December 2011

KATA-KATA HIKMAT


 
 
ALLAH uji KEIKHLASAN apabila BERSENDIRIAN,
ALLAH beri KEDEWASAAN apabila kita ada MASALAH,
ALLAH latih KESABARAN dalam KESAKITAN,
ALLAH tidak pernah mengambil apa yg kita SAYANG,
KECUALI menggantikan yang LEBIH BAIK...
...
INSYA'ALLAH~ :)

PREMIUM BEAUTIFUL

BERITA BAIK BAGI LELAKI BUNCIT

Berita baik bagi lelaki buncit....????

Wahai Lelaki Yang Berperut Comel(Buncit)...Bengkung Premium Beautiful akan Menampakkan Anda Hebat....

Sudah semestinya Premium Beautiful di khaskan untuk wanita tetapi 'Bengkung' juga amat sesuai untuk lelaki.

Terutamanya;
* Yang Perut Buncit (Adakah anda percaya bengkung Premium Beautiful dapat mengempiskan perut dalam masa 5 minit?)


... * Menggelember dan gemuk
* Yang ada masalah kesihatan seperti asma, pinggang, gastric, sakit tulang belakang dll.
* Untuk penurunan berat badan, fir mengoptimum kan thap metabolisme badan.

Yang terbaik, hanya untukmu....




Bagaimana memudahan pengaliran lemak dalam badan dengan penggunaan Premium Beautiful ???


Bagaimana memudahkan pengaliran lemak dalam badan dengan penggunaan
Premium Beautiful???

Pemakaian Premium Beautiful mampu membakar lapisan lemak dalam badan.
Bagi mempercepatkan proses tersebut, anda disarankan agar minum 3 Liter air kosong (8 gelas air sehari) untuk mengamlkan gaya hidup sihat.
Anda juga digalakkan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.




Saturday 24 December 2011

JIMAT CERMAT MENJAGA KERETA


JIMAT CERMAT MENJAGA KERETA

Ramai orang tanya saya bagaimana nak berjimat, ok mula-mula saya cerita pasal kereta, lain kali bab lain seperti rumah, pelaburan, insuran, makanan dan lain-lain.Sekarang kereta bukan  lagi barangan mewah, tetapi satu keperluan harian. Bagaimana untuk berjimat :

1. Beli kereta ikut kemampuan, bukan untuk bergaya. Utamakan kualiti kereta, tidak semestinya kereta baru baik kualitinya.

2. Beli kereta secondhand yang baik, cari harga yang murah  untuk kereta berkualiti.

3. Digalak pakai kereta buatan Jepun seperti Honda, Toyota atau Nissan atau kereta  buatan Malaysia. Tapi jangan beli Tiara atau Savvy. Perdana pun tidak digalakkan beli kerana banyak masalah gear. Kalau anda minat nak beli kereta Eropah, pastikan dapat harga paling murah dan buat semakan mengenai alatgantinya.

4. Seboleh-boleh beli kereta secara tunai, elakkan berhutang. Kalau berhutang, ikut kemampuan. Kumpul duit, banyak kereta berjenama tapi murah. Tahun lepas saya beli sebuah kereta RM 5,500. sahaja. Kalau tak pun, boleh buat pinjaman peribadi untuk beli kereta tunai. Kebiasannnya kereta yang tidak boleh loan, akan jatuh harga.

5. Cari peluang kereta murah dengan masuk lelong kastam atau lelong bank dan kadang-kadang ada syarikat swasta buat lelong. Pastikan anda ada ilmu yang cukup sebelum beli kereta lelong. Tahun 2004 saya beli kereta lelong kastam RM 9 ribu, kereta saya pakai sampai sekarang.

6. Pastikan anda mengetahui kedai bengkel yang berpatutan dan buat kerja bagus. Tak semestinya kedai kawan, belum tentu kedai kawan buat kerja bagus. Perlu kenal bengkel yang baiki enjin, kedai aksesori, kedai ekzos, kedai ketuk dan cat, kedai aircond dan kedai servis radiotor, tak semestinya kedai Melayu. Harap jangan cari kedai Melayu kalau cari kedai aircond dan aksesori, buat kurang bermutu dan lambat, sila cari kedai Cina.

7. Anda perlu tahu kedai alat ganti baru (di JB ada banyak)dan terpakai(seperti di Tangki Air Tun Razak, Maunt Austin, Desa Cemerlang, Larkin dll)

8. Servis kereta setiap 5,000 km, beli barang sendiri seperti minyak hitam dan oil filter sahaja. Perkara lain seperti plak, air filter dll tak perlu kecuali rosak sahaja. Plak boleh tahan setahun lebih. Kalau beli sendiri minyak hitam jenis Castrol RM 38, oil filter RM 7 dan upah RM 10, jumlah RM 55 sahaja. Kalau mahu minyak lagi murah ada yang harga RM 26, saya pun pakai, kereta biasa saja jalan jauh. Kalau anda hantar ke kedai tanpa barang berkenaan, anda mungkin dikenakan sehingga RM 100.

9. Anda perlu tahu serba sedikit untuk membaiki perkara kecil seperti memasang bateri kereta,kalau di kedai upahnya RM 10. Kalau bateri rosak, beli di kedai Desa Rahmat Tampoi RM 115 jenis NS 60, kemudian pasang sendiri. Harga spana cuma RM 2 boleh guna sampai bila-bila. Kalau anda rosak bateri pergi ke kedai, dikenakan dalam harga RM 160- 180 siap pasang.

10. Kalau kereta anda rosak, pastikan apa  yang rosak. Beli barang sendiri sama ada barang baru atau terpakai. Contohnya water pump Accord RM 60, upah RM 70, jumlah RM 130. Kalau anda serah diri pada bengkel, anda dikenakan bayaran lebih RM 200.

11. Waktu pergi kerja sebelah pagi tidak semestinya buka aircond, minyak akan  lebih. Begitu juga kalau waktu malam, kalau tak perlu, tak perlu buka aircond.

12. Sila rancang perjalanan anda, elakkan dari kesesakan jalanraya, akan banyak membazir minyak.

13. Jangan beli kereta cc kecil kalau anda biasa jalan jauh, elok cari kereta cc sederhana seperti 1.6 dan 1.8 kalau anda ada masa jalan jauh, ada masa jalan dekat. Kereta cc besar, jalan jauh lebih menjimatkan dan pemanduan yang mantap.

14. Jika kereta anda mengalami kerosakan, sila tanya tauke bengkel, kos sebenar yang perlu dibayar sebelum diperbaiki. Anda perlu mencatat alat yang perlu diganti dan anda perlu bersetuju sebelum kerja-kerja dilakukan. Jika tidak puashati, sila pergi ke kedai lain. (kalau kereta anda tidak boleh bergerak, sila panggil kereta tunda, kosnya cuma RM 30 kalau berdekatan). Kalau tauke kedai mengganti barangan kereta anda tanpa izin, anda boleh buat bantahan kepada tauke. Sekiranya perlu, anda boleh buat laporan kepada talian bebas tol Kementerian Perdagangan.

15. Jangan panaskan kereta anda kalau kereta anda guna enjin injection, selepas start, boleh terus jalan. Kalau enjin guna karburator, panaskan jangan lebih dari 2-3 minit, memanas enjin terlalu lama membazir minyak.

16. Kadang-kadang ada kereta semakin lama, ada  juga kereta yang semakin kuat minyak, sila servis atau tukar jarum karburator. Kereta Peugeot saja tukar karburator Nissan.

17. Kalau kereta anda injection, kuat minyak, sila buat pelarasan semula enjin (Singh Auto Batu Pahat pakar buat kerja ini). Accord saya boleh pergi sejauh 320 km dengan RM 50 setelah buat pelarasan. Sebelum  itu minyak kuat.

18. Gunakan kad diskaun seperti kad mesra petronas.

19.Jangan basuh kereta di kedai, basuh sendiri. Katakan sebulan 5 kali anda basuh kereta RM 10 sekali basuh, jumlahnya RM 50. Sila beli syampoo kereta harga RM 2 (tahan 3 bulan), span penggosok RM 2, air yang anda gunakan dalam 5 kali basuh tidak sampai RM 1. Kalau anda duduk di rumah flaf, sila cari paip di bawah, saya duduk di kondo pun boleh basuh sendiri.

20. Bateri kereta jangan buang atau jangan beri pada orang bengkel. Bateri yang dah tak guna boleh laku dengan harga RM 10-15, dulu sampai RM 20.

21. Jangan mudah percaya dengan alat kononnya boleh menjimatkan minyak, mungkin boleh merosakkan sistem enjin anda.

22. Servis aircond anda setiap 2 tahun, aircond anda akan tahan  lama. Cari kedai yang pakar servis aircond, biar harga mahal sikit. Saya servis aircond di Tampoi, RM 90 tapi aircond saya tak pernah rosak sejak beli dan sentiasa sejuk. Jangan sampai aircond anda rosak, boleh mengakibatkan anda rugi wang sehingga RM 1000 kalau aircond anda rosak terus.

23. Kalau gas aircond anda habis, jangan buka aircond, boleh merosakkan alat-alat lain.

24. Jangan pakai ekzos besar yang bunyi bising, kuat minyak.

25. Waktu anda servis, pastikan ada catatan kilometer untuk servis seterusnya. Kalau ada minyak lebih, sila simpan, 4 kali servis, boleh dapat lebihan minyak untuk sekali servis minyak percuma.

26. Pilih insuran yang murah untuk perlindungan insuran yang berpatutan. Jangan meletakkan nilai kereta anda terlalu tinggi kalau beli insuran, ikut nilai pasaran, ini akan merugikan bayaran untuk  insuran anda. Kalau boleh, buat sendiri insuran kalau anda ada geran (sebab itulah untung beli kereta tunai, ada geran). Kalau geran anda pada bank, buatlah apa-apa alasan supaya anda dapat geran, lepas tu jangan pulang pada bank.

27.Jangan bawa banyak muatan yang tak perlu dalam bonek kereta. Kereta jadi berat. Jangan jadikan kereta anda store, minyak banyak.

Sedikit sebanyak tips untuk dikongsi bersama........