CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Follow by Email

HADITH


CARA MEMAKAI CINCIN

Nasihat Nabi Muhammad saw kepada Saidina Ali as, sesudah Saidina Ali berkahwin iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad saw . Nabi saw berpesan kepada Saidina Ali, kalau memakai cincin pakailah di jari

> jari manis
> jari kelingking (anak jari)

DAN

jangan memakai nya di jari
>  jari tengah
> jari telunjuk

Nabi Muhammad saw melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh ALLAH iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Luth as.

Pakailah cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw, dapatlah kita pahalanya. Wallahu'a'lam




TIDAK TERMASUK ORANG ALIM JIKA DIA TIDAK MENGAMALKAN ILMUNYA

Telah bersabda Nabi saw:
Yang bermaksud:
"
1. Tidaklah hamba di langit dan di bumi tergolong hamba yang beriman sehingga dia berlaku lembut terhadap manusia.

2. Tidaklah dia termasuk orang yang lembut, sehingga dia menjadi seorang yang muslim

3. Tidaklah dia termasuk seorang yang muslim, sehingga orang lain selamat dari (gangguan) tangan dan lidahnya

4. Tidaklah dia termasuk seorang yang muslim, sehingga dia menjaadi seorang yang alim.

5. Tidaklah dia tergolong orang yang alim, sehingga dia mengamalkan ilmunya.

6. Tidaklah dia termasuk orang yang mengamalkan ilmunya, sehingga dia menjadi hamba yang zahid.

7. Tidaklah dia termasuk hamba yang zahid, sehingga dia menjadi hamba yang warak.

8. Tidaklah dia menjadi hamba yang warak, sehingga dia menjadi hamba yang merendahkan dirinya..

9. Tidaklah dia tergolong hamba yang merendah diri, sehingga dia menjadi hamba yang mengenal dirinya.

10. Tidaklah dia menjadi hamba yang mengenal  dirinya sehingga dia menjaadi hamba yang berakal dalam percakapannya".



HADITH RASULULLAH SAW

Telah bersabda Rasullullah S..A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

KEJUJURAN ADALAH BENTENG PERKATAAN

Nabi saw talah bersabda:
Yang bermaksud:

"Bisikan membentengi rahsia.

Sedekah membentengi harta.

Ikhlas membentengi amal.

Kejujuran membentengi perkataan.

Dan masyarakat membentengi pendapat".


DUNIA ADALAH NEGERI BAGI ORANG YANG TIDAK ADA NEGERI

Telah bersabda Nabi Muhammad saw:
Yang bermaksud:

"Dunia adalah negeri bagi orang yang tidak ada negeri.
Dan dia sebagai harta bagi orang yang tiada harta.
Kerana dia adalah orang yang tidak mempunyai akal, sibuk mengumpulkan (kemewahan).
Dan sebab bernafsu kepadanya, menjadi lalai orang yang tidak faham.
Dan kerana dunia dihukum, orang yang tidak ada ilmu.
Dan demi dunia, menjadi dengki orang yang tidak ada fikiran.
Juga dunia terus dikejar oleh orang yang tidak ada keyakinan dalam dirinya."


3. Orang berpuasa di hari Arafah.


15 SEBAB TURUNNYA BALA

Mengapa manusia ditimpa bencana?
Dalam sebuah hadith diriwayatkan olah At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib,
Rasulullah saw bersabda yang bernaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditipa bencana" iaitu:

1. Apabila harta yang dirampaas (daripada peperangan )diagih-agihkan kepada orang yang tertentu sahaja

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa)

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa sendiri

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri

7. Apabila banyak kedengaran bunyi bising

8. Apabila ramai orang membicarakan hak keduniaan dalam maasjid

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri dari orang yang dihina oleh kaum mereka

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya

11. Apabila lelaki memakai sutera

12. Apaila perempuan dijemput menhiburkan lelaki

13. Apabila arak menjadi muniman biasa

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu

maka pada saat itu, tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau  gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama2 merenungi haadis ini, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah beerpunca dari perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita  dirahmati keamanan dari dunia hingga akhirat.
AMIN


JENIS-JENIS HADITH
Pada awal perkembangan Islam, al-Hadis telah diriwayatkan secara lisan/ingatan dan selepas kira-kira 100 tahun kemudian ianya dikumpulkan dan dibukukan oleh para penyelidik hadis. Hasil daripada pengumpulan tersebut, Hadis terbahagi pula kepada beberapa bahagian mengikut riwayat/periwayatnya:

 HADIS MUTAWATIR
Hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai menyampai perkhabaran (AL-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya.

HADIS MASHYUR
Hadis utama yang diriwayatkan dari berbilang periwayat al-Hadis. iaitu sekurang-kurangnya 3 sanad ( jalan ke punca al-Hadis) atau tiga periwayat hadis yang berbeza.

HADIS SAHIH
Hadis yang beerhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut:

> Adil
> Kat ingatannya
> Sejahtera dari keganjilan
> Sejahtera dari kecederaan yang memburukkan

HADIS HASAN
Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti al hadis sahih, tetapi mereka  tidak mempunyai ingatan yang kuat.

HADIS DHO'IF
Hadis yang tidak diketahui periwayat ataupun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat hadis sahih atau hasan.

HADIS MARFUK'
Hadis yang diriwayatkan bersandarkan kepada keinginan Nabi saw sendiri, sam ada ucapan, perbutan atau pun takrirnya.

AL HADIS MAUQUF
Merupakan kepatuhan atau perkataan sahabat sendiri yang diriwayatkan kepada kita.

AL HADIS MURSAL
Merupakan perkataan yng diucapkan oleh tabie (mereka yang tidak peernah bertemu Nabi saw) secara langsung atau secara terus kepada Nabi saw dengan tidak melalui perantaraan sahabat.

AL HADIS MUTTASIL
Hadis yang berhubung/bersambung sanadnya dan setiap mereka dan setiap mereka yang meriwayatkannya mendengar teerus dari orang yang meriwayatkan kepadanya sehingga sampai kepada Nabi Muhammad saw atau kepada para sahabat.

HADIS MAHFUZ
Hadis yang terpelihara, iaitu mereka yang meriwayatkan Al-Hadis tersebut, adalah mereka mempunyai kepercyaan yang tidak bertentangan kepercayaan dengan kepercayaan terhadap golongan lainnya (tidak ada kepentingan peribadi)

HADIS JAIYID
Hadis yang dikatakan baik dari sahih oleh ahli atau para penyelidik al-Hadis

HADIS MUJAWWAD DAN TSABIT
Merupakan nama lain bagi al-Hadis Sahih dan Hasan

HADIS MAUDHUK'
Hadis yang diriwayatkan oleh mereka yang menduskannya dari Nabi saw pada halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai hadis palsu. (Diriwayatkan berdasarkan kepentingan tertentu)