CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

PUJANGGA CINTA

CINTA PUJANGGA
Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta bawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan. dua tangan untuk memegang. dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya CINTA. 

Melihat kebahagian orang lain iaitu kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh.

Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu sperti hujan. walau lebat atau lama sekalipun pasti akan reda jua.

Ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi,
"Saya air mata seorang gaadis yang menyintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?"
Jawab titis air mata kedua itu
"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gaadis menyintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu maasih tersenyum, sambil berkata:
"Saya turut bahagia untukmu".

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walau dia tidak berada di sisi kita.

Jangan kita mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali kamu menyerah jika kamu masih berasa sanggup, Jangan sesekali kamu mengatakan kamu tidak menyintainya jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi ika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutu telinga. Tetapi apabila kamu menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.