CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Follow by Email

Tuesday, 14 February 2012

MAKHRUH MEMBERI SALAM PADA 20 GOLONGAN

UCAPAN SALAM

Menjawab salam hukumnya wajib. Tetapi terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab.

Di dalam KITAB GHIZAUL ALBAB karangan As-safarini jilid I mukasurat 242.
Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan , diantaranya ialah:-

1. Orang yang ketika mengambil wuduk

2. Orang yang sedang berada dalam tandas

3. Orang yang sedang makan dan minum

4. Orang yang sedang berperang

5. Orang yang sedang membaca al-Quran dan berdoa

6. Orang yang sedang berzikit dan bertalbiah (ketika haji dan umrah)

7. Orang yang sedang mengajar, berkutbah dan memberi naasihat

8. Orang yang sedang mendengar kuthbah dan mendenar nasihat

9. Orang yang sedang mendengar azan dan iqamat

10. Orang yang sedang qada' hajat

11. Orang yang sedang bersama isteri (jima')

12. Orang yang sedang iqamat

13. Orang yang sedang mabuk

14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadi

15. Orang yang sedang solat

16. Orang gila

17. Kanak-kanak

18. Orang yang mengantik @ sedang tidur

19. Orang yang sedang dalam urusan kehakiman

20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah

MASIH SEMPAT MEMBUAT PILIHAN

MASIH SEMPAT MEMBUAT PILIHAN

Semua ibadah yang kita lakukan selama ini adalahs sematanya bertujuan supaya kita berharap dapatlah kita bersama keluarga mendapat rahmat dariNYA diterima masuk ke Syurga ALLAH swt. Ini adalah destinasi terakhir kita. Ini adalah matlamat terakhir kita. Masih sempat lagi untuk bertaubat. Belum terlambat untuk berubah hidup ini kelandasan lurus dan benar. Jadi ambil kesempatan sementara masih ada waktu dan peluang untuk kita perbetulkan hala tuju dalam hidup yang singkat ini.

Daripada Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:
"Setiap yang msuk ke dalam syurga diperlihatkan kepadanya tempat diamnya dalam neraka seandainya dia melakukan kesalahan, supaya dengan itu bertambah syukurnya kepada Tuhan. Setiap orang yang maasuk ke dalam neraka diperlihatkan kepadanya tempat diamnya dalam syurga seandainya dia melakukan perbuatan baik, supaya dengan itu timbul penyesalannya"
(Hadis riwayat Bukhari)

Syurga dan neraka bukan asing bagi pendengaran manusia yang sampai kepadanya seruan dakwah Islam. Namun tidak ramai mengambil iktibar atas setiap peringatan yang diberikan iaitu mengenai azab yang bakal dikenakan kepada orang melanggar perintah ALLAH swt dan balasan nikmat kepada orang beriman dan beramal soleh.

Lantaran itu, pada hari akhirat kelak, tiada manusia tidak menyesal akan segala kejahatan yangdilakukan bila mana mereka melihat keindahan syurga yang diperlihatkan kepada mereka beserta nikmat didalamnya.

Sementara orang yang dimasukkan ke dalam syurga kerana terselamat daripada bencana mengerikan seperti mereka lihat pada neraka dan penghuninya.

Oleh itu, selagi masih hidup dan mempunyai harapan mempeerbaiki nasib bagi mengelakkan keazabban di akhirat kelak hendaklah segera bertaubat serta megerjakan amalan yang diredhai ALLAH swt supaya nanti tidak tergolong dikalangan orang yang rugi. 




Friday, 10 February 2012

AYAT-AYAT PENGASIH DARI AL-QURAN

AYAT-AYAT PENGASIH DARI AL-QURAN
YANG BOLEH DIAMALKAN

1. Surah Yusof :4
"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusof berkata kepada bapanya:
"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat 11 bintang dan matahari serta bulan, aku lihat mereka tunduk membri hormat kepadaku".

2. Surah Al-Hujurat: 13
"Wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkebal-kenalan, (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang bertakwa di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)"

3. Surah Ali Imran : 14
" Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak, harta benda yang banyak dan beerpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semua itu adalah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi ALLAH ada tempat kembali yang sebaik-baik (iaitu Syurga)"

4. Surah Ali Imran :31
"Katakanlah (Wahai Muhammad) :"jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nascaya ALLAH mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu . Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun , Lahi Maha Pengasihani"

Air Wuduk juga boleh membuatkan seseorang itu kelihatan mukanya berseri-seri. Ingin ditekankan sekali lagi iaitu doa kita kepada ALLAH swt agar seseorang itu terpikat kepada kita tidak salah selagi tujuan kita itu tidak bercanggah dengan ISLAM.  

10 GOLONGAN (DILAKNAT) YANG TERLIBAT DENGAN ARAK

10 GOLONGAN (DILAKNAT) YANG TERLIBAT DENGAN ARAK

Hadir riwayat Imam Ahmad daripada Abi Umar, Sabda Rasulullah saw:
"Telah dilaknat arak, peminumnya, pemberi minuman, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memproses dan pemakan harganya (wang hasil penjualan arak) "

Hadis ini jelas menyatakan bahawa semua jenis perkhidmatan dan penggunaan yang berkaitan dengan arak adalah haram.

1. pemerah arak

2. bekrja menghasilkan arak

3. peminum arak

4. pembawa arak

5. meminta dibawakan arak untuknya

6. membri minuman arak kepadanya

7. penjual arak

8. orang yang mendapat hasil daripada arak

9. orang yang membeli arak

10. orang yang meminta dibelikan arak untuknya

TANDA TANDA ORANG CELAKA DI DUNIA

TANDA-TANDA ORANG CELAKA DI DUNIA

1. Lupaka doa-dosa yang lepas dan tidak mahu bertaubat

2. Ia mengingati amal ibadah yang dibuatnya, menghitung berapa banyak sedekah  jariahnya, berapa banyak  sembahyang yang dibuatmya.

3. Orang yang beerkenaan sentiasa memandang orang yang berdarjat, tidak orang yang miskin dengan sebelah mata pun.

4. Dalam hal akhirat, orang itu merasakan dirinya saja yang telah sempurna, memandang hina orang yang tidak bersolat, tidak berpuasa   serta mengamalkan hukum ISLAM seolah-olah dirinya sahaja ISLAM tulen. (angkuh denan perbuatan yang dilakukan)

ITULAH TANDA-TANDA ORANG YANG CELAKA DI DUNIA

70 DOSA BESAR


70 DOSA BESAR

Mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:

1. belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan

2. bersaksi palsu

3. berjudi

4. bersumpah palsu dan bohong

5. berbohong

6. bergambar di baju bila sembahyang

7. perempuan pelacur

8. berbuat buruk terhadap yang lemah

9. berdebat dan memusuhi

10. bersifat dayus

11. bercakap kasar dengan orang tua

12. dusta nama ALLAH dan RASULNYA

13. derhaka pada suami

14. derhaka pada hamba ALLAH, anggap baik pada dirinya

15. hakim derhaka

16. homoseks

17. mengurangi timbangan

18. lari seorang hamba dari tuannya

19. lelaki menyerupai wanita

20. lari dari medan perang ke jalan ALLAH

21. membunuh manusia

22. membunuh diri sendiri

23. mengamalkan sihir

24. meninggalkan solat 5 waktu

25. meninggalkan solat jumaat

26. derhaka kepada ibu bapa

27. memutuskan hubungan silaturohim

28. melakukan zina

29. makan harta anak yatim

30. makan dari kekayaan haram

31. memberi dan menerima rasuah

32. melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong

33. makan riba

34. mnum arak

35. mencuri

36. merompak

37. melakukan kezaliman

38. melakukan pengkhianatan

39. menyebut-nyebut pemberian

40. mengingkari janji

41. memfitnah

42. mengutuk orang ISLAM

43. merasa aman dari kemurkaan ALLAH

44. menipu harta rampasan

45. melampaui batas

46. menuduh zina terhadap orang baik

47. memakai emas dan sutera (bagi lelaki)

48. mempeercayai nujum dan sihir

49. menjadi bapa sanggup

50. mencari kesalahan orang lain

51. mengganggu orang lain

52. mengganggu tetangga

53. menyakiti dan memaki orang ISLAM

54. mengintip dan membuka rahsia orang

55. mencaci sahabat NABI

56. mengurangi wasiat

58. putus asa dari rahmat ALLAH

59. penipuan dan kezaliman terhadap rakyat

60. riak dan mempamerkan diri

61. sombong serta angkuh

62. syirikkan ALLAH dengan sesuatu yang lain

63. sembelih untuk selain dari ALLAH

64. tidak mengeluarkan zakat

65. tidak berpuasa di bulan ramadhan

67. tidak beristinjak selepas buang air kecil

68. tidak mendengar cakap ibu bapa

69. tipu daya

70.wanita menyerupai lelaki

Wednesday, 8 February 2012

12 ORANG YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

12 ORANG YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci

2. Orang yang sedang menunggu waktu solat

3. Oang yang berada di saf barisan hadapan dalam solat berjemaah

4. Orang yang menyambungkan saf pada solat jemaah (tidak dibiarkan sebuah kekosongan di dalam saf)

5. Para malaikat mengucapkan "AMIN" ketika seorang imam selesai membaca AL-Fatihah

6. Orang yang duduk di tempat solatnya ketika setelah selesai menunaikan solat

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan

9. Orang-orang yang berinfak

10. Orang yang sedang makan sahur

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan pada orang lain

 

15 SEBAB TURUNNYA BALA

15 SEBAB TURUNNYA BALA

Mengapa manusia ditimpa bencana?
Dalam sebuah hadith diriwayatkan olah At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib,
Rasulullah saw bersabda yang bernaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditipa bencana" iaitu:

1. Apabila harta yang dirampaas (daripada peperangan )diagih-agihkan kepada orang yang tertentu sahaja

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa)

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa sendiri

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri

7. Apabila banyak kedengaran bunyi bising

8. Apabila ramai orang membicarakan hak keduniaan dalam maasjid

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri dari orang yang dihina oleh kaum mereka

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya

11. Apabila lelaki memakai sutera

12. Apaila perempuan dijemput menhiburkan lelaki

13. Apabila arak menjadi muniman biasa

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu

maka pada saat itu, tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau  gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama2 merenungi haadis ini, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah beerpunca dari perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita  dirahmati keamanan dari dunia hingga akhirat.
AMIN

SELAMATKAN DIRI DI PADANG MAHSYAR

SELAMATKAN DIRI DI PADANG MAHSYAR

Setelah semua makhluk yang bernyawa di alam ini mati dan hancur binasa, Allah swt memerintahkah malaikat Israfil untuk meniupkan angin sangakala untuk menghidupkan semua makhluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya:
"Wahai orang yang telah keluar dari badan , tulang-tulang yang telah reputluluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh. Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari ALLAH SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja bagi semua Raja"

Sepeerti yang ALLAH sebutkan dalam al-Quran:
"Mereka berkata:
"Aduhai Celakalah kami! siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur) "(Yassin :52)
Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.

1. ada yang berupa kera kerana di sepanjang hidupnya suka beerbuat fitnah

2. ada yang berupa khinzir kerana makan rasuah ketika menjalankan hukuman

3. ada yang buta matanya kerana keterlaluan menghukum manusia
4. ada yang pekak bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan

5. ada yang keluar nanah dan darah yang busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri .Mereka ini golongan ULAMA yang bercakap dan mengajar tapi perbuatan dan tidak sama dengan apa yang diucapkan.

6. ada yang luka-luka seluruh badan kerana menjadi saksi bohong

7. ada yang telapak kaki mereka terletak di dahi dan terikat pada ubun-ubun serta menjadi sangt busuk dan lebih busuk dari bangkai. Mereka adalah orang sanggup membeli dunia dan akhirat (mencari kemewahan dengan mempralatkan agama)

8. ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri dan rebah ke kanan, terhuyung-hayang, Mereka ini sanggup menyimpan harta daripada membelanjakan ke jalan ALLAH.

9. ada yang beerkeadaan benar-benar mabuk, kerana  suka bercerita dalam maasjid tenteng hal-hal dunia
10. ada yang berupa khinzir kerana suka makan riba

11. ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Merka ini suka menyakiti orang-orang yang sekampung dengannya (jiranya)

12. ada yang berupa khinzir kerana memudahkan solat dan melalaikan solat

13. ada yang bangkit dengan perut yang penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa menggigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka di dunia ini payah nak mengeluarkan zakat.

14. ada yang berkeadaan di mana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam berniaga.

15. ada yang sampai terasing dengan manusia serta badannya busuk dari bangkai. mereka ini suka menyembunyikan maksiat mereka. sembunyi dari manusia tidak sembunyikan dari Allah

16. ada yang terpotong halkum keadaannya tercerai dari leher. orang ini sanggup bresaksi bohong.

17. ada yang bangun dengan tidak berlidah dan mengalir darah busuk dari mulutnya. orang itu malas nak mengucapkan kalimah syahadah

18. ada yang berjalan kepala ke bawah, kaki ke langit dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. mereka adalah orang yang selalu melakukan zina

19. ada yang muka hitam dengan peerut yang penuh dengan api neraka. mereka ini selalu makan harta anak yatim dengan zalim.

20. ada yang bangun dengan mengidap penakit kusta dan sopak. mereka ini derhaka kepada ibu bapa mereka

21. ada yang gigi mereka sperti tanduk kerbau, lidah terjelir sampai perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. orang ini suka munim arak.

Semoga kita teergolong dalam golongan yang sering menginsafi diri dan bertaubat ataas dosa dan pengkhianatan yang telah dilakukan terhadap manusia.

Ya Allah selamatkan lah kami ............jadikanlah kami orang yang beriman dan beramal soleh........AMIN


DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yan taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasikdan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan berbuat kebajikan. Perempuan itu selalu membaca BISMILLAH setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sentiasa didahului dengan BISMILLAH. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Dia berkata sambil mengejak,
"Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Wanita itu tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada ALLAH swt supaya memberi hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata:
"Suatu hari nanti akan aku buat kau kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu"

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan dia memberikan wang yang banyak kepada siteerinya dan berkata,
"Simpan duit ini"
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap, suaminya mengambil duit itu dan mencampakkannya dalam perigi di belakanag rumahnya.

Beberapa hari kemudian, suaminya telah memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan kepadaku wang telah aku berikan kepada engkau untuk disimpan,"
Kemudian isterinya peergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan hati-hati dia hampiri tempat itu dia membuka dan membaca BISMILLAHIRROHMANRROHIM."
Ketika itu ALLAH wt menghantarkan malaikat JIBRAIL AS untuk mengembalikan beg duit itu. 
Isterimya memberikan beg duit itu kepada suaminya.

Terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu dia bertaubat dan sentiasa mengerjakan perintah ALLAH swt, dia juga membaca BISMILLAH  apabila dia hendak melakukan sesuatu kerja.

Monday, 6 February 2012

HARI-HARI DALAM ISLAM

HARI-HARI DALAM ISLAM

Sahabat-sahabat Nabi saw telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, sabda Nabi saw,:

JUMAAT
Hari jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan peernikahan

SABTU
Hari sabtu adalah dinamakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu, orang-orang kafir telah meadakan tipu daya pada Perjanjian Darrun Nadwah

AHAD
Hari ahad adalah hari yang baik untu membuat binaan dan tanaman, kerana pada hari ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunkannya

ISNIN
Hari isnin adalah hari baik untuk musafir dan untuk meniaga, kerana bahawasanya pada hari isnin Nabi Syith teah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapat keuntungan dari perniagaannya.

SELASA
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mual-mula terjadinya permbunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

RABU
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang kekal, kerana pada hari itu ALLAH  swt telah meneggelamkan Firaun bersama kaumnya. Kaum Samud dan Kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Salh , juga dibinasakan oleh ALLAH swt pada hari Rabu.

KHAMIS
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut segala hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim telah pergi ke istana Raja Mesir, maka Raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isteri dan anaknya.

Wassallam

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi dengan perkara-perkara yang mnyeronokkan. Tetapi itulah yang akan mendatangkan keburukan pada kita.

Di bawah ini terdapat 24 perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat muhasabah diri kita sendiri:

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah swt

2. Jangan maasuk bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang sumbing. Makhruh dan ianya membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makhruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal ( kerana pagi2 itu membuka pintu rezeki)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah muntah syaitan

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai selipar atau kasut berlainan pasangan. Makhruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar dalam perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baik.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau dah kita memang bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrohim.

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH swt dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecea bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan ksih sayang orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia dan haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH swt.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Catilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok atau memasang kemenyan kerana asap adalah makanan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIM dan salam ketika maasuk ke rumah dikuatiri jin atau syaitan akan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH swt . Tidak sempurna agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan kerana semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu yang lebih mengetahui. Yang baik itu   dari ALLAH swt dan yang buruk itu dari hambanya juga. Wassallam.








12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT

Dalam sebuah hadith menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah swt akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya."

3 darinya akan dirasai semasa di dunia dan diantaranya ialah:
> Allah swt akan menghilangkan berkat dari usahanya dan juga terhadap rezekinya.
> Allah swt akan mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya
> Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman

3 macam bahaya ialah ketika dia hendak mati:
> Roh akan dicabut ketika dia dalam keadaan haus walaupun ia telah minum seluruh air laut
> Dia akan merasa amat pedh ketika roh dicabut keluar
> Dia akan dirisaukan akan hilang imannya

3 macam bahaya akan dihadapi ketika berada dalam kubur, antaranya:
> Dia akan berasa susah akan pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir yang sangat menggerunkan
> Kuburnya akan menjadi cukup gelap
> Kuburnya akan menghimpit sehingga tulung-temulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)

3 lagi azab nanti di hari kiamat, ialah:
> Hisab ke atasnya sangat berat
> Allah swt sangat muka kepadanya
> Allah swt akan menyiksanya dengan api neraka

Wednesday, 1 February 2012

NASIHAT LUKMAN KEPADA ANAKNYA

NASIHAT LUKMAN KEPADA ANAKNYA

Yang bermaksud:
"Wahai anakku! Sesungguhnya termasuk bijaksana peerbuatanmu yang mengamalkan sepuluh perkara iaitu:

1. Engkau menghidupkan hati yang mati.

2. Selalu duduk dekat dengan orang miskin.

3. Jauhi majlis raja-raja

4. Memuliakan orang yang rendah taraf hidupnya

5. Memerdekakan hamba

6. Berikan tempat perlindungan kepada orang asing

7. Mengkayakan orang fakir

8. Menambahkan kemuliaan orang

9. Yang mulia

10. Orang yang menjadi ikutan

10 perbuatan ini adalah lebih baik dari harta, dan sebagai benteng dari perasaan takut, dan sebagai kelengkapan dalam peperangan, dan sebagai barang yang boleh di ambil keuntungannya. Dia juga sebagai pendamping seseorang ketika ditimpa perkara-perkara yang menakutkan. Dia juga merupakan petunjuk ketika sudah sampai masa kematian bagi seseorang. Dia juga sebagai tabir pada saat pakaian tidak dapat menjadi pendinding".

10 PENGAJARAN DARI 5 ORANG ULAMAK DAN AHLI HIKMAH

10 PENGAJARAN DARI 5 ORANG ULAMAK DAN AHLI HIKMAH

Telah diriwayatkan bahawa sebahagian raja pernah menghimpunkan 5 ulamak dan ahli hikmah. Lalu raja menyuruh setiap ahli dari mereka menyampaikan satu hikmah. Kemudia setiap hari mereka menyampaikan 2 hikmah sehingga menjadi 10.

Berkata orang pertama:
"Takut kepada ALLAH adalah keselamatan dan tidak takut kepadaNYA adalah kekufuran. Tidak takut kepada makhluk adalah satu kebebasan, sedangkan takut kepadaNYA adalah penghambaan diri".

Berkata orang kedua:
"Harapan kepada ALLAH adalah kekayaan yang tidak dapat dirosakkan oleh kefakiran, dan putus harapan kepada ALLAH adalah kefakiran yang menyebabkan tidak bermanfaat kekayaannya bersamanya."

Berkata orang ke-tiga:
"Tidak mengganggu kantung yang fakir bila dia bersama hati yang kaya. Dan tidak ada manfaatnya kantung kaya, bila diaa bersama hati yang fakir".

Berkata orang yang ke-empat:
"Tidak bertambah kekayaan hati bersama sifat dermawan melainkan kekayaan juga. Dan tidka bertambah kefakiran hati bersama kantung yang kaya melainkan kefakiran juga".

Berkata orang yang ke-lima:
"Mengambil sedikit kebaikan adalah lebih baik dari meninggalkan banyak kejahatan. Dia meninggalkan semua kejahatan adalah lebih baik dari mengambil sedikit kebaikan". 

10 PERKARA YANG DICARI OLEH AHLI HIKMAH

10 PERKARA YANG DICARI OLEH AHLI HIKMAH

Sebahagian ahli hikmah berkata:
"Aku telah mencari 10 macam dalam 10 perkara , lalu aku mendapati dia dalam 10 perkara yang lain. Iaitu:

1. Aku telah mencari kemuliaan dalam sifat takkabur, lalu aku dapati dia dalam sifat tawadduk

2. aku telah mencari ibadah daam solat, lalu aku dapati dia dalam sifat warak

3. Aku telah cari ketenangan dalam sifat tamak, lalu aku dapati dia dalam sifat zuhud

4. Aku telah mencarisinar hati dalam solat di siang hari secara terang-terangan di hadapan orang-orang lain, lalu aku dapati dia dalam solat di waktu malam secara sembunyi2.

5. Aku telah mncari sinar untuk hari kiiamat dalam sifat pemurah dan dermawan, lalu aku dapati ianya dalam puasa

6. Aku telah mencari penyebab dalam penghasilan melintas Siratull Mustaqim dalam pelaksanaan kurban, aku menemuinya dalam amal sedekah

7. Aku telah mencari jalan selamat dari api neraka dalam perkara2 yang mubah, aku menemui dia dalam meninggalkan keinginan kepada nafsu

8. Aku telah mencari bukti cinta kepada ALLAH dalam peerkara-perkara yang mudah, aku menemuinya dengan berzikir kepadaNYA

9. Aku telah mencari keselamatan di tempat perkumpulan manusia, maka aku temui dia di saat bersunyi-sunyi dari keramaian.

10. Aku telah mencari cahaya untuk hati dalam naasihat-nasihat dan dalam pembacaan al-Quran, aku mnemui dia dalam tafakkur dan menangis."

10 PERATURAN TAUBAT

10 PERATURAN TAUBAT

Sebahagian ahli hikmah telah berkata:
Yang bermaksud:
"Apabila orang yang berakal mahu bertaubat, maka sepatutnya dia melaksanakan 10 perkara:

1. Mmohon keampunan dengan lidahnya

2. Menyesali(perbuatan) dengan hatinya

3. Mlepaskan (perbuatan) dari badannya, (aitu berhenti dari melakukannya)

4.Brazam untuk tidak kembali (melakukan perbuatan itu) buat selama-lamanya

5. Cnta pada akhirat

6. Benci pada dunia

7. Sedikit bercakap

8 - 9 . sedikit makan dan sedikit minum , sehingga (dadanya) lapang untuk menuntut ilmu dan beeribadah

10. Sedikit tidur

Allah swt berfirman :
"Adalah mereka sedikit tidur pada malam hari dan di waktu dinihari, mereka memohon keampunan".