CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Follow by Email

MUSTAJAB HAJAT & DOA



UNTUK MENGUBATI BATUK

 Terdapat banyak khasiat dari surah al-Fatuhah ini, antaranya ialah boleh mengubati batuk. Sebagai umat Islam, kita hendaklahlah memanfaatkannya mengubati penyakit yang dialami selain bertemu dengan doktor. Mari kita cuba perubatan cara ini.

Caranya ialah, sediakan halia dengan secukupnya. Diparut dan diperah untuk mendapatkan patinya. Bagi menyedapkan rasa,tambahkan gula atau susu manis, supaya lebih enak bila diminum. 

Kemudian, sediakan sebuah pinggan berwarna putih, dan tuliskan kalimah "al-hamdulullah" dengan perkataan Arab. Kemudian, larutkan dengan minyak bijan (minyak lenga), satukan dengan pati halia tadi. Kacau hingga sebati. elepas itu, beri minum paada orang yang mengidap batuk tadi. Mudah-mudahan dengan izin Allah, batuknya akan sembuh.


MENGUBATI RACUN BINATANG BERBISA


 Terdapat banyak haiwan yang berbisa dan sangat merbahayajika digigit. Contohnya, lipan, ular, lebah, kala jengking dan sebagainya.

Sekiranya haiwan ini menggigit mangsanya, maka bisa racun itu akan menjalar dalam peredaran darah. Ketika itulah mangsa akan merasai kesakitan yang amat sangat. Jika yang kena gigit adalah anggota keluarga kita atau kita sendiri, JANGAN PANIK!

Penawar bagi orang yang terkena bisa gigitan itu ialah SURAH AL-FATIHAH. Caranya, ambil segelas yang telah dimasak atau air kosong, maasukkan sedikit garam. Surah al-Fatihah itu hendaklah dibaca sebanyak 7 kali, dan hembus ke dalam air itu sebanyak 3 kali. Kemudian berikan kepada oraang yang kena gigit itu, mudah-mudahan ia akan sembuh. In Sya Allah.
MERAWAT PENYAKIT DALAMAN

Banyak jenis penyakit yang menimpa manusia. Ada penyakit luaran juga ada penyakit dalaman. Biasanya penyakit dalaman ini sukar dirawat dan diubah kerana penyakit tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas. Diantara penyakit dalaman ini ialah sakit paru-paru, jantung, buah pinggang dan seumpama dengannya.
Sekiranya anda mengalami salah satu penyakit tersebut, dan sudah berubat dengan bermacam-macam ubat, tetapi tidak juga baik, maka eloklah anda berubat dengan jalan mengadu kepada ALLAH swt melalui amalan membaca sebanyak mungkin surah al-Fatihah ini.
Caranya, mula-mula lakukanlah sembahyang hajat dua rakaatdengan kusyuk baru memohon kepada ALLAH supaya menyembuhkan penyakit tersebut sama ada pesakit itu sendiri atau orang lain.
Kemudian baca surah al-Fatihah sebanyak 41 kali pada air dan berikan kepada pesakit untuk diminumnya. Insyaallah tidak lama sakit tersebut akan berkurang dan sembuh.  
UNTUK MEMURAHKAN REZEKI

Rezeki yang mencukupi untuk nafkah seisi keluarga sangat penting, kerana tanpa nafkah yang memadai agak sukar seseorang melakukan ibadat dengan sempurna. Di samping berusaha dan berikhtiar dengan segala kemampuan yang dimiliki, kita juga elok menambahnya dengan amalan membaca surah al-Fatihah sebanyak yang mungkin.
 Khaifiatnya tidaklah susah, mula-mula solat Tahajjud atau solat Hajat. Setelah itu beramallah dengan surah al-Fatihah dengan cara membacanya sebanyak 41 kali.
Dengan izin ALLAH mudah-mudahan rezeki kita akan lebih murah dan beroleh berkat sebagaimana yang diharapkan. Insyaallah.
UNTUK MERAWAT SAKIT MATA

Selain khasiat-khasiat yang disebutkan sebelum ini, surah al-Fatihah juga boleh digunakan untuk merawat sakit mata. dengan izin ALLAH, penyakit mata yang dialami oleh orang yang sakit tersebut akan sembuh, Insyaallah.
Sekiranya salah seorang anggota keluarga atau saudara mara yang kebetulan menderita sakit mata dan tidak sembuh-sembuh selepas berubat dengan bermacam-macam ubat, maka elok dicuba pula beerubat dengan surah al-Fatihah ini.
Khaifiatnya mudah sahaja, yakni selepas solat Subuh bacalah surah al-Fatihah sebanyak 41 kali dengan kusyuk sambil mengharapkan semoga ALLAH menyembuhkan sakitnya. Sesudah itu dihembuskan di tapak tangan dan digosok dengan kedua tapak tangan kanan dan kiri sehingga terasa panas, lalu disapukan secara perlahan-lahan di bahagian kelopak mata yang sakit itu. 
Begitulah dilakukan setiap hari untuk jangka masa tertentu. Dengan izin ALLAH swt mudah-mudahan penyakit mata itu akan lenyap dengan sendirinya.    

MERAWAT PENYAKIT DEMAM PANAS

Kelebihan surah al-Fatihah yang lain ialah untuk merawat orang yang menderita demam panas. Jika ada ahli keluarga yang mengalami penyakit seperti ini, maka bolehlah membantunya dengan membaca surah al-Fatihah.
Khaifiatnya lebih kurang sama dengan khaifiat di atas, iaitu solat Hajat dua rakaat terlebih dahulu. selepas itu berzikirlah seberapa lama, baru kemudian mengambil segelas air bersih. Kemudian mulah berdoa dengan doa di bawah ini:

"...Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepadaku, Nabi-Mu dan utusan-Mu Muhammad saw, bahawasanya baginda bersabda:
"Surah al-Fatihah boleh dibaca untuk apa sahaja . Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam, Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Mu sahaja kami menyembah dan hanya kepada-Mu jualah kami meminta pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. iaitu jalan yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka - bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan-jalan orang yang sesat...."

Selepas membaca doa dan surah itu (surah al-Fatihah) kemudian hembus ke dalam air bersih yang ada di dalam gelas sebanyak 3 kali. Lalu minumkan kepada pesakit itu atau untuk meyejukkan badannya dengan cara membasahkan kain dan yang seumpama dengannya kemudian letakkan di dahi atau bahagian tubuh yang lain.