CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday 14 February 2012

MASIH SEMPAT MEMBUAT PILIHAN

MASIH SEMPAT MEMBUAT PILIHAN

Semua ibadah yang kita lakukan selama ini adalahs sematanya bertujuan supaya kita berharap dapatlah kita bersama keluarga mendapat rahmat dariNYA diterima masuk ke Syurga ALLAH swt. Ini adalah destinasi terakhir kita. Ini adalah matlamat terakhir kita. Masih sempat lagi untuk bertaubat. Belum terlambat untuk berubah hidup ini kelandasan lurus dan benar. Jadi ambil kesempatan sementara masih ada waktu dan peluang untuk kita perbetulkan hala tuju dalam hidup yang singkat ini.

Daripada Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:
"Setiap yang msuk ke dalam syurga diperlihatkan kepadanya tempat diamnya dalam neraka seandainya dia melakukan kesalahan, supaya dengan itu bertambah syukurnya kepada Tuhan. Setiap orang yang maasuk ke dalam neraka diperlihatkan kepadanya tempat diamnya dalam syurga seandainya dia melakukan perbuatan baik, supaya dengan itu timbul penyesalannya"
(Hadis riwayat Bukhari)

Syurga dan neraka bukan asing bagi pendengaran manusia yang sampai kepadanya seruan dakwah Islam. Namun tidak ramai mengambil iktibar atas setiap peringatan yang diberikan iaitu mengenai azab yang bakal dikenakan kepada orang melanggar perintah ALLAH swt dan balasan nikmat kepada orang beriman dan beramal soleh.

Lantaran itu, pada hari akhirat kelak, tiada manusia tidak menyesal akan segala kejahatan yangdilakukan bila mana mereka melihat keindahan syurga yang diperlihatkan kepada mereka beserta nikmat didalamnya.

Sementara orang yang dimasukkan ke dalam syurga kerana terselamat daripada bencana mengerikan seperti mereka lihat pada neraka dan penghuninya.

Oleh itu, selagi masih hidup dan mempunyai harapan mempeerbaiki nasib bagi mengelakkan keazabban di akhirat kelak hendaklah segera bertaubat serta megerjakan amalan yang diredhai ALLAH swt supaya nanti tidak tergolong dikalangan orang yang rugi. 




No comments:

Post a Comment