CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday 28 December 2011

PERBELANJAAN BERHEMAT



PERBELANJAAN BERHEMAT

Perbelanjaan berhemat ialah kesedaran pengguna untuk berbelanja secara berhemat mengikut keperluan sendiri, dengan mengambil kira kedudukan kewangan diri, kesan kepada alam sekitar, kesihatan juga masyarakat.

Sebelum membeli belah, sediakan senarai barang yang ingin dibeli dan patuhi senarai barang tersebut.

Jangan mudah terpengaruh dengan gimik iklan dan janji-janji manis penjual. Anda perlu menyedari kebolehpercayaan sesuatu iklan dan menilai sama ada anda memerluakan barang tersebut disebabkan keperluannya, dan bukannya kerana terpengaruh dengan iklannya yang menarik.

Pembelian mengikut gerak hati menyebabkan anda berbelanja  lebih.

Anda boleh berjimat antara 15% - 40% jika menggunakan barangan generik. Sebenarnya tidak banyak perbezaan kualiti antara barang generik dengan barangan berjenama.

Membandingkan harga bagi barang yang sama di tempat membeli belah yang berlainan. Semasa membuat perbandingan, pastikan berat dan kualiti adalah sama.

Kurangkan perbelanjaan barangan yang mewah dan barang yang memang anda tidak perlukan, terutama apabila ianya memakan perbelanjaan yang besar.

Membeli secara tunai ialah cara paling efektif untuk membantu anda memenuhi bajet yang ditetapkan. Menggunakan kad kredit selalunya menyebabkan anda selalu berbelanjan lebih.

Menyemak resit - semak jumlah keseluruhan yang dibelanjakan di pasar raya. Ini dapat memastikan anda mengetahui apa yang dibelanjakan, sementara itu juga membantu anda memastikan tiada kesilapan yang dibuat di kaunter pembayaran.






No comments:

Post a Comment