CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday 27 December 2011

ISU KEWANGAN ANDA (FINANCE)

ISU KEWANGAN ANDA

Kali ini saya akan membincangkan satu isu yang cukup penting, gah dalam kehidupan kita, iaitu
ISU KEWANGAN

ISU PERTAMA:
PENGURUSAN KEWANGAN

Bagaimana anda menguruskan kewangan anda sendiri????

1. Pengurusan kewangan dapat menyediakan diri anda dalam menghadapi peluang dan cabaran hidup serta mencapai matlamat kewangan anda.

2. Sebelum merancang kewangan, anda perlu mengetahui kedudukan semasa kewangan anda dengan menilai jumlah aset yang dimiliki dan jumlah hutang anda.

3. Wang mempunyai nilai masa yang biasanya akan susut mengikut masa. Wang yang sama, pada masa sekarang dan masa dahulu mempunyai nilai yang berbeza disebabkan oleh inflasi.

4. Dengan menyimpan wang di bank atau membuat pelaburan, anda akan dibayar faedah atau dividen. Ini lebih baik daripada membiarkan wang anda susut. Jadi lebih awal anda melabur wang anda, maka semakin banyak faedahnya.

5. Dalam merancang kewangan, anda perlu menetapkan matlamat kewangan anda dahulu dengan mengambil kira keperluan dan kemahuan anda. Seterusnya anda perlu menilai keutamaan untuk menunaikan matlamat yang lebih "penting".

6. Kemudian sediakan bajet peribadi anda. Penyediaan bajet yang baik perlu mengambil masa dan usaha yang berterusan. Patuhi bajet yang telah dibuat.

7. Bersikap realistik dan jangan mengimpikan sesuatu di luar kemampuan anda dalam jangka masa pendek.

8. Anda juga perlu bersikap fleksibel. Kemungkinan terdapat perbelanjaan yang tidak diduga dalam perancangan kewangan anda seperti perbelanjaan perubatan yang lebih tinggi, maka kaji semula bajet apabila perlu.

9. Rekodkan apa yang anda belanja dan berapa perbelanjaan anda. Jadikannya mudah untuk dibuat.

10. Bandingkan rekod ini dengan perancangan kewangan yang anda telah catatkan supaya mudah anda meneliti sama ada anda telah mematuhinya atau tidak.




1 comment: