CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday 18 December 2011

BAJU DIA KOTOR

............................BAJU DIA KOTOR...........................

Sepasang suami isteri, baru sahaja berpindah ke rumah yang baru. setelah memindahkan emua perabot dan barangan, si isteri memilih satu sudut yang menghadap tingkap bagi meletakkan meja tulis.
di situlah nanti dia akan mengabiskan masanya dengan menulis dan mengemaskini blognya memandangkan dia suri rumah sepenuh masa.
sambil menuis, dia dapat memeratikan segala gelagat jirannya dari tingkat 3 pangsapuri yang di sewa. apatah lagi kawasan yang didiaminya itu, terkenal dengan kawasan berpendudukan padat.

Pada suatu hari, dia ternampak jirannya menjemur baju. tetapi ada sesuatu yang tidak kena. pabila suaminya pulang, diceritakan pada suaminya, perihal jirannya itu.
"Saya rasa jiran kita tu tak reti nak cuci baju lah abang", luahnya pada suaminya, satu-satunya teman berbual.
"kenapa sayang cakap macam tu?"
"Sebab saya nampak, baju2 yang dijemurnya itu, emuanya kurang bersih. masih ada kotoran yang melekat."
"Oh," balas suaminya ringkas, sambil mencuri pandang ke luar tingkap.

Setelah seminggu berlalu, si isteri bercerita lagi kepada suaminya.
"Jiran kita tu dah reti cuci baju. saya lihat semua bajunya bersih tak macam biasa."
suaminya terangguk-angguk.
"Masalahnya, bukan jiran kita tu yang tak reti cuci baju atau cuci ala kadar,
tetapi masalahnya ialah ingkap kita ni yang kotor. hari Ahd hari tu abang cuci tingkap tu sampai berih berkilat". jelas suaminya

PENGAJARAN:
Satu jri telunjuk menuding ke arash orang lain, hakikatnya empat lagi jari menunjuk ke arah kita sendiri.
sebelum menyalahkan orang lain atas sesuatu yang kita belum jela tentangnya, lihat diri sendiri keran kita juga ada kesalahan diri sendiri.
(jangan burukkan orang lain & jangan rendahkan orang lain)

  (page MOTIVASI)


1 comment:

  1. TErima kasih ats pringatanmu itu...muhasabah diri adalah perkara yg terbaik untuk beroleh kebhgiaan kekal abadi dalam kehidupan kita..

    ReplyDelete