CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday 3 May 2014

PENULISAN KHAT AL-QURAN KETERLALUAN ADALAH DILARANG

PENULISAN KHAT AL-QURAN KETERLALUAN ADALAH DILARANG

PENULISAN KHAT AL-QURAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Jun 2005 membincangkan hukum menulis ayat al-Quran mengikut reka bentul alat permainan seperti tumbuh-tumbuhan, wau, bunga-bungaan dan seumpamanya telah memutuskan :

* Penulisan al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang.

* Penulisan khat Al-Quran yang dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan seterusnya dapat dibaca.

* Penulisan khat al-Quran tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat yang lain sehingga boleh mengelirukan pembaca.

* Tulisan khat ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacatkan, mengelirukan atau mengubah maknanya.

* Tulisan khat ayat Al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan
dan menghilangkan tujuan ayat al-Quran iaitu diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang.

(Sumber : Portal Rasmi Fatwa Malaysia)  

No comments:

Post a Comment