CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, 7 January 2012

BERHATI-HATI MEMBELI KERETA TERPAKAI

Berhati-hati Membeli Kereta Terpakai
Mungkin anda sudahpun menemui kereta yang anda hajati dan membuat keputusan untuk membelinya. Tetapi jangan terburu-buru untuk membuat keputusan. Anda perlu memeriksa kereta itu dengan teliti terlebih dahulu.
Mula-mula perhatikan sebarang kecacatan atau kesan remuk yang mungkin menunjukkan kereta itu pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada masa-masa lalu. Pastikan samada kereta itu telah dicat semula atau tidak. Untuk mengetahuinya perhatikan dibawah salut getah disekeliling pintu. Cat baru mungkin menyebabkan sebarang kecacatan kereta itu tidak dapat dilihat. Periksa Odometer untuk melihat hitungan batunya. Pastikan ia tidak rosak atau tidak ditukarkan dengan yang baru. Periksa pintu, penutup depan dan belakang samada dapat dibuka dan ditutup dengan baik tanpa sebarang bunyi yang tidak menyenangkan. Lihat sepanjang sisi kereta dari jarak 30 kaki untuk memastikan tayar depan dan tayar belakang selari.
Lihat kebawah kereta untuk menentukan samada terdapat sebarang kebocoran cecair. Bagi kereta yang baik tidak ada sebarang kebocoran pada sebarang masa kecuali akibat pemelowapan penyaman udara yang digunakan ketika hari panas.

Angkat penutup depan (atau belakang) untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat. Keluarkan dipstick dan pastikan minyak juga berkeadaan bersih dan tipis. Bateri juga mesti berkeadaan sempurna dan bersih. Jika tidak anda boleh meminta ejennya menukar kepada yang baru. Kemudian duduk ditempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak 2 inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingnya.
Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Setengah-setengahnya mungkin tidak penting bagi anda tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.

Hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar dibelakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Manakala asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai. Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda kedalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu. Ini mungkin disebabkan oleh minyak terbakar.Hidupkan enjin semula dan periksa minyak didalam transmission automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar
Uji PanduJurujual mungkin cuba menyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti disekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalanraya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta ditempat lain.Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan lekak-lekok dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu. Pandulah kejalanraya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hinga 35 bsj, tranmission automatinya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.
Perlahankan kereta itu hingga 7bsj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing kekanan atau kekiri.

Tingkatkan kelajuan hingga 15 bsj dan kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Didalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti. Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 4bsj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini sebanyak 4 atau 5 kali untuk menguji transmission. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.
Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.
Masih didalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 20bsj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini mempunyai masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah ini akan dibaiki.
Kemudian pandu kereta itu dijalan lekak-lekuk yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegaratau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.
Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 40 bsj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek. Setelah itu balik ke jalanraya biasa, hentikan kereta anda perhatikan kebelakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 55 bsj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan suatu pembaikian dengan perbelanjaan yang mahal.

Sekarang berbalik semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan kebawah kereta samada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik kearah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, samada bunyinya atau kawalannya.

Akhirnya baik juga jika anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu kestesyen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan samada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak. Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain.
Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.


No comments:

Post a Comment