CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

ISTIQAMAH


UNTUK MENCERDASKAN AKAL FIKIRAN

Terdapat pelbagai cara untuk kita mencerdaskan akal fikiran kita. Antaranya ialah dengan menggunakan surah Yassin. 
Tuliskan surah yassin dengan zafaran dan misik.  Hapuskan hasil tulisan itu dengan air mawar dan diberi munim kepada orang yang lembab akal fikirannya selama 7 hari setiap hari secara berturut-turut.
Mudah-mudahan dengan izin Allah ia akan menjadi cerdas dan terang hatinya dalam menerima kebaikan dan ilmu pengetahuan.  

MENIKMATI KEBAHAGIAAN DALAM HIDUP





Sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari, maka ia sentiasa gembira dan berasa senang hati sehingga malam menjelang tiba. 
Sekiranya dia membaca pada permulaan malam, maka ia sentiasa gembira dan tenang sehingga menjelang subuh.  

NASIHAT KUBUR


1. Aku adalah temat yang paaling gelap, maka teeraangilah aku dengan
TAHAJJUD

2. Aku adlaah tempat yaang paling sempit, maka terangilah aku dengan
SILATURRAHIM

3. Aku adalah tempat yang paling sepi, maka ramaikan aku dengan perbanyakkan
BACA AL-QURAN

4. Aku ialah tempat binatang-binatang yang menjijikkan, racunilah ia dengan
AMALAN SEDEKAH

5. Aku yang menyempitmu hingga hancur bilamana tidak solat, maka bebaskan sempitan itu dengan
SOLAT

6. Aku ialah tempat untuk merendam mudengaan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan
PUASA

7. Aku ialah tempat MUNKAR & NAKIR bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan
perbanyak mengucapkan kalimah
LAILAHAILLALLAH

Sekecil apa pun amal ibadat, Allah swt menghargainya puluhan kali ganda 



MENAMBAH KARISMA DAN WIBAWA


Hakikatnya sudah menjadi lumrah bagi manusia ingin dihargai dan diperlakukan dengan sewajarnya, tidak ada orang yang suka diperlekehken dan tidak ada orang yang suka direndahkan oleh orang lain. Hal ini sesuai dengan penciptaan manusia itu sendiri yang dibekali harga diri dan kemuliaan.

Akhlak yang mulia menjadikan seseorang itu disegani dan dihormati, tetapi masih terdapat lagi orang yang yang yang memperlekehkan dan merendahkan kita walaupun kita telah memiliki akhlak yang terpuji. Pada zaman kini, yang berada dipandang tinggi dan terhotmat berbanding mereka yang mempunyai akhlak yang terpuji.

Maka untuk menjadikan kita beerwibawa tidak cukup dengan akhlak yang baik sahaja, tetapi kita perlu mencari ikhtiar yang lain iaitu dengan mengamalkan surah al-Fatihah. Kita boleh berharap dan ayat dan kalimah al-Fatihah ini supaya ia mampu menyatukan jiwa kita dan menyinar cahaya dari tubuh kita sehingga orang lain mengkagumi dan menghormati kita.

Caranya ialah, selepas sahaja selesai menunaikan solat wajib hendaklah berzikir diikuti bacaan al-
Fatihan 20 kali. Cuba mengamalkan setiap hari dengan kusyuk dan yakin bahawasanya Allah akan mengangkat harga diri kita juga memberikaan karisma kepada kita. Dengan izin Allah jua kita akan dihormati dan dihargai di kalangan sahabat-sahabat kita,



REZEKI ALLAH

Hakikatnya rezeki yang dikurniaakan oleh Allah buat kita terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Rezeki yang diusahakan.
2. Rezeki yang tidak diusahakan.

1. Rezeki yang diusahakan  adalah rezeki yang kita usahakan sehari-hari seperti kerja makan gaji ataupun rezeki yang kita perolehi dengan bekerja sepanjang hari. Ia merangkumi doktor, petani, pelombong, penoreh getah, guru, tentera dan sebagainya. Semakin rajin kita berusaha, kemungkinan besar rezeki kita akan bertambah melalui kenaikan gaji atau pangkat. 

2. Rezeki yang tidak diusahakan   adalah rezeki yang diperolehi tanpa kita bekerja juga tanpa kita berusaha. Ianya datang dengan tidak diduga dan secara tiba-tiba. Misalnya, anak kita memerlukan kos perbelanjaan yang besar untuk peersekolahan berasrama, hakikatnya kita hanya pekerja biasa sahaja. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang menghulurkan bantuan, dan itu sudah cukup untuk menyelesaikan masalah kita. Inilah yang dinamakan rezeki yang tidak disangka-sangka. Namun, maasih terdapat lagi rezeki-rezeki yang sedemikian, :

(a) Istighfar
Kita hendaklah sentiasa memohon ampun pada Allah atas segala kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan selama ini. mungkin inilah yang menghilangkan keberkatan rezeki kita mahupun yang menghalang rezeki kita. Kita boleh walau di mana sahaja kita berada, bila-bila masa, dalam kenderaan, selepas solat fardhu, semasa menuntut ilmu dan lain-lain. 

(b) Bertawakal

Kita sudah berusaha sehabis baik, maka serahkanlah segalanya kepada Allah swt. Jika ditakdirkan Allah kita mendapat rezeki yang banyak, sudah pasti kita memperolehinya. Tiada siapa yang mampu menghalangnya. Selagi kita yakin pasa Allah swt , Dia akan mengabulkan segala keyakinan kita. 

(c) Silaturrahim
Sentiasa menjalinkan silaturrohim dengan kaum Muslimin yang lain. Sebenarnya, semakin ramai yang kita kenal, semakin banyak punca rezeki kita. Jika terdapat hubungan yang telah renggang, maka segerakanlah kita merapatkannya. Rezeki kita sentiasa bertambah seiring dengan bertambahnya oraang yaang kita kenal. Yakinilah dan amalkanlah perkara ini, 

(d) Infak
Menzahirkan infak dengan sumbangan berbentuk wang, harta atau sebagainya, yang dibelanjakan dengan tujuan kebajikan, memang akan mengurangi rezeki kita. Namun pada hakikatnya, ia akan melipatkangandakan rezeki yang kita perolehi. Gandaan itu tidak dapat dihitung dengan pengiraan matematik, kerana ianya adalah rezeki Allah swt dan tidak dapat difikirkan dengan pemikiran logik manusia.

(e) Taubat
Satu lagi jalan pembuka rezeki ialah taubat. Seperti yang kita tahu, Allah swt mewarisi segala yang ada di bumi ini hanya pada orang-orang yang beriman. Jika dosa dan maksiat masih lagi bersarang dalam diri, maka bersedialah anda untuk menghadapai hidup ini dengan penuh kekacauan jiwa dan kesempitan rezeki. 

(f) Berdoa
Kita hendaklah ssentiasa berdoa agar Allah swt menjauhkan kita daripada kemiskinan dan kefakiran. Bermohonlah kepada Allah dengan limpahan rezeki daripadanya. allah swt ialah Zat Yang Maha Pembeeri Rezeki.

(g) Takwa
Tetapkanlah ketakwaan itu dalam diri kita. Jauhi segala larangan Allah dan petuhilah segala suruhan-Nya. Bersedialah untuk menghadapi kematian dan pelajarilah kitab suci-Nya. Hanya orang yang bertakwa dan takut dengan seksaan-Nya akan berhak mendapat limpahan rezeki Allah swt .

(h) Zikir
Berzikirkan selagi masih ada waktu buat kita di dunia ini. Tidak ada satu pun perkara yang disesalkan ketika di syurga kecuali lalai dalam mengingati Allah swt. Selain itu, kita akan mendapat ketenangan hati juga kelapangan hidup dan rezeki. Ramai yang mengharapkan anugerah ini tetapi tidak berjaya menggapai hasilnya. Malah ada yang menjalani hidup yang sempit hanya kerana lalai mengingati Allah swt.

(i) Memberi nafkah kepada pencari ilmu
Alangkah baiknya jika kita dapat memberikan sedikit harta yang kita miliki pada pencari ilmu. Ini kerana, mereka teerlalu sibuk mendalami pengajaran agama sehingga tidak sempat bekerja dan mencari rezeki. kemungkinan besar mereka datang dari negeeri yang jauh dan tidak membawa bekal yang secukupnya. Baantuan kita amat diperlukan. Jika mereka berjaya dalam urusan agama dan menjadi orang yang soleh, secara tidak langsung kita juga akan mendapat limpahan pahala. 


(j) Syukur 

Sebagai hamba Allah, kita seharusnya bersyukur dengan apa sahaja yang diberikan oleh Allah swt sama ada banyak ataupun sedikit. Semakin kita bersyukur pada Allah, semakin besarlah rezeki yang diberikan Allah swt kepada kita. Jika sebaliknya, semakin kita menkufurkan Allah swt, semakin jauh kita dari nikmat-Nya. 

 TAZKIRAH

Pertama, Tahajjud, kerana kemuliaan seseorang mukmin terletak pada Tahajjudnya.

Kedua, sentiasa membaca Al-Quran dan zikir al-Mathurat sebelum matahari terbit.

Ketiga, memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan muslim yang utuh.

Keempat, jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima, jaga sedekah kita setiap hari, walaupun hanya sekuntum senyuman.

Keenam, jaga wuduk terus menerus, kerana Allah menyayangi hamba yaang berwuduk.

Ketujuh, amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan, perbaharui azam dan tekad untuk berkhidmat kerana Allah swt


Kesembilan, sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang muslim sejati.

Kesepuluh, memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah swt, dan kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah swt.






I LOVE NIQOB


 Alhamdulillah dan tahniah kepada pada NIQABIS  DAN WANITA BERTUDUNG LABUH BERTUDUNG BAWAL LABUH. Teruskan istiqamah dengan  imej wanita Muslimah yang menutup aurat dengan sempurna. 

Saya ingin kongsikan sedikit jawapan dan penyelesaian buat segelintir masyarakat muslimah yang ingin melangkah jejak untuk berpurdah.

Sebelum saya meneruskan topik ini, andai terdapat sekelumit kesilapan mohon maaf dipinta. Saya cuma menyatakan berdasarkan pengalaman diri sendiri.  

Pertamanya, set kan dalam diri, niat berpurdah kerana ianya sunnah. Jika hanya berniat manutup muka itu adalah wajib, jangan teeuskan niat anda. :)

PERTAMA 
Ketika makan di tempat awam.
Selalunya, ini menjadi persoalan utama bagi para muslimah yang ingin memulakan langkah untuk berpurdah.  Saya mengambil cara termudah. Di restoran/pondok di highway, pastikan cari tempat yang paling tersembunyi di antara semua. Duduk membelakangkan pelanggan lain. Buka purdah, dan makan. Jika masih kekok, tidak mengapa buka purdah/niqab tetapi mesti mencari tempat yang tidak terlalu terbuka atau minta orang lain cover line.

KEDUA,
Di kampung, bersama sanak saudara
Jika menetap di kampung pula, pastinya saudara mara pulang bersama. Ia tidak menjadi masalah besar. Jika ia merumitkan, (susah nak buat kerja dapur, sapu sampah etc) tidak perlulah memakainya ketika didalam rumah.. Tapi pastikan anda mengenakan tudung & pakaian lain bagi menutup seluruh aurat wajib sahaja.

KETIGA,
Tetamu bertandang di rumah.

Kalau macam di rumah saya, kebiasanya lelaki
 akan makan di ruang tamu, manakala perempuan di dapur. Jadi, tidak perlulah berpurdah waktu itu. Makanan untuk dihidangkan kepada kaum lelaki, bolehlah ‘kirim’ pada ayah atau adik beradik 
lelaki untuk dihantar ke ruang tamu. Tidak usah 
kita menunjuk muka. Tetapi jika terpaksa juga, 
pakailah purdah.

Soal Istiqamah
Istiqamah membawa maksud berterusan melaksanakan perintah Allah swt. Jadi tidak perlulah kita terlaalu runsing memikirkan soal "aku mahu beeristiqamah dan terus berpurdah" sehingga 24 jam kita berpurdah. Kita berpegang pada hukum sunat memakainya. Jaddi, ambil mudah. Tidak perlu rumit. Apa yang penting, istiqamah dalam menjaga adab dan aurat kita Is Sya Allah sudah memadai. Dalam agamapun tidak terlalu beerkira-kira. In Sya Allah, paasti ada ganjarannya kelak. Hati Yang Ikhlas Pasti Dibalas.

Dalam pada kita berpurdah, ingatlah dalam masa yang sama, kita juga punya seribu satu tujuan lain dan perkara wajib lainnya yang perlu kita titikberatkan. Contohnya soal adab, akhlak dan solat kita. In Sya Allah moga peerubahan pemakaian ini membawa seribu perubahan lain buat si pemakainya. 

Bagi saya, istiqamahnya seseorang itu bukannya sejauh mana atau selama mana dia menutup wajahnya dari dilihat ajnabi, tapi yang paling penting sejauh mana dia beramal dengan nilai NIQOB yang dipakainya itu sebagai alat tarbiyah dan berpegang teguh di atas hikmah pemakaiannya. Ini kerana, niqob ini adalah satu metode tarbiyah dan bukan sekadar menyembunyi wajah kita semata-mata.

Jadi, apabila seseorang muslimah telah nekad untuk menjadi niqabis, niat hati kita, tujuan kita paling 
penting supaya niqabis tidak tertekan dengan sesetangah keadaan dan pertanyaan.

Yang pasti, apa yang dilakukan hanya kerana ALLAH.

Segala yang baik datangnya dari Allah swt dan yang kurang datangnya dari kelemahan diri.
Mohon maaf buat silent reader niqabis jua bakal niqabis andai salah bicara.
Wallahu'alam.




TAHNIAH KEPADA SEMUA NIQABIS


 SEDEKAH MENGHALANG MUSIBAH

Ketahuilah Wahai Muslimin,
bahawasanya SEDEKAH itu adalah salah satu pintu yang melapangkan dada juga PINTU YANG PALING AGUNG. Sedekah juga merupakan pintu yang membuka hati nurani. Seseorang yang gemar bersedekah, akan dibalas oleh Allah atas kebaikan yang dilakukan. Allah swt melapangkan dada, menyenangkan hati kita, memberikan kebahagiaan hidup buat kita, cahaya dan juga keluasan hati nurani dengan kemurahan rezeki di dunia ini. Alangkah ruginya bagi mereka-mereka yang tidak MEREBUT pahala sedekah !!!

Biarpun sedikit, maka bersedekahlah! Jangan difikirkan apa yang telah kita sedekahkan. Bantulah mereka-mereka yang sengsara. Ubatilah yang sakit dan berilah makanan pada yang lapar. In Sya Allah, Allah akan meringankan beban kita, menghilangkan kekusutan kita juga Allah jua akan hlangkan kesedihan kita. 
SEDEKAH 
adalah satu-satunya penawar yang tidak akan ditemui HANYA dalam ISLAM.

Seorang lelaki bertanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak:
"Wahai Abu Abdulrahman! Aku mempunyai rasa sakit dan luka di lutut dan sentiasa berdarah sudah lama sejak tujuh tahun yang lalu. Aku telah menamui ramai doktor (tabib), namun ianya masih juga belum sembuh."

"Carilah tempat dimana ramai orang memerlukan air dan binalah perigi di situ. Harapan ku semoga dengan adanya sumber air itu maka sembuhlah lukamu yang berdarah itu" balas Ibnu Mubarak.

Lelaki itu mengikut nasihat Ibnu Mubarak dan tidak lama kemudian luka lutut lelaki itu sembuh!

Pelik tapi benar!! Ini tidak pelik kerana Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:


"Ubatilah penyakit mu dengan bersedekah!"

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya sedekah itu memadamkan api kemurkaan Allah swt 
dan
 mencegah kematian yang buruk."
24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi dengan perkara-perkara yang mnyeronokkan. Tetapi itulah yang akan mendatangkan keburukan pada kita.

Di bawah ini terdapat 24 perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat muhasabah diri kita sendiri:

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah swt

2. Jangan maasuk bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang sumbing. Makhruh dan ianya membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makhruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal ( kerana pagi2 itu membuka pintu rezeki)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah muntah syaitan

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai selipar atau kasut berlainan pasangan. Makhruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar dalam perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baik.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau dah kita memang bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrohim.

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH swt dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecea bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan ksih sayang orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia dan haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH swt.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Catilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok atau memasang kemenyan kerana asap adalah makanan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIM dan salam ketika maasuk ke rumah dikuatiri jin atau syaitan akan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH swt . Tidak sempurna agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan kerana semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu yang lebih mengetahui. Yang baik itu   dari ALLAH swt dan yang buruk itu dari hambanya juga. Wassallam.


KUALITI 7 M DALAM ISLAM

Siapa yang tidak mahu cantik. Setiap orang juga paasti kelihatan cantik jika mereka mempunyai kualiti 7M.

Kualiti 7M ialah:

MUSYARAKAH - yakin bahawa dirinya mempunyai kecantikan tersendiri.

MJURAKABAH - menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri

MUHASABAH - sentiasa melihat kekurangan diri dan membetulkannya

MUAKOBAH - sentiasa mendidik diri agar berusaha 

MUQARRABAH - sentiasa mendekatkan diri dengan ALLAH swt.

MUJAHADAH - berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri.

MUARABAH - cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri.

Insyaallah kita sama-sama berusaha ke arah 7M 

UCAPAN SALAM

Menjawab salam hukumnya wajib. Tetapi terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab.

Di dalam KITAB GHIZAUL ALBAB karangan As-safarini jilid I mukasurat 242.
Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan , diantaranya ialah:-

1. Orang yang ketika mengambil wuduk

2. Orang yang sedang berada dalam tandas

3. Orang yang sedang makan dan minum

4. Orang yang sedang berperang

5. Orang yang sedang membaca al-Quran dan berdoa

6. Orang yang sedang berzikit dan bertalbiah (ketika haji dan umrah)

7. Orang yang sedang mengajar, berkutbah dan memberi naasihat

8. Orang yang sedang mendengar kuthbah dan mendenar nasihat

9. Orang yang sedang mendengar azan dan iqamat

10. Orang yang sedang qada' hajat

11. Orang yang sedang bersama isteri (jima')

12. Orang yang sedang iqamat

13. Orang yang sedang mabuk

14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadi

15. Orang yang sedang solat

16. Orang gila

17. Kanak-kanak

18. Orang yang mengantik @ sedang tidur

19. Orang yang sedang dalam urusan kehakiman

20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah


HARI-HARI DALAM ISLAM

Sahabat-sahabat Nabi saw telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, sabda Nabi saw,:

JUMAAT
Hari jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan peernikahan

SABTU
Hari sabtu adalah dinamakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu, orang-orang kafir telah meadakan tipu daya pada Perjanjian Darrun Nadwah

AHAD
Hari ahad adalah hari yang baik untu membuat binaan dan tanaman, kerana pada hari ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunkannya

ISNIN
Hari isnin adalah hari baik untuk musafir dan untuk meniaga, kerana bahawasanya pada hari isnin Nabi Syith teah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapat keuntungan dari perniagaannya.

SELASA
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mual-mula terjadinya permbunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

RABU
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang kekal, kerana pada hari itu ALLAH  swt telah meneggelamkan Firaun bersama kaumnya. Kaum Samud dan Kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Salh , juga dibinasakan oleh ALLAH swt pada hari Rabu.

KHAMIS
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut segala hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim telah pergi ke istana Raja Mesir, maka Raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isteri dan anaknya.

Wassallam

12 ORANG YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci

2. Orang yang sedang menunggu waktu solat

3. Oang yang berada di saf barisan hadapan dalam solat berjemaah

4. Orang yang menyambungkan saf pada solat jemaah (tidak dibiarkan sebuah kekosongan di dalam saf)

5. Para malaikat mengucapkan "AMIN" ketika seorang imam selesai membaca AL-Fatihah

6. Orang yang duduk di tempat solatnya ketika setelah selesai menunaikan solat

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan

9. Orang-orang yang berinfak

10. Orang yang sedang makan sahur

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan pada orang lain