CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

ISLAM ITU INDAH


 
JANGAN TINGGALKAN ZIKIR SETELAH SOLAT
 
Barangsiapa sesudah solat (fardhu) mengucapkan zikir: "Subhanallah" (Maha Suci Allah) 33 kali dan
"Alhamdulillah" (Segala puji bagi Allah) 33 kali dan "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) 33 kali lalu digenapkan yang keseratusnya dengan (membaca):...

"Laailaaha illallah wahdahu la syariika lahu lahulmulku walahul
hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodir"
(Tidak ada Tuhan kecuali Allah yang Maha Esa yang tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah segala kekuasaan dan pujian. Dan Dia atas segala sesuatu Maha Kuasa) maka akan terampuni
dosa-dosanya (walaupun) sebanyak buih di lautan.
(HR.Muslim)
Note : Namun syaitan selalu berusaha menghalangi dengan
membisikkan sesuatu agar kita tak ada waktu untuk berzikir
setelah solat wajib.
Semoga kita senantiasa ingat berzikir kepada Allah Swt,
insya Allah .Amin
 
 










PENULISAN KHAT AL-QURAN KETERLALUAN ADALAH DILARANG

PENULISAN KHAT AL-QURAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Jun 2005 membincangkan hukum menulis ayat al-Quran mengikut reka bentul alat permainan seperti tumbuh-tumbuhan, wau, bunga-bungaan dan seumpamanya telah memutuskan :

* Penulisan al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang.

* Penulisan khat Al-Quran yang dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan seterusnya dapat dibaca.

* Penulisan khat al-Quran tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat yang lain sehingga boleh mengelirukan pembaca.

* Tulisan khat ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacatkan, mengelirukan atau mengubah maknanya.

* Tulisan khat ayat Al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan
dan menghilangkan tujuan ayat al-Quran iaitu diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang.


(Sumber : Portal Rasmi Fatwa Malaysia)  

UNTUK MENYUBURKAN TANAMAN


Sekiranya anda melihat tanaman anda tidak subur, seharusnya anda mencari jalan bagaimana cara mengatasinya iaitu dengan penggunaan al-Fatihah.

Caranya ialah, tulis perkataan ar-Rahman dalam bahasa Arab pada sebuah cawan, selepas itu maasukkan air beersih dalam cawan itu. kacau aair itu sehingga ia sebati dengan kertas itu. kemudia siramkan pada tumbuhan tersebut. Cuba lakukan cara ini pada setiap pagi dan petang. Mudah-mudahan tanaman anda akan subur. In Sya Allah.

KELEBIHAN ISTIGHFAR

1. Menggembirakan Allah swt.
2. Dicintai Allah swt.
3. Dosa-dosanya diampuni.
4. Terselamat dari api neraka
5. Mendapat balasan syurga.
6. Mengecewakan syaitan.
7. Membuat syaitan berputus asa.
8. Tidak dikenakan azab.
9. Mengusir kesedihan.
10. Melapangkan kesempitan.
11. Melancarkan rezeki.
12. Membersihkan hati.
13. Mengangkat darjat ke syurga.
14. Mengikut sunnah Rasulullah saw.
15. Menjadi sebaik-baik orang yang bersalah ( orang yang sering bertaubat )
16. Bersifat sebagai hamba Allah yang sejati.
17. Terhindar dari menjadi orang yang zalim.
18. Mudah mendapat anak.
19. Mudah mendaparkan air hujan.
20.  Bertambah kekuatannya.
21. Bertambah kesejahteraannya.
22. Menjadi orang yang beruntung.

23. Keburukannnya digantikan dengan kebaikan.
24. Bercitra sebagai orang mukmin.
25. Berkeperibadian sebagai orang yang bijak.



KEUTAMAAN BERZIKIR MEMBACA AL-QURAN

Membaca al-Quran adalah zikir yang terAFDHAL (paling utama) kerana al-Quran merupakan asas ibadah, sumber syariat dan pokok agama. Di dalamnya terkandung, adab tatasusila dan hukum hakam. Ia juga mengandungi sifat-sifat dan perbuatan-NYA. Banyak keistimewaan dan keutamaan yang diperolehi daripada orang yang berzikir atau membacanya.

Antaranya ialah:-

1. Mendapat kemuliaan di Hari Akhirat (Kiamat)
Firman Allah swt dalam surah al-Isra' ayat 45 yang bermaksud,
" Dan apabila Kami membaca al-Quran nascaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan Akhirat, suatu dinding yang tertutup (terkunci) rapat".

2. Mendapat pembelaan di hari Kiamat
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia datang pada hari Kiamat sebagai pembela untuk pembacanya"
(Riwayat Muslim)

3. Sesiapa yang suka membaca al-Quran memahami ertinya dan mempelajari ilmunya, maka ia sebaik-baik orang dan paling utama.
Sabda Raasulullah saw yang bermaksud,
"Sebaik-baik orang diantara kamu ialah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya"

4. Mendapat ganjaran kebaikan. Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda dan bermaksud:
"Sesiapa yang membaca satu huruf sahaja dari kitab ALLAH (al-Quran) maka dia diberi satu hasanah (kebaikan) dan satu kebaikan akan diganjarkan sepuluh kali ganda semacamnya. Saya tidak mengatakan (Alif - Lam - Mim) satu huruf tetap tetapi alif sama dengan satu huruf, Lam sama dengan satu huruf dan Min satu huruf" 
(Riwayat Termizi)

5. Berkumpul bersama malaikat. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Orang yang pandai membaca al-Quran, ia bekumpul bersama malaikat yang mulia dan suci. Dan adapun orang yang membaca dengan secara tersangkut-sangkut (merangkak-rangkak) dan sukar (kerana baru belajar dan ingin sangat membaca), maka untuk dia dua ganjaran (pahala)
(Mutafaqun'alaihi)

6. Dianggap sebagai ahli ALLAH dan dikhususkan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Bahawasanya Allah Taala mempunyai dua ahli dari golongan manusia, iaitu:
Ahli Al-Quran, iaitu mereka adalah ahli Allah dan dikhususkannya"
(Riwayat : Ibnu Majah dan al-Hakim dari Anas ra)

7. Dikira sebagai umat yang mulia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Semulia-mulia umatku adalah penghafal al-Quran dan orang yang bangun malam"
(Riwayat Tabrani dan Al-Baihaqi dari Ibnu Abbas ra)

8. Tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Naabi saw bersabda dan bermaksud,
"Sesiapa yang membaca seratus (100) ayat di malam hari, maka dia tidak ditulis dari golongan orang yang lalai"
(Riwayat : Al-Hakim dari Abu Hurairah ra)

9. Mendapat keutamaan di sisi Allah. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Allah Taala berfirman yang bermaksud,
"Sesiapa yang kesibukkannya dengan al-Quran dan mengingati AKU dari persoalanKu, maka aku membeerikannya yang lebih utama dari yang Aku berikan pada peminta. Dan keutamaan al-Quran (firman ALLAH) atas segala perkataan seperti keutamaan ALLAH ataas makhluhNYA"
(Riwayat : At-Termizi dari abi Sa'id ra) 

10. Mendapat selawat dari para malaikat. Sabda Naabi saw yang bermaksud,
"apabila seeorang hamba khatam al-Quran, maka berselawatlah kepadanya 60,000 (malaikat) di waktu khatamnya"
(Riwayat : Ad-Dailami dalam Musnad al-firdaus dari Amr bin Syuaib)

11. Dinaikkan darjat mengikut darjat banyak ia membaca al-Quran. Nabi saw berasbda dan bermaksud,
"Dikatakan kepada ahli Quran ketika memasuki syurga : Bacalah dan keraskanlah, maka ia membaca dan naiklah setiap satu ayat satu darjat hingga membaca akhir dari suatu dengannya daripadanya"
(Riwayat: Ahmad dan Ibnu Majah dari Abi Said ra)

Demikianlah di antara kelebihan membaca (berwirid dan berzikir) akan al-Quran dan mengamalkannya.  




MEMUDAHKAN MENCAPAI CITA-CITA DENGAN AL-FATIHAH

Semua orang mesti mempunyai sesuatu keinginan yang hendak dicapai atau cita-cita yang mahu diperolehi. untuk mencapai keinginan dan cita-cita tersebut, sebagai orang Islam, kita disuruh berikhtiar dan berusaha tapi perlu diiringi pula berdoa kepada ALLAH swt supaya diberi fikiran yang tenang, terang dan bernas.
Khaifiat yang digunakan mudah sahaja iaitu selama 40 hari berturut-turut hendaklah mengerjakan solat Hajat dua rakaat, sebaiknya dikerjakan tengah malam ketika suasana sepi dan kusyuk. selepas itu berzikirlah dengan membaca surah al-Fatihah sebanyak 41 kali dengan fikiran yang tertumpu hati yang kusyuk, dan niat mengharap keredhaan ALLAH swt.
Apabila sampai pada ayat
"'iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in"
hendaklah anda berhenti sebentar untuk menyampaikan niat dan permohonan anda. sesuadah  itu teruskan membaca ayat-ayat selanjutnya, mudah-mudahan dengan izin dan kuasa ALLAH swt akan tercapai pa yang dicita-citakan itu. 


SIFAT IMAM AL GHAZALI SUPAYA KITA TIDAK BERSIFAT SOMBONG DAN ANGKUH

Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah knak-kanak itu lebih mulia dari kita,
kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia labih mulia dari kita
 kerana dia sudah lama beribadat.

Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia dari kita,
kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka labih mulia dari kita
kerana mereka berbuat dosa dalam kejahilan
sedangkan kita beerbuat dosa dalam keadaan mengetahui.

Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia
kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Apabila bertemu dengan orang kafir, katakanlah dalam hati bahawa
mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh ALLAH dan akan memeluk ISLAM.
Maka segala dosa mereka akan diampunkan ALLAH.



SIAPAKAH ORANG ITU?
4 PERKARA ANTARA NASIHAT IMAM SHAFIE

4 perkara untuk sihat
> Makan daging
>Memakai haruman
> Kerap mandi
>Berpakaian yang diperbuat daripada kapas

4 perkara melemahkan badan
>Terlalu banyak mengadakan hubungan kelamin
> Selalu cemas
> Banyak minum air ketika makan
> Banyak makan bahan makanan yang masam

4 perkara menajamkan mata
>duduk menghadap kiblat
> Bercelak sebelum tidur
>Memandang yang hijau
> Berpakaian bersih

4 perkara merosakkan mata
> Memandang najis
> Melihat orang yang mati dibunuh
> Melihat kemaluan
> Membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran
> Tidak banyak berbual kosong
> Rajin bersugi (berus gigi)
> Bercakap dengan orang saleh
> Bergaul dengan ulama

4 cara tidur
> Tidur nabi. Terlentang smabil berfikir mengenai kejadian langit dan bumi.
> Tidur ulama dan ahli ibadah. Mengiring ke kanan memudahkan terjaga untuk solat malam.
>tidur raja yang haloba. Mengiring ke kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
> Tidur Syaitan. Terlungkup seperti tidurnya ahli neraka.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman as.

Siapakah orang yang paling manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis ialah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata
Inna lilah hu wainna ilai hiraajiun.
Lalu sambil berkata:
"Ya Rabbi aku rela dengan ketentuanMu,
sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mengumpulkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujna mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi menyempitkan?
Orang yang mempunyai rumh yang sempit lagi menyempitkan ialah orang yangmati dna tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya meghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal ialah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yang paling kedekut?
Orang paling kedekut adalah orang yang membiarkan ilmu ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada para sahabat yang lain.

Wassallam