KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD
Ketika Nabi Ibrahim as bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim as bersama Nabi Ismail as bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim as masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim as berkata kepada Nabi Ismail as,
"Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian, Nabi Ismail as pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi ismail as hendak mencari batu, tiba-tiba datang Malaikat Jibrail as memberikaan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail as segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim as.
Nabi Ibrahin as merasa gembira melihat batu yang sangat cantik itu. Beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim as bertanya,
"dari mana engkau dapat batu ini?"
Nabi Ismail as berkata,
"Batu ini kuterima yang tidak membeeratkan cucuku dan cucumu (Jibrail).
Nabi Ibrahim as mencium batu itu lagi dan diikuti Nabi Ismail as.
Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Sesiapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum Muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberi isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat mengatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, kini menjadi hitam seperti yang terdapat sekarang. Wallahu'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail as. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat yang diperkenankan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana Insyaallah doanya akan dimakbulkan ALLAH. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan ALLAH, sebbab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Umar Al-Khatab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad),
"Aku tau sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah saw menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukannya (mencium Hajar Aswad)."