CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

SINAR HIDAYAH

WAHAI HURAISY? SIAPA YANG ENGKAU CARI?

 Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

" Pada hari kiamat akan keluar seekor binatangdari Neraka Jahanam yang bernama HURAISY yang berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit.

Malaikat Jibrail bertanya.
" Hai Huraisy, engkau hendak ke mana dan siapa pula yang engkau cari?"

Huraisy pun menjawab,
" Aku mahu mencari lima orang....

Pertama, orang yang meninggalkan solat

Kedua, orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

Ketiga, orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di masjid.


Kelima, orang yang gemar meminum arak.






10 JALAN KESELAMATAN

Rasulullah saw telah bersabda:
Yang bermaksud:
"Keselamatan (hamba) berada atas 10 jalan, 5 di dunia dan 5 di akhirat.

Adapun 5 di dunia ialah:

1. Ilmu

2. Ibadah

3. Rezeki yang halal

4. Sabar menghadapi cubaan

5. Bersyukur atas anugerah nikmat

Adapun 5 di akhirat ialah :-

1. Dia didatangi malaikat pencabut nyawa dengan rasa kasih dan lembut

2. Dia tidak dikejutkan oleh malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.

3. Ia berasa temteram pada hari yang paling menakutkan (iaitu hari kiamat)

4. Di hapuskan segala kesalahannya dan diterima kebaikkanya.

5. Dia melalui titian Siratul Mustaqim seperti cahaya kilat dan  selamat masuk ke syurga."

MANUSIA BERDIRI DI 6 PERSIMPANGAN

Dari Abu Bakar ra:
Yang bermaksud:
"1. Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu,
2. jiwa disebelah kananmu,
3. nafsu disebelah kirimu,
 4. dan dunia berada di belakang engkau.
5. Semua anggota tubuhmu berada di sekitar mu,
6. sedangkan ALLAH di atasmu."

Maka iblis (kutuk ALLAH tertimpa ke atasnya), mengajakmu meninggalkan agama.
Jiwa mengajakmu ke arah masiat
nafsu mengajakmu supaya memenuhi kehendak syahwat
dunia megajakmu supaya memilihnya daripada akhirat
anggota tubuh mengajak melakukan dosa
dan Tuhanmu mengajak engkau masuk syurga serta mendapatkan keampunanNYA.

Sebagaimana firmanNYA yang bermaksud:
"Dan ALLAH mengajak ke syurga serta menuju keampunanNYA.

Dan sesiapa memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya,
sesiapa yang memenuhi ajakan jiwanya maka hilang darinya nilai jiwanya
sesiapa yang memenuhi ajakan nafsu hilanglah akal dari dirinya,
sesiapa yang memenuhi ajakan dunia maka hilang akhirat dari dirinya,
dan
Sesiapa yang memenuhi ajakan ALLAH swt  maka hilang dari dirinya semua kejahatan,
serta ia memperolehi semua kebaikan".

AL-QURAN MEMPUNYAI 10 NAMA

Telah berkata Abu al-Fadal:
Yang bermaksud:
"Allah swt telah menamakan kitabNYA dengan 10 nama, iaitu:

1.AL-QURAN
2. AL-FURQAN
3. KITAB
4. TANZIL
5. HUDA
6. NUR
7. RAHMAH
8. SYIFAK
9. RUH
10. ZIKRUN

Adapun AL-QURAN, AL-FURQAN, AL-KITAB & AT-TANZIL,
maka (nama-nama ini) sudah termahsyur.

Adapun AL-HUDA, AN-NUR, AR-RAHMAN, & ASY-SYIFAK,
maka, ALLAH swt telah menyebutnya dalam firmanNYA:
"Wahai semua manusia, sungguh telah datang kepadaMU pengajaran dan syifak (penyembuh) bagi apa yang ada dalam dada, dan HUDA (petunjuk), serta RAHMAH (rahmat) bagi orang-orang mukmin".

"Dan sungguh telah datang kepadamu NUR (cahaya) dari ALLAH serta KITAB yang menerangkan",

Dan ada pun AR-RUH, maka ALLAH teah menyebutnya dalam firmanNYA:
"Dan demikianlah kami wahyukan kepada engkau RUH (kitab yang menghidupkan hati manusia) dari perintah kami.
Adapun AZ-ZIKRUN, maka ALLAH telah menyebut dalam firmanNYA:
"Dan telah kami turunkan kepada engkau AZ-ZIKRUN (peringatan), supaya engkau terangkan kepada semua manusia".





10 BERITA GAMBIRA BAGI AHLI SYURGA
DAN
10 BERITA MENAKUTKAN UNTUK AHLI NERAKA

Yang bermaksud:
"Apabila ALLAH swt ingin memasukkan ahli syurga ke dalam syurga , maka Ia utus kepada mereka satu malaikat dengan membawa hadiah dan pakaian dari syurga. maka malaikat itu berkata kepada mereka.

"Berhentilah! sesungguhnya aku ada membawa hadiah dari ALLAH (untuk kamu),"

Bertanya mereka: "Apakah hadiah itu ,?

Berkata malaikat:
"Ia meerupakan 10 buah cincin yang ada tertulis paa setiap cincin , antaranya:-

CINCIN PERTAMA
ditulis kalimat yang berbunyi 
"Keselamatan atas kamu, kamu telah suci maka masuklah kamu ke dalam syurga dan kekal (didalamnya)".

CINCIN KEDUA
tertulis kalimat yang berbunyi
"Telah diangkat dari kamu, semua kesedihan dan kepiluan."

CINCIN KETIGA
tertulis kalimat yang berbunyi
"Dan itulah syurga yang diberikan kepadamu, disebabkan amal yang telah kamu lakukan."

CINCIN KEEMPAT
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kami pakaikan kamu dengan pelbagai macam jenis pakaian dan barangan kemas."

CINCIN KELIMA
tertulis kalimat yang berbunyi
"Dan kami kahwinkan mereka dengan bidadari, sesungguhnya aku berikan balasan pahala kepada mereka pada hari ini, sebab mereka sabar. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang menang".

CINCIN KEENAM
tertulis kalimat yang berbunyi
"Inilah balasan untukmu pada hari ini. kerana ketaattan yang kamu laksanakan."

CINCIN KETUJUH
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kamu menjadi muda dan tidak akan pernah tua buat selama-lamanya."

CINCIN KELAPAN
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kamu menjadi aman dan tidak pernah berasa takut buat selama-lamanya."

CINCIN KESEMBILAN
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kamu menyertai para nabi, orang-orang yang telah menerima kebenaran agama dan para syuhada serta orang-orang soleh (di dalam syurga)."

CINCIN KESEPULUH
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kamu bertempat tinggal di sisi Tuhan Yang Memiliki Arasy Yang Mulia,"

Kemudian, malaikat itu berkata lagi, 
"Masuklah kamu ke dalam syurga dengan selamat dan sentosa".

Mereka pun masuk sambil berucap:
"Segala puji untuk ALLAH yang telah menepati janjiNYA dan telah mewariskan bumi kepada kami, kami tetap tinggal di syurga sesuka hati kami. maka ini adalah sebaik-baik balasan bagi orang beramal."

Dan apabila ALLAH hendak memasukkan ahli neraka ke dalam neraka, maka Ia utus kepada mereka seorang malaikat dengan membawa 10 buah cincin yang bertulis:-

CINCIN PERTAMA
tertulis kalimat yang berbunyi
"Masuklah kamu ke dalam neraka!Kamu didalamnya tidak akan mati selama-lamanya. dan tidak pula hidup dan tidak akan dikeluarkan."

CINCIN KEDUA
tertulis kalimat yang berbunyi
"Masuklah kamu ke dalam azab (ALLAH) tidak ada ketenangan bagimu."

CINCIN KETIGA
tertulis kalimat yang berbunyi
"Mereka telah putus harapan dari RahmatKu".

CINCIN KEEMPAT
tertulis kalimat yang berbunyi
"Masuklah kamu dalam neraka dalam keadaan bersedih, pilu dan dukacita selama-lamanya,"

CINCIN KELIMA
tertulis kalimat yang berbunyi
"Pakaian kamu adalah api neraka. makanan kamu adalah pohon zaqqum (yang pahit), minuman kamu adalah air yang sangat panas, dan tempat tidurmu adalah api neraka, serta kain tudungmu adalah api neraka."

CINCIN KEENAM
tertulis kalimat yang berbunyi
"Inilah balasan untukmu, kerana kemaksiatan yang telah kamu lakukan."

CINCIN KETUJUH
tertulis kalimat yang berbunyi
"Murka Ku ke atas dirimu dalam neraka buat selama-lamanya."

CINCIN KELAPAN
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kutukan keatas dirimu, kerana kesengajaan kamu melakukan dosa-dosa besar dan tidak bertaubat serta tidak pernah menyesal."

CINCIN KESEMBILAN
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kawan-kawanmu dalam neraka adalah syaitan-syaitan buat selama-lamanya."

CINCIN KESEPULUH
tertulis kalimat yang berbunyi
"Kamu telah mengikut ajakan syaitan dan kamu telah menginginkan dunia, serta meninggalkan akhirat, maka inilah balasan untukmu,"


TANGISAN YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN

Ali ra berkata:
Yang bermaksud:
"Tangis ada 3 macam:-

1. Kerana takut akan azab ALLAH swt

2. Kerana takut kepada murka ALLAH swt

3. Kerana takut berpisah dengan ALLAH swt

Adapun yang pertama, ia sebagai penghapus dosa.
Yang kedua adalah sebagai pencuci segala aib.
yang ketiga ialah, sebagai kunci
(bagi mencapai) 
martabat wali bersama dengan redha ALLAH. 

Maka, hasil dari penghapusan dosa ialah keselamatan dari siksaan. Hasil dari pencucian segala aib, adalah nikmat syurga yang berkekalan. Dan martabat darjat yang tinggi dan buah dari martabat wali adalah berita baik yang menggembirakan dari ALLAH swt. iaitu memperolehi redhaNYA, dapat melihatNYA (di akhirat), menerima kunjungan para malaikat dan penambahan kebaikan". 

PILIHAN ORANG YANG BERAKAL

Dari Ibnu Abbas ra:
Yang bermaksud:
"Sepatutnya orang yang berakal memilih 7 perkara daripada 7 lawannya, iaitu:-

1. Memilih fakir dari kaya

2. Memilih hina dari mulia

3. Memilih merendahkan diri daripada takkabur

4. Memilih lapar daripada kenyang

5. Memilh sedih dari gembira

6. Memilih di bawah daripada di atas

7. Memilih mati daripada hidup".








ILMU ADALAH HARTA PENINGGALAN YANG BAIK

Telah berkata Ali ra :
Yang bermaksud:

1. Ilmu adalah sebaik-baik harta peninggalan

2. Kesopanan adalah sifat yang paling baik

3. Takwa adalah sebaik-baik bekal

4. Ibadah adalah barang perniagaan yang paling baik

5. Amal soleh adalah sebaik-baik penuntun (menuju syurga)

6. Akhlak yang bagus adalah sahabat yang paling baik

7. Sifat yang tidak cepat marah ialah penolong (dalam pentadbiran semua perkara)

8. Sifat Qana'ah adalah kekayaan yang paling baik

9. Taufik (dari ALLAH) adalah sebaik-baik bantuan

10. Kematian adalah guru yang paling baik."

NAFSU ADALAH KAPAL DOSA

Dari Yahya bin Mu'az Ar-Razi:
Yang bermaksud:

"Ilmu adalah petunjuk amal,
faham adalah peti ilmu,
akal adalah pemimpin bagi kebaikan,
nafsu adalah kapal dosa,
harta adalah laksana jubah bagi orang-orang yang sombong
dan
dunia adalah pekan akhirat."



3 MACAM ORANG YANG MENYEMBAH ALLAH

Abu Bakar ra telah berkata:
Yang bermaksud:
"Orang yang menyembah (ALLAH) ada sebanyak 3 golongan.
Bagi tiap-tiap golongan , ada 3 tanda. Dan mereka dapat dikenal dengan tanda-tanda itu :-

GOLONGAN PERTAMA
adalah mereka yang menyembah ALLAH swt kerana harapan (kepada balaasan baik yang telah dijanjikan NYA, bagi orang-orang yang mematuhiNYA.)

GOLONGAN KEDUA
adalah mereka yang menyambah ALLAH kerana takut (akan ancamanNYA)

GOLONGAN KETIGA
adalah mereka yang menyembah ALLAH kerana CINTA

MAKA BAGI GOLONGAN PERTAMA ADA 3 TANDA:

1. Ia menganggap dirinya hina

2. Ia menganggap amal baiknya masih sedikit

3. Ia menganggap kejahatannya sudah banyak

MAKA BAGI GOLONGAN KEDUA ADA 3 TANDA:

1. Ia menjadi tauladan pada orang ramai dalam semua keadaan

2. Ia menjadi orang yang sangat suka mendermakan hartanya di dunia

3. Ia menajdi orang yang paling baik sangkaan terhadap ALLAH di kalangan semua makhluk.

DAN GOLONGAN KETIGA ADA 3 TANDA:

1. Is sanggup memberikan sesuatu yang dicintainya, tanpa peduli, asalkan TUHANNYA redha.

2. Ia kerjakan apa yang tidak disukai oleh dirinya(dan dia tidak peduli), asalkan TUHANNYA redha.

3. Ia tetap mematuhi perintah dan larangan TUHANNYA dalam semua keadaan."
PERKARA HARAM YANG TERDAPAT DALAM REZEKI

Apabila kita memberli makanan dan minuman dari rezeki yang haram, kemudian sari pati daripada makanan yang haram ituakan menjadi darah pula. Dalam masa 40 hari, baru akan berganti darah yang bersih. Apabla darah yang haram , terdapat sebesar zarah bercampur dengan darah yang murni, kemudia jantung akan membahagi darah ke sekujur tubuh.
Apabila darah sebesar debu masuk ke jantung, orang tersebut akan mendapat penyakit was-was atau syak wasangka. Dan bila sampai ke mulut, orang itu akan mendapat penyakit suka mencaci dan memaki hamun, mengumpat dan berkata-kata perkara maksiat. Apabila jatuh ke kaki, dia akan berjalan ke tempat maksiat.
Rezeki yang haram, apabila dibeli alat-alat rumahtangga, hidup dalam rumahtangga akan kacau bilau, berantakan dan tiada ketenteraman dalam rumahtangga. Dan kemudian, apabila seorang mukmin makan dan minum dari rezeki yang haram apa lagi orang yang memasak makanan itu tidak solat atau sembahyang, makanan itu haram hukumnya.
Berasaskan hadith Rasulullah saw , di zaman para sahabat, ada seorang hamba ALLAH yang soleh mempunyai seorang anak. Kemudian anaknya sakit dan sakitnya amat tenat. Setelah diubati oleh banyak tabib, namun penyakitnya tidak juga sembuh (sihat). 
Sehingga pada suatu malam, orang tua itu SOLAT ISTIQARAH. Setelah solat itu, dia berdoa pada ALLAH.
"YA ALLAH YA RABBI, seandainya anak aku ni baik baginya untuk mati, ambillah YA ALAH. aku redha dan ikhlas. Namun kalau baik baginya untuk hidup, sihat dan sembuhkan lah YA ALLAH. Bila anakku sihat dan sembuh, aku bernazar akan minum darah anjing hitam dan akan mandi dengan air kencing anjing hitam. 
Alhamdulillah, berkat doanya itu, anaknya sihat dari penyakit, Namun, dia tidak sanggup untuk membayar nazarnya.
Kemudian dia datang pada RASULULLAH SAW  dan bertanya kepada baginda. Baginda memerintahkan agar dia mencari rumah orang yang mengaku beragama ISLAM, namum orang itu tidak pernah solat di rumahnya. Apabila hari hujan, tampunglah air cucuran atapnya. Kemudian minum dan mandilah dengan air itu, akan melebihi darah dan air kencing anjing hitam.
Sahabat nabi dan menantu nabi iaitu Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata,
"Apabila setitis arak jatuh, tumpah ke dalam perigi, kemudia kering perigi itu, lalu tumbuh rumput di sumur itu (perigi). Aku tidak akan mengembala ternakanku di situ".
Oleh itu, marilah kita jaadikan iktibar peristiwa tersebut. Supaya kita orang mukmin berjaga-jaga dari hal makanan dan minuman yang diharamkan bagi kita umat ISLAM.





Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :
 "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut"..
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
 "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" .
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
 "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" .
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
 " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
 "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


TIDAK ADA KETENANGAN BAGI ORANG YANG MEMPUNYAI SIFAT HASAD

Dari Ahmad bin Qais :-
Yang bermaksud::
"Tidak ada ketenangan bagi orang yang dengki

Tidak ada maruah bagi pendusta

Tidak ada helah bagi orang bakhil

Tidak ada penunaian janji bagi raja-raja (yang zalim)

Tidak ada kemuliana bagi orang yang buruk akhlaknya

Tidak ada yang mampu menolak keputusan Allah ".
4 ORANG LELAKI YANG DITARIK WANITA KE NERAKA

Seseorang wanita itu, apabila di akhirat nanti akan menarik 4 golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Artikel ini bukan untuk memprkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak yang saksama serta waspada akan tanggungjawab yang dipikul.

1. AYAH
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memperdulikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia memprbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. tidak cukup kalau hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. MAKA DIA AKAN DITARIK KE NERAKA OLEH ANAK NYA.

2. SUAMI
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. bergaul bebas di pejabat, menghias bukan untuk suami, tetapi untuk pandangan kaun lelaki yang bukan mahram. apabila sang suami mendiamkan diriwalaupun dia seorang yang alim seprti soalt tidak tangguh, puasa tidak tinggal, MAKA DIA JUGA AKAN DITARIK OLEH ISTERINYA KE NERAKA.

3. ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiaran mencong dari ajaran ISLAM ....TUNGGULAH TARIKAN ADIKNYA DI AKHIRAT KELAK.

4. ANAK LELAKI
Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya peerihal kelauan ibunya yang haram dari ISLAM, bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. NANTIKAN TARIKAN IBUNYA KE NARAKA. 

Mari kita lihat betapa hebatnya TARIKAN wanita bukan saaja di dunia malah di akhirat tarikannya juga begitu hebat. maka lelaki yang bergelar ayah, abang, anak dan suami harus memainkan peranan mereka masing-masing.

Firman ALLAH swt
yang bermaksud:
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahli-ahli kamu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu......"

HARGA SEORANG MUSLIM SUNGGUH BERHARGA. ALLAH SWT NILAIKAN SEORANG MUSLIM DENGAN SYURGA, SEMUA KAUM MUSLIMIN DIJAMIN MASUK SYURGA (SESIAPA YANG MENGUCAP KALIMAT TAUHID) 
DENGAN ITU JANGANLAH KITA MEMBUANG MASA ATAU TIDAK MENGENDAHKAN JANJI DAN PELUANG ALLAH SWT BERIKAN PADA KITA. 



12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT

Dalam sebuah hadith menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah swt akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya."

3 darinya akan dirasai semasa di dunia dan diantaranya ialah:
> Allah swt akan menghilangkan berkat dari usahanya dan juga terhadap rezekinya.
> Allah swt akan mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya
> Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman

3 macam bahaya ialah ketika dia hendak mati:
> Roh akan dicabut ketika dia dalam keadaan haus walaupun ia telah minum seluruh air laut
> Dia akan merasa amat pedh ketika roh dicabut keluar
> Dia akan dirisaukan akan hilang imannya

3 macam bahaya akan dihadapi ketika berada dalam kubur, antaranya:
> Dia akan berasa susah akan pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir yang sangat menggerunkan
> Kuburnya akan menjadi cukup gelap
> Kuburnya akan menghimpit sehingga tulung-temulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)

3 lagi azab nanti di hari kiamat, ialah:
> Hisab ke atasnya sangat berat
> Allah swt sangat muka kepadanya
> Allah swt akan menyiksanya dengan api neraka

BERSIHKAN AMAL DARI SIFAT "UJUB" DAN "RIYAK"

Dari sebahagian ahli-ahli hikmah :
Yang bermaksud:-

1. Sesiapa yang tidak takut pada Allah, maka dia tidak selamat dari kesaahan lidah

2. Sesiapa yang tidak takut bertemu dengan ALLAH, maka hatinya tidak selamat dari yang haram dan sesuatu yang tidak pasti halal haramnya.

3. Sesiapa yang tidak berpaling dari makhluk (untuk mengingati ALLAH) maka dirinya tidak selamat dari sigat tamak.

4. Sesiapa yang tidak memelihara amalnya, maka dia tidak selamat dari sifat riyak

5. Sesiapa yang tidak mahu memohon bantuan ALLAH, untuk menjaga hatinya, maka dia tidak selamat dari sifat dengki.

6. Sesiapa yang tidak mahu melihat kepada orang di atasnya dari segi ilmu dan amal, maka dia tidak selamat dari ujub (iaitu, takkabur, kerana merasakan sudah banyak ilmu dan amal)".
 
10 ANYGERAH YANG BOLEH MENYEBABKAN HAMBA YANG  MENERIMANYA SELAMAT DARI SEGALA BENCANA

Abu Bakar ra berkata:
Yang bermaksud :-

"Tiada seorang hamba yang dianugerahi ALLAH sebanyak 10 perkara, melainkan dia telah selamat dari segala bencana, dan dia telah menjadi sedarjat dengan orang-orang yang dekat di sisi ALLAH, dan dia telah memperolehi martabat orang-orang takwa:-

1. Kejujuran yang terus menerus, bersamanya hati yang memiliki sifat Qana'ah.

2. Kesabaran yang sempurna, bersamanya rasa syukur yang terus menerus.

3. Kefakiran yang terus menerus yang tetap ada bersamanya sifat zuhud.

4. Sentiasa bertafakkur, bersamanya perut yang lapar.

5. Kesedihan yang terus menerus, bersamanya rasa takut yang tidak pernah putus.

6. Sentiasa kesulitan, bersamanya badan yang memiliki kerendahan hati.

7. Kelembutan yang terus menerus, bersamanya tetap ada rasa kasih.

8. Tetap cinta dan malu (kepada ALLAH).

9. Ilmu yang bermanfaat, bersamanya tetap sifat yang tidak lekas marah.

10. Keimanan yang terus menerus, bersamanya akal yang tetap". 
SAKARATULMAUT:
TEMPAT ROH

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R..A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."



12 PERKARA MENYEBABKAN LUPA
1. Melakukan maksiat.
2. Banyak dosa.
3. Suka memikirkan perkara keduniaan.
4. Banyak bergantung kepada dunia.
5. Makan daun ketumbar.
6. Makan epal masam.
7. Memerhati kepada sesuatu yang direbus.
8. Membaca tulisan pada kubur.
9. Berjalan dibawah qithar unta.
10. Berbekum dilubang tengkok.
11. Memakan sesuatu menambah Bilgham seperti banyak minum air.
12. Mencampak tuma hidup pada bumi.


FADHILAT MENGERAT KUKU
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Sabtu Allah akan keluarkan daripadanya penyakit dan Allah menyembuhkan  penyakit yang ada pada dirinya.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Ahad Allah keluarkan daripadanya penyakit papa atau miskin dan Allah kurnia padanya sifat kaya.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Isnin Allah keluarkan  daripadanya penyakit gila dan Allah kurniakan kepadanya kesihatan.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Selasa Allah keluarkan daripadanya  penyakit barash dan Allah kurniakan padanya sifat penawar.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Rabu Allah keluarkan daripadanya penyakit was-was dan ketakutan, Allah kurniakan padanya  perasaan aman dan tenang.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Khamis Allah keluarkan daripadanya penyakit judzam dan Allah kurniakan kepadanya sifat Afiat.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Jumaat Allah keluarkan daripadanya dosa dan Allah kurniakan kepadanya Rahmat.
Begitulah kemurahan Allah kepada hambanya sehingga kita tidak  layak menolak semua arahan Allah kerana memberi segala-galanya dengan penuh rahmat, walaupun semasa mengerat kuku…

10 ANYGERAH YANG BOLEH MENYEBABKAN HAMBA YANG  MENERIMANYA SELAMAT DARI SEGALA BENCANA

Abu Bakar ra berkata:
Yang bermaksud :-

"Tiada seorang hamba yang dianugerahi ALLAH sebanyak 10 perkara, melainkan dia telah selamat dari segala bencana, dan dia telah menjadi sedarjat dengan orang-orang yang dekat di sisi ALLAH, dan dia telah memperolehi martabat orang-orang takwa:-

1. Kejujuran yang terus menerus, bersamanya hati yang memiliki sifat Qana'ah.

2. Kesabaran yang sempurna, bersamanya rasa syukur yang terus menerus.

3. Kefakiran yang terus menerus yang tetap ada bersamanya sifat zuhud.

4. Sentiasa bertafakkur, bersamanya perut yang lapar.

5. Kesedihan yang terus menerus, bersamanya rasa takut yang tidak pernah putus.

6. Sentiasa kesulitan, bersamanya badan yang memiliki kerendahan hati.

7. Kelembutan yang terus menerus, bersamanya tetap ada rasa kasih.

8. Tetap cinta dan malu (kepada ALLAH).

9. Ilmu yang bermanfaat, bersamanya tetap sifat yang tidak lekas marah.

10. Keimanan yang terus menerus, bersamanya akal yang tetap". 

TANDA-TANDA TAKUT KEPADA ALLAH
Tanda-tanda takut kepada Allah SWT kelihatan dalam tujuh perkara :
1- Lidahnya tidak berdusta, mengumpat, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap tetapi lidah orang yang bertaqwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmiah.
2- Hatinya tiada permusuhan,kebodohan, kedengkian pada sahabat kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala kebaikan.
3- Pandangannya tidak suka memandang makanan, minuman, pakaian atau lain-lain perkara haram dan tidak terpikat pada dunia. Rasulullah SAW bersabda ” Sesiapa memenuhi matanya daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya dengan daripada api pada hari Kiamat “.
4- Perutnya tidak dipenuhi dengan hasil haram, Rasulullah SAW telah bersabda ” Setiap suapan daripada yang haram masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat di langit dan di bumi melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka “.
5- Kedua tangannya tidak diguna untuk perkara haram malah kedua tangannya diguna untuk perkara keTaatan kepada Allah SWT.
6- Pada kedua kakinya tidak melangkah ke tempat maksiat , malah kedua kakinya hanya melangkah ke tempat Ketaatan kepada Allah SWT.
7- Segala Ketaatan kepada Allah SWT bukanlah bertujuan Riya’ atau berbersifat Munafiq tetapi segala Ketaatannya adalah Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.
Lihatlah Ganjaran dan Janji Allah SWT kepada mereka yang bertaqwa ( Takut kepada Allah SWT ).:
” Sesungguhnya orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air ( Syurga ) “. Surah Al-Hijr : 45.
Kitab Penenang Jiwa Imam Al-Ghazali . M/S : 3-5.

ADA 9 ANAK-ANAK IBLIS


Telah berkata Umar ra :
Yang bemaksud:-


"Sesungguhnya anak-anak Iblis itu ada sembilan :-


1. Zalitun -> kerjanya mengganggu di pekan-pekan, ia pacakkan benderanya di sana (untuk menyesatkan semua orang)


2. Wathin -> Kerjanya mengganggu orang-orang yang ditima kemalangan (supaya hilang kesabaran mereka)


3. Akwan ->  kerjanya , mengganggu pemimpin (supaya melakukan kezaliman)


4. Haffaf -> kerjanya mengajak kepada minuman yang memabukkan


5. Murrah -> Kerjanya melalaikan orang dengan seruling


6. Laqus -> kerjanya mengajak orang supaya menyembah api


7. Musaawwit -> kerjanya membawa berita-berita bohong lalu ia masukkan ke dalam mulut-mulut manusia, sehingga mereka sendiri tidak menjumpai sumber berita itu.
8. Dasim -> bertugas di rumah-rumah, iaitu apabila ada orang masuk ke rumah dnegan tidak memberi salam dan tidak membaca BISMILLAH (maka dia turut masuk).
Lalu ditimbulkannya sebab-sebab pertengkaran di kalangan mereka (yang berada di rumah itu), sehingga teerjadinya perceraian dan pemukulan.


9. Walhan -> tugasnya memasukkan perasaan was-was ketika orang berwuduk, solat dan melakukan ibadah-ibadah lain".




7 KEMUNGKINAN YANG AKAN DIALAMI OLEH ORANG YANG BAKHIL

Dari Abu Bakar ra :
Yang bermaksud:

"Orang bakhil tidak teerlepas dari (kemungkinan akan mengalami) salah satu dari tujuh perkara :-

1. Dia mati, kemudian hartanya akan diwarisi oleh orang ayang akan memprgunakannya ke tempat yang menyalahi perintah Allah swt.

2. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemimpin yang zalim, dan akan membinasakan dan merampas hartanya setelah menghina dirinya.

3. Allah swt meninggikan syahwatnya yang akan merosakkan hartanya.

4. Timbul fikirannya untuk mendirikan sesuatu bangunan atas tanah yang rosak, sehingga kerana itu hartanya akan musnah.

5. Dia ditimpa salah satu bencana dunia, seperti hartanya tenggelah, terbakar, kecurian dan ain-lain yang seumpama dengannya.

6. Dia ditimpa penyakit yang berpanjangan, sehingga dia terpaksa mengeluarkan hartanya untuk mengubatinya.

7. Dia menanam (menyimpan) hartanya di sesuatu tempat lalu dia lupa sehingga dia tidak boleh menjumpainya."



9 PERATURAN MASUK KE MASJID

 Nabi Muhammad saw telah bersabda :
Yang bermaksud :-
"Sepatutnya orang yang memasuki masjid itu melaksanakan 9 perkara :-

1. Memelihara sepatu khuf dan seliparnya (dari najis, supaya tidak berjatuhan di masjid).

2. Mendahulukan kaki kanannya ketika memasuki (msjid), dengan membaca
Bismillahi Wa Salamun ala Rasulillahi Wa Ala Malaikatillah,
Allahummaftah Lana Abwaba Rahmatika Innaka Antak Wahhab",

3. Memberi salam kepada orang-orang yang berada di dalam masjid. Dan jika tidak ada orang di dal maasjid itu, maka dia mengucapkan salam berbunyi,
"Assalamu Alaina Wa Ala Ibadillahissolihin"

4. Membaca
"Asyhadu An La Ilaha Illallahu Wa anna Muhammadurrosulullah"

5. Tidak lalu di hadapan orang yang sedang solat

6. Tidak melakukan pekerjaan dunia (dalam masjid) dan tidak pula, bercakap-cakap tentang hal dunia.

7. Tidak keluar sehingga dia melakukan solat (sunat) dua rakaat

8. Tadak memasuki masjid kecuali dalam keadaan berwuduk.

9. Apabila dia berdiri (hendak keluar) maka sepatutnya dia membaca
"Subhanakallahumma Wabihamdika Asyhadu An La Ilaha Anta Astaghfiruka Wa atubu Ilaik"




10 PERKARA YANG DICARI OLEH AHLI HIKMAH

Sebahagian ahli hikmah berkata:
"Aku telah mencari 10 macam dalam 10 perkara , lalu aku mendapati dia dalam 10 perkara yang lain. Iaitu:

1. Aku telah mencari kemuliaan dalam sifat takkabur, lalu aku dapati dia dalam sifat tawadduk

2. aku telah mencari ibadah daam solat, lalu aku dapati dia dalam sifat warak

3. Aku telah cari ketenangan dalam sifat tamak, lalu aku dapati dia dalam sifat zuhud

4. Aku telah mencarisinar hati dalam solat di siang hari secara terang-terangan di hadapan orang-orang lain, lalu aku dapati dia dalam solat di waktu malam secara sembunyi2.

5. Aku telah mncari sinar untuk hari kiiamat dalam sifat pemurah dan dermawan, lalu aku dapati ianya dalam puasa

6. Aku telah mencari penyebab dalam penghasilan melintas Siratull Mustaqim dalam pelaksanaan kurban, aku menemuinya dalam amal sedekah

7. Aku telah mencari jalan selamat dari api neraka dalam perkara2 yang mubah, aku menemui dia dalam meninggalkan keinginan kepada nafsu

8. Aku telah mencari bukti cinta kepada ALLAH dalam peerkara-perkara yang mudah, aku menemuinya dengan berzikir kepadaNYA

9. Aku telah mencari keselamatan di tempat perkumpulan manusia, maka aku temui dia di saat bersunyi-sunyi dari keramaian.

10. Aku telah mencari cahaya untuk hati dalam naasihat-nasihat dan dalam pembacaan al-Quran, aku mnemui dia dalam tafakkur dan menangis."

KELEBIHAN SOLAT  5 WAKTU

 
Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda:
Yang bermaksud:
"Solat adalah tiang agama dan di dalamnyaada 10 macam (faedah):-

1. Sebagai perhiasan wajah.

2. Ia adalah cahaya bagi hati.

3. Ia kesihatan bagi badan.

4. Ia merupakan tempat turunnya rahmat (Allah swt).

5. Ia sebagai kunci langit.

6. Ia boleh memberatkan timbangan.

7. Ia adalah (penyebab) redha Allah.

8. Ia sebagai bayaran (masuk) ke syurga.

9. Ia merupakan dinding bagi api neaka.

10. Sesiapa yang telah mendirikan sembahyang, beerti dia telah menegakkan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya, amak sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama".




ORANG YANG BANYAK BERCAKAP AKAN BANYAK KESALAHANNYA

Dari Umar ra:
Yang bermaksud:

1. "Sesiapa yang banyak ketawa maka sedikit hormat orang kepadanya.

2. Sesiapa yang memandang rendah terhadap manusia, maka dirinya juga akan dipandang rendah oleh orang lain.

3. Sesiapa yang banyak melakukan sesuatu, maka dia menjadi terkenal dalam perkara itu.

4. Sesiapa yang banyak bercakap, akan banyak kesalahannya.

5. Sesiapa yang banyak kesalahannya, maka sedikit malunya.

6. Sesiapa yang sedikit malunya, maka sedikit waraknya.

7. Dan sesiapa yang sedikit waraknya, maka mati hatinya".



6 PERKARA YANG DAPAT MENANDINGI SEMUA KEHEBATAN DUNIA

Dari Bazar Jimihir:
Yang bermaksud:
"Ada 6 perkara yang boleh menandingi semua kehebatan dunia iaitu :-

1. Makanan yang lazat.

2. Anak yang soleh.

3. Isteri yang taat.

4. Perkataan yang tersusun dengan baik.

5. Akal yang sempurna.

6. Badan yang sihat".


10 PERATURAN TAUBAT

Sebahagian ahli hikmah telah berkata:
Yang bermaksud:
"Apabila orang yang berakal mahu bertaubat, maka sepatutnya dia melaksanakan 10 perkara:

1. Mmohon keampunan dengan lidahnya

2. Menyesali(perbuatan) dengan hatinya

3. Mlepaskan (perbuatan) dari badannya, (aitu berhenti dari melakukannya)

4.Brazam untuk tidak kembali (melakukan perbuatan itu) buat selama-lamanya

5. Cnta pada akhirat

6. Benci pada dunia

7. Sedikit bercakap

8 - 9 . sedikit makan dan sedikit minum , sehingga (dadanya) lapang untuk menuntut ilmu dan beeribadah

10. Sedikit tidur

Allah swt berfirman :
"Adalah mereka sedikit tidur pada malam hari dan di waktu dinihari, mereka memohon keampunan".


10 ORANG KEKASIH IBLIS
&
20 ORANG SEBAGAI MUSUHNYA

Dari Ibnu Abbas ra, bahawa dia telah berkata:
Yang bermaksud:
"Telah bertanya Rasululah saw, pada suatu hari kepada Iblis laknatullah alaih:
"Berapa orang dari umatku yang menjadi kekasih engkau?"

Berkata Iblis : "10 orang"

1. Pemimpin yang zalim.

2. Orang yang sombong

3. Orang kaya yang tidak mempedulikan dari mana ia memperolehi hartanya dan kemana ia belanjakan.

4. Orang alim yang membenarkan pemimpin yang zalim.

5. Peniaga yang menipu.

6. Muhtakir
 (iaitu orang yang menahan barang-barang yang diperlukan oleh manusia, kemudian menjualkannya dengan harga yang tinggi, ketika manusia sangat-sangat memerlukannya) 

7. Orang yang berzina.

8. Orang yang memakan riba.

9. Orang bakhil yang tidak peduli dari mana ia kumpulkan hartanya.

10. Orang yang terus menerus minum arak.

Kamudian Nabi saw bertanya lagi:
"Berapa orang dari umatku sebagai musuh engkau?"

Berkata Iblis: "Sebanyak 20 orang".

1. Engkau Muhammad, maka sesungguhnya aku benci padamu.

2. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.

3. Orang hafal al-Quran, apabila ia mengamalkan isinya.

4. Orang yang azan kerana Allah salam solat lima waktu.

5. Orang cinta kepada orang-orang fakir dan miskin serta anak-anak yatim.

6. Orang yang memiliki hati yang pengasih.

7. Orang yang merendahkan diri pada kebenaran.

8. Pemuda yang taat kepada Allah swt.

9. Orang yang makan barang yang halal.

10. Dua pemuda yang saling kasih mengasihi kerana Allah.

11. Orang yang memelihara solat berjamaah.

12. Orang yang solat di waktu malam, pada saat manusia sedang tidur.

13. Orang yang menahan dirinya dari mengerjakan yang haram.

14. Orang yang menasihati (saudara-saudaranya), sedang di hatinya tidak tersimpan (sesuatu) maksud yang lain.

15. Orang sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.

16. Orang yang dermawan.

17. Orang yang bagus akhlaknya.

18. Orang yang membenarkan (dan mempercayai) Tuhannya, bahawa Allah telah menjamin rezekinya.

19. Orang yang berbuat baik pada janda yang fakir.

20. Orang yang tetap bersiap-siap untuk mati."




MANUSIA SEPATUTNYA SENTIASA BERADA
DALAM 6 JENIS RASA TAKUT

Dari Umar ra:
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang mukmin berada dalam 6 jenis rasa takut :-

1. Takut kalau Allah swt mencabut imannya.

2. Takut kalau malaikat pencatat amal menulis perbuatannya yang akan menyebabkan terbuka aibdirinya di hari kiamat.

3. Takut kalau syaitan merosakkan amalnya.

4. Takut kalau malaikat pencabut nyawa datang mengambil rohnya dengan tiba-tiba, ketika dia dalam kelalaian.

5. Takut kalau dirinya tertipu dengan dunia, sehingga ia melalaikannya dari akhirat.

6. Takut kalau keluarganya membuatkan dia sibuk dan lalai dari mengingati Allah.......

Kalau dah baca.....follow2 la blog saye yer....hehehe
banyak lagi akan kongsi....



7 JENIS MANUSIA
YANG TIDAK AKAN DIPANDANG OLEH ALLAH
DI HARI KIAMAT

Telah bersabda Nabi saw, :
Yang bermaksud:
"Tujuh jenis manusia yang tidak akan dipandang Allah pada hari kiamat dengan pandangan kasihan.
Dan Allah akan mengeji perbuatan mereka, dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Neraka :-

1. Lelaki yang melakukan liwat dan lelaki yang menjadi pasangannya.

2. Orang yang mengelurkan air mani dnegan tangannya.

3. Orang yang bersetubuh dengan haiwan.

4. Suami yang bersetubuh dengan isterinya melalui jalan belakang.

5. Orang yang menikahi perempuan, lalu menikahi anak dari perempuan itu.

6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.

7. Orang yang menyakiti jirannya, sehingga jiran itu menutuk dirinya".








NASIHAT SEPANJANG ZAMAN


10 ORANG YANG TIDAK DITERIMA SEMBAHYANGNYA
Nabi saw telah bersabda:
Yang bermaksud:
" Sepuluh orang yang tidak diterima oleh Allah swt sembahyang mereka ialah:-

1. Lelaki yang sembahyang bersendirian tanpa membaca AL-Fatihah.

2. Lelaki yang tidak mahu menunaikan zakat.

3. Lelaki yang mengimamkan satu kaum, sedangkan dia dibenci oleh mereka.

4. Hamba yang lari (dari pemiliknya)

5. Lelaki yang terus menerus minum arak.

6. Perempuan yang tidur, sedangkan suaminya msih lagi marah kepadanya.

7. Perempuan merdeka yang sembahyang tanda tudung kepala.

8. Orang yang memakan riba.

9. Imam yang zalim.

10. Lelaki yang sembahyang tidak dapat mencegah dirinya dari maksiat dan kekejian, dan tidak adalah keadaannya melainkan bertambah jauh dari Allah".





NASIHAT SEPANJANG ZAMAN

DOA YANG TIDAK DIPEERKENANKAN SEBAB 10 PERKARA

Ibrahim bin Adham pernah ditanya tentang maksud firman Allah swt.:
"Mintalah kepadaKu, niscaya Aku akan memperkenankan permintaanmu".

Orang-orang yang bertanya itu, berkata:
"Kami tetap berdoa, tetapi tidak pernah diperkenankan permintaan kami".

Lalu beliau berkata:
yang bermaksud:
"Telah mati hati kamu disebabkan  10 perkara :-

1. Kamu sudah kenal dengan Allah, tetapi tidak mahu menunaikan hak-Nya.

2. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu mengamalkan isinya.

3. Kamu mengatakan iblis musuhmu, tetapi kamu menuruti ajakannya.

4. Kamu mengatakan cinta pada Rasul, tetapi kamu meninggalkan sunnah dan hadithnya.

5. Kamu mengatakan cinta pada syurga, tetapi kamu tidak mahu beramal untuk mendapatkannya.

6. Kamu mengatakan takut pada Neraka, tetapi kamu tidak pernah berhenti melakukan dosa.

7. Kamu mengatakan bahawa kematian pasti terjadi, sedangkan kamu tidak bersiap-siap untuknya.

8. Kamu sibuk mengatakan aib dan cela orang ain, tetapi membiarkan aib dirimu sendiri.

9. Kamu memakan rezeki dari Allah, tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.

10. Kamu sentiasa menguburkan orang yang mati di kalangan kamu, tetapi tidak mahu mengambil iktibar".






PUNCA HIDUP SUSAH

......................PUNCA HIDUP SUSAH...........??????

Sebagai umat Islam, kadang kala kita
LUPA
LEKA
LALAI
senang cakap, TAK INGAT LAAAA....
dalam apa yang dilakukan saban hari, sama ada
perkara itu boleh dilakukan atau pun tidak.....

Tahukan sahabat-sahabat ku di luar sana, bahawa
terdapat beberapa perkara apabila dilakukan
akan mendapatkan KESUSAHAN DALAM HIDUP....?????

Terdapat beberapa perkara yan mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab kepada ditimpanya kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. dalam kitab

Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah

yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyau hubungkait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak solat
tidak membaca Bismillah keika makan
3. makan atas pinggan yang terbalik (mangkuk)
4. pakai kasut atau sandal memulakan kaki kiri
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam makanan/hidangan
6. berwuduk di tempat buang aikecil/air besar
7. suka bersandar pada pintu rumah
8. suka duduk atas tangga
9. membiasakan diri mencuci tangan dalampinggan selepas makan
10. membasuh tangan dengan tanah atau dengan beka tepung
11. tidak membersihkan rumah
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam
14. suka tidur di atas muka
15. menjahit baju yang sedang dipakai
16. membakar kulit bawang
17. mengelap muka dengan baju
18. berdiri sambil mencekak pinggang
19. tidur tidak memakai baju
20. makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid setelh selesai menunaikan solat Subuh.
22. pergi ke paar sebelum matahari terbit
23. lambat pulang dari masjid
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak
25. kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan
26. suka memadam pelita dengan nafas
27. membuag kutu kepala dalam keadaan hidup
28. membasuh kaki dengan tangan kanan
29. membuang air kecil pada air yang mengalir
30. memakai seluar sambil berdiri
31. memakai serban sambil duduk
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis
33. makan dengan menggunakan dua jari
34. berjalan di antara dua kambing
35. berjalan di antara dua perempuan
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari tangan di bahagian lutut
38. meletakkan tapak tangan pada hidung
39. suka menggigit kuku dengan mulut
40. mendedahkan aurat di bawah sinar matahari dan bulan
41. mengadap kiblat ketika buang air dan air besar
42. menguap ketika solat
43. meludah di tempat buang air kecil dan air besar

WALLAHHUA'LAM BISSAWAB



HUKUMAN BAGI ORANG YANG MENGUTAMAKAN DUNIA DARI AKHIRAT

Dari Hasan Basri:
Yang bermaksud:
"Sesiapa yang mahukan dunia dan memilihnya daripada akhirat, maka Allah akan menjatuhkan ke atasnya enam jenis hukuman, iaitu 3 di dunia dan 3 lagi di akhirat.

Adapun 3 hukuman di dunia ialah:-

1. (Ia tersiksa disebabkan) angan-angan yang tidak berkesudahan

2. Sentiasa tamak dan tidak pernah berasa cukup.

3. Di tarik dari dirinya kelazatan beribadah.

Adapun 3 hukuman di akhirat, ialah:-

1. Merasakan kedahsyatan di hari akhirat.

2. Mengalami perhitungan yang berat.

3. Menyesal tidak sudah-sudah".


NASIHAT SEPANJANG HAYAT

10 HUKUMAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BANYAK KETAWA

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang banyak ketawanya, maka dijatuhkan ke atasnya 10 hukuman :-

1. Mati hatinya

2. Hilang air mukanya (iaitu malu dan kemuliaan)

3. Syaitan gembira kerananya

4. Allah marah kepadanya.

5. Dia disoal kerananya pada Hari Kiamat

6. Nabi saw berpaling darinya di hari kiamat.

7. Para malaikat mengutuknya.

8. Ia dibenci oleh penghuni semua langit dan bumi.

9. Ia menjadi lupa kepada segala-galanya.

10. Terbuka aibnya pada hari kiamat,"

8 ANUGERAH DAN ORANG-ORANG YANG MEMPEROLEHINYA

Umar ra telah berkata:
Yang bermaksud:
"
1. Sesiapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebujaksanaan.

2. Sesiapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekusyukkan hati.

3. Sesiapa yang meninggalkan makanan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelakazatan beeribadah

4. Sesiapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).

5. Sesiapa yang meninggalkan gurauan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).

6. Sesiapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta di akhirat.

7. Sesiapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) aib orang lain, ia dianugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri

8. Sesiapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari i'tikad orang munafik".




6 PERKARA YANG BOLEH MEMBUKA PINTU SYURGA DAN MENUTUP PINTU NERAKA

Telah diriwayatkan dari Ali ra bahawa beliau mengatakan, 6 perkara yang bioleh membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka ialah :-

Yang bermaksud:-

1. Mengenal Allah lalu mematuhinya..

2. Mengenal syaitan lalu mendurhakainya

3. Mengenal akhirat lalu mencarinya

4. Mengenal dunia lalu menolaknya

5. Mengenal yang hak, kemudian mengikutinya.

6. Mengenal yang batil, kemudian menjauhinya".

6 PERKARA YANG MEROSAKKAN HATI

Dari Hasan Basri :-
Yang bermaksud :-
"Sesungguhnya kerosakkan hati adalah berpunca dari enam perkara iaitu :- 

1. Mereka melakukan dosa dengan harapan akan bertaubat.

2. Mereka menuntut ilmu tetapui tidak mahu mengamalkannya.

3. Apabila beramal, mereka tidak ikhlas.

4. Mereka makan rezeki dari Allah tetapi tidak mahu bersyukur.

5. Mereka tidak redha dengan pemberian Allah.

6. Mereka mengkebumikan orang yang telah mati tetapi tidak mahu mengambil iktibar".

10 FADHILAT SOLAT
LAPAN PERKARA MERUPAKAN
PERHIASAN BAGI LAPAN MACAM

Abu Bakar as telah berkata:

Yang bermaksud:
"Ada lapan perkara merupakan perhiasan bagi lapan macam iaitu:-

1. Tidak meminta-minta ialah perhiasan fakir.

2. Syukur ialah hiasan nikmat.

3. Sabar ialah hiasan bagi bala.

4. Tidak cepat naik marah ialah perhiasan ilmu.

5. Merendah diri ialah perhiasan bagi orang yang menuntut ilmu.

6. Banyak menangis ialah perhiasan takut.

7. Meninggalkan perbuatan membangkit-bangkit pemberian adaah perhiasan amal yang baik.

8. Kusyuk ialah hiasan solat". 

6 JENIS MANUSIA YANG DIKUTUK OLEH ALLAH DAN RASUL

Telah bersabda Nabi saw:
Yang bermaksud :
"Ada 6 orang yang aku kutuk dan Allah swt juga mengutuk mereka, dan doa-doa semua nabi diperkenankan, iaitu:-

1. Orang yang menambah isi Al-Quran (dengan tafsiran atau takwil yang menyimpang)

2. Orang yang mendustakan takdir Allah swt.

3. Orang yang berkuasa suka memaksa dan takkabur, sehingga dia memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah. Dan dia menghina orang yng dimuliakan Allah swt.

4. Orang yang mengharamkan sesuatu yang diharamkan olah Allah swt di Mekah

5. Umatku yang menghalalkan apa-apa yang diharamkan oleh Allah.

6. Dan orang yang meninggalkan sunnahku.

Maka Sesungguhnya Allah swt tidak memandang mereka di hari kiamat dengan
 pandangan kasihan".

TANDA-TANDA ORANG YANG TELAH DITERIMA TAUBATNYA

Seorang ahli hikmah pernah ditanya tentang taubat yang dilaksanakan oleh seorang hamba:
"Adakah hamba itu boleh mnegetahui bahawa taubatnya diterima atau tidak?"
Lalu dia menjawab dengan mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberi ketentuan tentang hal itu. Kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tandanya sahaja, iaitu:
Yang bermaksud:-

1. (Hamba yang telah bertaubat itu) melihat bahawa dirinya maasih belum suci dari disa.

2. Ia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya, lalu datang perasaan sedih.

3. Ia suka mendekati orang-orang yang baik dan menjauhi orang-orang yang jahat.

4. Walaupun sedikit rezeki yang dipeerolehi di dunia, tetapi ia tetap melihatnya banyak. Walaupun banyak amal akhiratnya, tetapi ia melihatnya masih sedikit.

5. Ia melihat dirinya tetap sibuk melaksanakannya kewajipannya terhadap Allah swt dan tidak sedikitpun ia sibuk menguruskan rezekinya yang telah diuruskan oleh Allah swt.

6. Ia sentiasa menjaga lidah, selalu bertafakur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal".

ALLAH SWT MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH SAW

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa:
"Suatu hari Rasulullah saw telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah saw sampai di Masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama Rasulullah saw.

Kemudian Rasulullah saw berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah swt.

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah saw pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud:
"Aku telah mohon kepada Allah swt  3 perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah swt supaya tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah swt.

2. Aku bermohon kepada Allah swt supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh). Permohonanku ini telah diperkenan oleh Allah swt.

3. Aku telah bermohon kepada Allah swt supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat pada hari ini, ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh, orang kafir bertepuk tangan dari belakang.
APAKAH INI CANTIK KITA MELIHATNYA?

6 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

Sufyan Atsauri berkata:

"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum Mukminin.

2. Seseorang yang pandai membaca Al-Quran tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seseorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seseorang yang jalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seseorang yang sampai di satu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seseorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seseorang diundang pada jamuan, tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seseorang yang kenyang sedang dia tahu tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.  

 6 JENIS WANITA MALANG

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, ANANAH, MANANAH, HANANAH, dan jangan kau kahwini yang HADAQAH, BARAQAH DAN SYADAQAH.

1. WANITA ANANAH : banyak mengeluh dan mengadu dan tap saat mempralatkan sakit atau buat-buat sakit.

2. WANITA MANANAH : suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan,
"Aku membuat itu keranamu,"

3. WANITA HANANAH: menyatakan kasih sayangnya kepada suami yang lain, yang dikahwininya sebelum ini, atau dari anak daripada suaminya yang lain.

4. WANITA HADAQAH : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu mneyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5. WANITA BARAQAH : ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6. WANITA SYADAQAH: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

DICATATKAN OLEH IMAM AL-GHAZALI 




DIALOG SYAITAN GEMUK DAN SYAITAN KURUS

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa pada suatu ketika bertemulah syaitan orang mukmin dengan syaitan orang kafir. Keadaan syaitan orang kafir ketika itu berminyak, gemuk dan berpakaian. 
Manakala, syaitan orang mukmin pula kurus, kotor dan bertelanjang.

Lantas syaitan si kafir bertanya:
"Hai syaitan orang mukmin, mengapa engkau kurus?"
Jawab syaitan orang mukmin:
"aku bersama orang sedang makan yang sering menyebut nama Allah, hingga aku selalu kelaparan. kalau minum dia juga menyebut nama Alla sehingga aku selalu kehausan. Kalau dia berpakaian selalu menyebut nama Allah sehingga aku tetap telanjang dan sewaktu bersolek dia selalu menyebut nama dia selalu menyebut nama Allah sehingga aku tetap kusut misai".

Lantas berkata syaitan orang kafir:
"Aku tidak begitu. Aku hidp bersama orang yang tidak menyebut nama Allah dalam semua perbuatannya. Itulah sebabnya aku dapat menyertai orang itu ketika makan, minum dan berpakaian".

Dalam hal ini, jelas membayangkan hati orang bertakwa sentiasa terhindar daripada hawa nafsu dan sifat tercela. Jika syaitan datang pada seseorang, bukan disebabkan syahwat tetapi kerana terlupa berzikir kepada Allah. Apabila hati ingat kembali kepada Allah, maka mundurlah syaitan laknat itu.


30 LUAHAN PERASAAN SUAMI

"Isteriku.....

1. Iktiraflah kelakian ku

2. Jagalah rumahku

3. Janganlah leteri aku

4. Fahamilah perasaan ku

5. Berbincanglah denganku

6. Hiasilah dirimu

7. Berlemah lembutlah terhadapku

8. Hargailah pemberianku

9. Janganlah pilih kasih terhadap anak-anak

10. Jagalah makan minum ku

11. Jagalah pakaianku

12. Didiklah anak-anakku

13. Raikan keluarga ku

14. Sembunyikanlah kepintaran dan kelebihanmu

15. Janganlah membuang masamu

16. Janganlah banyak karenah

17. Patuhlah kepadaku

18. Janganlah cemburu buta

19. Tunjukkanlah sifat sabarmu

20. Iktiraflah kepimpinanku

21. Bantulah kejayaanku

22. Jadikanlah anak-anakku insan mulia.

23. Permudahkanlah penglibatan sosialku

24. Janganlah boros

25. Hargailah kejayaanku

26. Galakkanlah hobiku

27. Suburkanlah pembangunan intelekku

28. Berjimat cermatlah

29. Berterus teranglah dan berkomunikaasilah dengan ku

30. Janganlah terlalu mengawalku

....wahai para isteri yang budiman, amalkanlah setakat yang termampu dengan ikhlas,
semoga kita beroleh GANJARAN dari NYA
sekalipun
 suami tidak menghargai atau sekadar memuji isteri dalam hati........



8 PERKARA YANG TIDAK PERNAH BERASA KENYANG

Nabi saw telah bersabda:
Yang bermaksud:
"Ada 8 perkara yang tidak pernah kekenyangan yang disebabkan 8 macam, iaitu:-

1. Mata tidak pernah kenyang kerana memandang.

2. Bumi tidak pernah kenyang kerana air hujan.

3. Perempuan tidak pernah kenyang kerana lelaki.

4. Orang alim tidak pernah kenyang kerana ilmu

5. Orang yang bertanya tidak pernah kenyang kerana menyoal

6. Orang yang tamak tidak pernah kenyang kerana mengumpul (harta)

7. Laut tidak pernah kenyang kerana air

8. Api tidak pernah kenyang kerana kayu."



ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

Daripada Abdul Rahman bin Samurah ra, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan....

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh BERKAT WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikurumi oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya olah malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali diaa hendah mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah PAHALA PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia berasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang, dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNA sambil ke kumpulanku, seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri dalam keadaan bingung, maka datanglah PAHALA HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT  lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada temat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara  dengan golongan orang mukmin, tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaramereka dengannya.

9. Aku melihat sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma PAHALA SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dai bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW :
"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

10 HADIAH DI DUNIA UNTUK ORANG YANG BERTAKWA

Kehidupan orang-orang yang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah menjanjikan pelbagai "hadiah", sebagaimana yang digambarkan dalam Al-Quran:-

1. Sentiasa mendapat petunjuk
"Mereka itulah (orang-orang yang bertakwa) yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung" (Al-Baqarah :5)

2. Diberi penyelesaian masalah
"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nascaya akan diberikannya jalan keluar" (At-Thalaq:2)

3. Dipermudahkan segala urusan.
"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nascaya Allah akan memudahkan baginya akan segala urusan". (At-Thalaq:4)

4. Mendapat rezeki dari sumber yang tidak terduga
"....dan memberinya (orang bertakwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga." (At-Thalaq:3)

5. Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang beertakwa" (Ali Imran: 76)

6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi
"Jika seluruh penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nascaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi." (Al Araf : 96)

7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan dari Allah.
"Dan kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa".
(Al- Fussilat: 18)

8. Mendapat kemenangan
"Sesungguhnya orang-orang bertakwa mendapat kemenangan"
(Al Naba : 31)

9. Terpelihara dari tipu daya musuh
"Jika kamu bersabar dan bertakwa, nascaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu" (Ali Imran :120)

10. Diberikan furqan (petunjuk bagi membezakan yang benar dan salah.
"Jika kamu bertakwa kepada Allah nascaya dia akan memberikan kepada mu Furqan" (Al Anfal : 29)

6 MACAM YANG DISEMBUNYIKAN OLEH ALLAH DALAM 6 PERKARA

Dari Umar ra:-
Yang bernaksud:
"Sesungguhnya Allah swt telah menyembunyikan 6 perkara, iaitu:-

1. Allah telah menyembunyikan redhanya dalam taat.

2. Alah telah menyembunyikan murka NYA dalam maksiat.

3. Allah telah menyembunyikan namaNYA yang MAHA AGUNG dalam al-Quran.

4. Allah telah menyembunykkan LAILATUR QADAR di dalam bulan Ramadhan.

5. Allah telah enyembunyikan solat yang paling utama dalam solat (yang  waktu).

6. Allah telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat dalam semua hari".




NIKMAT ITU ADA 6 MACAM

Dari Ali ra:

Yang bermaksud:
" Nikmat itu ada 6 macam:-

1. Islam.

2. Al-Quran

3. Nabi Muhammad sebagai RAsul Allah.

4. Kesihatan

5. Tertutupnya aib

6. Tidak mengharapkan bantuan orang

6 JENIS MANUSIA YANG DIKUTUK OLEH ALLAH DAN RASUL

Telah bersabda Nabi saw:
Yang bermaksud :
"Ada 6 orang yang aku kutuk dan Allah swt juga mengutuk mereka, dan doa-doa semua nabi diperkenankan, iaitu:-

1. Orang yang menambah isi Al-Quran (dengan tafsiran atau takwil yang menyimpang)

2. Orang yang mendustakan takdir Allah swt.

3. Orang yang berkuasa suka memaksa dan takkabur, sehingga dia memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah. Dan dia menghina orang yng dimuliakan Allah swt.

4. Orang yang mengharamkan sesuatu yang diharamkan olah Allah swt di Mekah

5. Umatku yang menghalalkan apa-apa yang diharamkan oleh Allah.

6. Dan orang yang meninggalkan sunnahku.

Maka Sesungguhnya Allah swt tidak memandang mereka di hari kiamat dengan
 pandangan kasihan".



TANDA-TANDA HAMBA YANG ARIF

Dari Usman ra:
Yang bermaksud:
"Tanda-tanda bagi hamba yang arif, iaitu:-

1. Hatinya sentiasa berasa takut

2. Harapan iaitu takut pada ancaman Allah dan harapan kepada balasan baik yang telah dijanjikanNYA.

3. Lidahnya sentiasa bersama ucapan syukur dan pujian (terhadap Allah).

4. Kedua matanya sentiasa malu dan tangis.

5. Kemahuannya selalu bersama keputusannya untuk meninggalkan dan mencari keredhaan (iaitu meninggalkan dunia dan mencari keredhaan Tuhannya)" 


7 PERKARA YANG MENGHAIRANKAN

Pernah diriwayatkan bahawa Usman ra telah mentafsirkn firman Allah swt yang berbunyi:
Yang bermaksud:
"Dan di bawah rumahnya ada harta simpanan milik keduanya. Dan bapa keduanya adalah orang yang soleh".

Beliau berkata, bahawa yang dimaksudkan dengan :
HARTA SIMPANAN dalam ayat ini ialah SEKEPING EMAS dan padanya ada tertulis 7 kalimah:-

1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi mih sibuk mengumpul harta.

5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi maasih mengingta selainNYA.

7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi maasih mahu mematuhinya".