MENYELAMATKAN DIRI DARI AMUKAN
Ada kalanya kita akan berhadapan dengan manusia, atau manusia yang membuta tuli melakukan rusuhan atau haiwan yang mengamuk. Sudah pasti kita akan menjadi mangsa akan tindakan yang tidak terkawal itu. Oleh itu, hendaklah kita memohon pertolongan daripada Allah dengan cara, beramal dengan surah al-Fatihah. Caranya, baca salah satu ayat dari surah tersebut iaitu
"...Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in..."
~Engkau yang kami sembah dan Engkau yang kami mohon pertolongan...~
Baca sebanyak 7 kali, semoga kita terbebas daripada sebarang hal yang tidak dingini. In Sya Allah.
MELINDUNGI TANAMAN DARI BINATANG PEROSAK
Bagi mengatasi masalah ini, selain boleh dilakukan dengan ubat-ubatan moden, cara mendekatkaan diri dengan Allah juga perlu. Bukti telah banyak menunjukkan bahawa teknologi moden tidak sepenuhnya berjaya mengatasi masalah ini. Justeru, perlukan alternatif cara mengatasinya melalui amalan.
Salah satu amalannya ialah dengan al-Fatihah. Walaubagaimanapun, kita henddaklah bersandarkan kepada Allah kerana dnegan kuasa Allah jualah yang menetapkan rezeki semua makhluk.
Caranya ialah, tuliskan surah al-Fatihah dalam kertas putih yang bersih dengan tulisan Arab. Pastikan anda berwuduk dan berkeadaan dalam keadaan bersih tanpa najis dan kotoran.
Setelah selesai menulisnya, kertas itu hendaklah dilipat kemas, lalu dimasukkan dalam buluh yang terlindung ataupun dalam botol yang ditutup kemas. Buat dalam 4 dan maasing-masing dimasukkan ke dalam botol. Setiap botol itu ditanam pada tiap-tiap sudut kebun atau sawah. Setiap tempat itu haruslah ditandakan. Dengan kuasa Allah, In Sya Allah tikus atau haiwan lain tidak akan berani maasuk ke kawasan itu.
Apa yang dilaukan ini hanya perantara. Yang menghalau atau menghalang haiwan tersebut hanya Allah swt jua.
KAEDAH RAWATAN ISLAM
Keberkesanan sesuatu rawatan bergantung sejauhmana keikhlasan kita kepada Allah SWT. Dengan itu bagi mendapatkan rahmat dan keberkatan dari Allah, setiap rawatan haruslah dimulakan dengan memohon keampunan daripada Allah swt, beristighfar 3 kali kemudian membaca surah Al-Fatihah dan berselawat kepada Rasulullah saw .
RAWATAN DOA & AIR
Selan membaca doa-doa dan ayat-ayat al-Quran, air digunakan sebagai bahan utama dalam rawatan ini. Selepas berdoa, doa-doa itu akan ditiupka ke air juga pada tempat sakit. Selalunya, air yang didoakan disapu pada tempat yang sakit juga diminum. Sekiranya perlu, air itu perlu dicampurkan dalam air mandian bertujuan sebagai bilasan terakhir.
Jika pesakit berada di samping kita, tangan yang merawat akan memegang di bahagian yang sakit, manakala di tangan kirinya memegang botol air. Botol diletakkan pada mulut yang merawat, bacakan doa dengan niat ikhlas memohon pada Allah swt untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi, apabila selesai berdoa hembus pada air di mulut botol.
Di sini dilampirkan pelbagai jenis air yang boleh digunakan sebagai ikhtiar rawatan mengikut turutan yang terbaik :
1. Air Zam-Zam (air yang paling baik)
2. air biasa yang telah dibacaan surah Yassin padanya oleh 40 orang atau lebih.
3. Air kolah di masjid yang digunakan oleh orang yang mengambil wuduk.
4. air hujan malam Jumaat yang telah ditadah terus dari langit.
5. air semulajadi (air mineral)
6. Air Reverse Osmosis (RO)
7. Lain-lain air yang bersih lagi suci.
DOA BATU KARANG
Bagi rawatan untuk penyakit batu karang, himpunan bacaan doanya adalah seperti berikut:
1. Bacaan surah al-Fatihah
2. Bacaan surah al Hasyr (ayat 21 - 24)
3. Bacaan surah al-Mukminun (ayat 115 - 118)
4. Selawat syifa'
In Sya Allah
DOA BARAH
Untuk merawat pelbagai jenis penyakit barah, himpunan bacaannya ialah:
1. Membaca surah al-Fatihah dalam satu nafas - kekalkan bacaan dalam satu nafas.
2. Membaca surah al-Ikhlas 4 kali dalam satu nafas - kekalkan bacaan daam satu nafas.
3. Membaca doa bagi mengecilkan bengkak
"...Wahai Allah yang Maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit) , Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada yang maha mengasihani..."
4. Membca doa barah seperti berikut:
"... Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhan mu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila..."
(Surah al-Qalam : 1-2)
~In sya Allah~
MENGUBATI ORANG YANG KERASUKAN ROH HALUS
Sekiranya ada di antara anggota keluarga, tetangga dan jiran anda kemasukan roh jahat (jin) maka berilah pertolongan sekuat tenaga. Sebagai orang islam, tentunya kita melakukan cara-cara yaang sesuai dengan ajaran Islam.
Caranya adalah:
1. Kumandangkanlah azan di telinga pesakit tersebut sebanyak 7 kali.
2. Baca surah al-Fatihah sekali
3. baca ayat kursi sekali
4. baca surah an-nas sekali
5. Baca surah al-Alaq sekali
6. baca surah ash - shaffat sekali
7. baca surah al-hasyr sekali
8. baca surah al-tariq sekali.
Ketika anda membaca ayat-ayat tersebut, anda perlu mendekatkan mulut anda di cuping telinga pesakit. Mudah-mudaha dengan izin Allah akan keluar roh jahat dari diri pesakit. In Sya Allah.
FADHILAT DAN KHASIAT SURAH AL-HUMAZAH
Surah
al-Humazah adalah surah yang ke-104 di dalam al-Quran. Ia mengandungi 9
ayat. dinamakan surah al-Humazah (mengumpat) kerana ayat ini
menerangkan tentang orang yang suka mencela orang lain, memfitnah dan
menimbun harta tetapi tidak suka membelanjakannya di jalan Allah swt.
Fadhilat
dan khasiat surah al-humazah ini adlaah boleh menyembuhkan penyakit
mata. Barangsiapa yang membacakan surah al-Humazah ini kepada orang yang
sakit mata, mudah-mudahan dengan izin Allah, ia akan segera sembuh
MERAWAT PENYAKIT DALAMAN
Banyak jenis penyakit yang menimpa manusia. Ada
penyakit luaran juga ada penyakit dalaman. Biasanya penyakit dalaman
ini sukar dirawat dan diubah kerana penyakit tersebut tidak dapat
dilihat dengan jelas. Diantara penyakit dalaman ini ialah sakit
paru-paru, jantung, buah pinggang dan seumpama dengannya.
Sekiranya
anda mengalami salah satu penyakit tersebut, dan sudah berubat dengan
bermacam-macam ubat, tetapi tidak juga baik, maka eloklah anda berubat
dengan jalan mengadu kepada ALLAH swt melalui amalan membaca sebanyak
mungkin surah al-Fatihah ini.
Caranya,
mula-mula lakukanlah sembahyang hajat dua rakaatdengan kusyuk baru
memohon kepada ALLAH supaya menyembuhkan penyakit tersebut sama ada
pesakit itu sendiri atau orang lain.
Kemudian
baca surah al-Fatihah sebanyak 41 kali pada air dan berikan kepada
pesakit untuk diminumnya. Insyaallah tidak lama sakit tersebut akan
berkurang dan sembuh.
MENGHALANG SERANGAN DENGAN AYAT KURSI
Krisis ekonomi dan kemelut politik sering membuat keadaan agak tegang, sekali di pandang dari luar nampak tenang. Pada waktu seperti ini sering berlaku serangan ganas terhadap individu dan kelompok tertentu, lebih-lebih lagi orang yang bertentangan ideologi politik dan fahaman siasahnya.
Dan jika serangan atau ancaman datang dari orang atau kelompok yang memang dicurigai maka
elok sebut nama dan bin nya ketika berdoa yanga kan disebutkan selepas ini lafaz doanya.
Khaifiatnya: selepas menunaikan solat maghrib dan solat sunat rawatib dua rakaat, maka pada waktu sujud bacalah ayat Kursi 3 kali, dan berniatlah apabila sampai ayat Kursi yang teerakhir.
(Walaa ya udhu hu)
Sebaik sahaja memberi salam untuk mengakhiri sembahyang, teruskanlah berdoa dengan doa di bawah ini
ALLAH HUMMMA HUL BAINI WA BAINA ....BIN.....KAMA HULTA BAINASSAMA I'WAL ARDH.WA AL JIM FAHU KAMA AL JAMTASSA BA A' AN' DANIAL ALAIHISSALAM WABI HAKHKHO HA ZIHI LAAA YA TISSYARIFAH.
yang bermaksud:
"...Ya ALLAH, pisahkanlah antara aku dan ......bin...... (sebut nama orang tersebut) sebagaimana ENGKAU telah memisahkan langit dan bumi dan kekangkanlah mulutnya dari membicarakan aku sebagaimana ENGKAU telah mengekang binatang buas dari Danial as dengan kebenaran ayat yang mulia ini."
CARA MENGUBATI ORANG YANG TERMINUM HOLY WATER
> Sediakan air minuman seperti air kosong atau air putih.
> Mulakan dengan memaca bismillah an al-Fatihah.
> Baca ayat Kursi 7 kali.
> Baca 4 Khul iaitu SURAH AL KAFIRUN, SURAH AL-IKHLAS, SURAH AL-FALAQ DAN SURAH AL-NAS.
> Baca selawat kepada Nabi Muhammad saw sebanyak 7 kali atau angka ganjil.
> Setelah selesai membaca semua yang di atas hembuskan ke dalam air tersebut.
> Berikan setengah air yang ditawar itu kepada pesakit untuk diminum.
> Sebahagian air yang ditawar itu dicampurkan ke dalam air mandi pesakit tersebut.
> Mandikan pesakit tersebut sehingga semua air campuran itu terkena pada tubuhnya.
> Setelah selesai mandi, ajarkan pesakit mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH perlahan-lahan.
> Laksanakan Solat sunt Hajat 2 rakaat dan memohon pertolongan ALLAH swt.
> Jika perubatan ini tidak berkesan, boleh diulangi teknik ini. Jika tidak berkesan juga haruslah dibawa kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini.
KHASIAT AL FATIHAH BAGI MENJINAKKAN ORANG
Jika ada orang yang sangat marah, bacakan ayat
WALAD-DAALIIN
7 kali dan hembuskan dihadapannya.
Insyaalah hilang kemarahannya dan jadilah ia dari kalangan orang yang jinak dan berbaik-baik dengan engkau.
RAHSIA AL FATIHAH KETIKA TERKEPUNG
Jika terkepung dalam satu kawasan musuh, ambil segenggam tanah liat dan bacakan ayat
GHAI-RIL-MAGH-DHU-BI-A'LAI-HIM
kemudian hemburka tanah itu kehadapan seteru-seteru itu.
Insyaallah digelapkan ALLAH matanya, mereka tidak nampak dan tidak mendengar, melainkan tergamam sementara dan ketika itu dapat melepaskan diri.
KHASIAT AL-FATIHAH KETIKA TERPUTUS BEKALAN
Jika masuk ke dalam hutan atau pergi ke mana-mana sahaja, tiba-tiba kehabisan air dan bekalan makanan dan tiada satu barang yang boleh dimakan dari benda-benda yang boleh mengenyangkan.
Maka, ambil daun kayu yang boleh dimamah dan bacakan ayat
ANAMTA-'ALAIHIM
7 kali keatas daun kayu itu. Kemudian daun itu dikunyah sehingga lumat, diperah airnya dan disapukan ke leher. Insyaallah terpelihara dari lapar dahaga.
KHASIAT AL FATIHAH KETIKA SESAT JALAN
Jika masuk dalam hutan, maka sesat ia dalam perjalanan atau tidak dapat mencari jalan keluar, bacakan sahaja ayat
SIRA-TAL-LAZINA
3 kali dengan sebafas. Kemudian tutup mata kadar satu saat, setelah itu buka mata dan berjalanlah. Insyaallah dapat jalan yang betul.
AL FATIHAH JAUHKAN KEJAHATAN MANUSIA
Jika ada orang yang hendak berbuat zalim, bacakan ayat
IHDINAS-SI-RATAL-MUS-TAQIM
dengan tekad yang benar dan berani lalu hembuskannya kemukanya.
Bacaan itu 3 kali dengan senafas. Insyaallah berubah ia.
AL FATIHAH PADA TANAMAN
Jika hendak menanam padi atau hendka berbendang, maka dituliska ayat
ISYA-KA-NAK-BUDU
pada sekeping kertas dan dimasukkan ke dalam buluh atau botol dan ditutup baik-baik supaya tidak masuk air. kemudian ditanamkan di tengah-tengah bendang atau kebun tersebut. Insyaallah subur dan terpelihara.
KHASIAT AL FATIHAH MEMBUNGKAM BINATANG
Jika bertemu dengan binatang yang garang atau anjing gila, takut kalau anjing itu menggigit, bacakan ayat
WAI E YAKA-NAS TAIN
3 kali senafas dan hembuskan dihadapannya. Insyaallah, boleh melemahkan hatinya.
Ayat ini juga boleh digunakan kepada orang yang garang yang suka membuat gaduh atau memukul orang. Insyaallah lemah hatinya dan terpesung hatinya dari kejahatan.
KHASIAT AL FATIHAH KETIKA MEMBINA RUMAH
Jika hendak mendirikan rumah baru, tuliskan MALIKIYAUMID DIN pada perak atau emas dan dipahatkan kedalam 4 penjuru tiang rumah itu. Insyaallah terpelihara dari penyakit dan dimurahkan rezekinya oleh Tuhan dan dihampiri Malaikat rumah tersebut.
Demikian juga dipeerbuat pada perahu, kapal atau apa-apa sahaja kenderaan laut, dipahatkan pada laluannya. Insyaallah selamat
AL FATIHAH PADA BINATANG BUAS
Jika terdapat buaya yang ganas di mana-mana anak sungai, tuliskan ayat ARRAHIM pada sekeping timah kemudian dihumbankan ke dalam sungai itu. Insyaallah aman.
Demikian juga dengan adanya harimau tuliskan pada timah dan tanam pada tempat persinggahannya atau tempat lalu lintaasnya. Insyaallah aman.
AL FATIHAH PADA TANAMAN
Jika hendak menanam pokok atau padi dan banyak musuh tanaman itu samada penyakit pokok atau lain-lain yang merosakkan tanaman, maka tulis ayat AR RAHMAN pada mangkuk atau pinggan putih dan dihapuskan dengan air mawar serta dicampur dengan air lain, kemudian disiram pada padi dan tanaman tersebut.
Insyaalah terpelihara dari serangga, tikus dan segala musuh.
HIKMAT ALFATIHAH
PENDAPAT AL-ALLAMAH IBNU QAYIEM
Setiap penyakit pasti ada ubatnya melainkan apabila sampai ajalnya tidak ada jampi serapah dan tangkal azimat yang berguna. Walaupun begitu, saya dapati dalam
al-Fatihah terdapat beberapa kesan yang sngguh menghairankan.
iaitu:
Masa saya tinggal di Mekah, saya telah mendapat penyakit, tidak ada doktor yang dapat mengubatinya. di sinilah mulanya saya mengubati diri saya dengan al-Fatihah.
Bukan sahaja yang saya mengamalkan sendiri, tetapi saya ajarkan kepada beberapa kawan saya dan sahabat-sahabat yang mengidap bermacam-macam penyakit brubat dengan al-Fatihah, maka mereka pun sembuh dengan cepat dengan izin ALLAH.
Padapendapat saya, satu-satu amalan dari ayat Al-Quran itu, ialah terpulang pada semangat orang yang mengamalkannya, jika penuh kpercayaannya terhadap satu-satu ayat, bertauhid dan berserah kepada Tuhan, memang ayat itu akan memberi kesan dengan izin ALLAH.
AL-FATIHAH SERIBU FAEDAH
Sesiapa yang mengekalkan membaca al-Fatihah diantara solat sunat Subuh dengan Fardhu subuh sebanyak 41 kali, tidak ia:
> meminta pangkat melainkan ia dapat
> ia miskin melainkan jadi kaya
> ia berhutang melainkan dibayar ALLAH hutangnya
> ia sakit melainkan disembuh A LLAH
> ia lemah melainkan dikuatkan ALLAH
> ia berdagang di negeri orang melainkan dimuliakan, dikasihi dan disampaikan
cita-cita
Berkata beberapa ulama temasuk beberapa orang murid kepada Al Sheikh Al Tamimi menyatakan:
Satu masa penyakit taun dan wabak menyerang neger Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa banyak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari.
Lalu Tuan Ali Al Sheikh Al Tamimi meminta sahabat dan anak muridnya membacakan al-Fatihah ke atas sesiapa yang dihinggapi penyakit taun dan wabak tersebut.
Maka kami pun membaca dan meniupkan ke atas orang-orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itupun sembuh dan penyakit itu berkurangan.
Begitu juga, sesiapa yang membaca al-Fatihah 41 kali ke atas orang sakit setelah dihembuskan kepadanya, Insyaallah sihat walafiat.
AL FATIHAH MENGEMBALIKAN PANGKAT
Sesiapa yang dipecat dari pekerjaan atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukalah ia kembali kepada pangkatnya
Hendaklah ia membaca al-Fatihah sebnyak 41 kali diantara solat sunat subuh dan Fardhunya selama 40 hari.
Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca.
Insyaallah kembalilah pangkatnya semula, atau dapat menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada kudrat ALLAH.
AL FATIHAH MENDAPAT ZURIAT
Sesiapa yang madul dan tidak mendapat zuriat selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapatkan zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan atau membaca surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah peraturanseperti ini, iaitu
Hendaklah ia membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara solat sunat subuh dan Fardhunya selama 40 hari.
Insyaallah ia akan mendapat zuriat yang saleh lagi baik.
AL FATIHAH DI ATAS KAPAS
Sesiapa yang membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan di atas sekeping kertas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa apa penyakit kulit. Akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin ALLAH.
AL FATIHAH DINDING SEMASA TIDUR
Sesiapa yang membaca al-Fatihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudia ia membaca surak al-ikhlas, surah al falaq dan surah an-nas.
Terselamat ia dari kejahatan dan mudharat, serta menjadi dinding dari hantu syaitan yang akan merasuk ketika tidur.
PENYAKIT LENDIR (KAHAK)
Sesiapa yang menghidap penyakit lendir, balqam dan sebagainya, dan suka dirawat dengan
AYATUL KURSI ,
bolehlah ia membacakan AYATUL KURSI itu kepada
7 butik garam putih sebanyak 7 kali pada tiap-tiap pagi sebelum sarapan selama 7 hari.
Insyaallah dengan pertolngan Allah akan hancurlah penyakit balqamnya yang dihadapi.
RAMUAN UBAT PENCUCI DOSA
Hasan Basri telah bercerita, bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah. Tiba-tiba dia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk di atas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.
Hasan Basri menuju ke depan tabib itu dan berkata :
"Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?"
Berkata tabib itu, "Ya, saya ada".
Lalu pemuda itu berkata, "Berilah pada saya."
Berkata tabib itu, "ambillah dari saya sebagai ramuanya sebanyak 10 perkara, iaitu:
Ambil olehmu akar kayu fakir dan akar kayu tawadduk dan campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha, dan giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah. Kemudian masukkan ke dalam periuk takwa dan tuangkan ke dalamnya dengan air hayak(malu), Lalu dididihkan dengan api mahabbah (cinta). Selepas itu, pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur dan kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan). Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.
Jika engkau perbuat semua itu, maka ia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".
10 FAEDAH BERSUGI
Rasulullah saw telah bersabda:
Yang bermaksud:
"Mestilah kamu selalau bersugi, kerana padanya ada 10 (faedah):-
1. Membersihkan mulut
2. Menyebabkan Tuhan redha
3. Menyebabkan syaitan benci
4. Ianya peerbuatan yang dicintai Tuhan dan malaikat pencatat amal.
5. Ia menguatkan gusi
6. Ia menghilangkan lendir
7. Ia boleh menyebabkan wangi nafas di hidung
8. Ia dapat menutup caoran pahit
9. Ia dapat menerangkan penglihatan
10. Ia mampu menghilangkan bau busuk di mulut, dan ia termasuk sunnah Nabi saw".
Kemudian, Nabi saw besabda lagi:
Yang bermaksud:
"Dan satu solat dengan bersugi adalah lebih baik dari 70 solat yang tidak bersugi".