CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

FADHILAT SURAH AL-QURAN




UNTUK MENGUBAH KEBENCIAN ORANG LAIN

Walaupun fitrah manusia sukakan kedamaian, tetapi dalam satu-satu masyarakat ada juga orang yang suka akan sikap iri hati dan berlakukan hal-hal yang tidak diingini. Kadang-kadang orang baik pun dibenci orang lain atas sebab antara lain, kerana sifat cemburu. Keadaan seperti ini tidak mudah dikawal, lebih-lebih lagi dilenyapkan terus dari masyarakat.

Maka untuk menghindari sasaran kebencian orang lain seperti ini, eloklah kita memohon kepada Allah swt supaya dijauhkan darinya menerusi amalan membaca surah al-Fatihah ini.

Khaifiatnya ialah mambaca ayat "shiratal-lazina" sebanyak yang mungkin dengan ikhlas dan kusyuk. Selepas itu mintalah kepada Allah swt supaya orang yang membenci anda itu akan insaf dan sedar, kembali kepada fitrah insaniyahnya. Mudah-mudahan dengan izin Allah, kebenciannya lenyap dan berubah dengan ksih sayang dan saling menghormati.  

MENGHILANGKAN PERASAAN TAKUT

Allah berkuasa menjadikan seseorang jadi penakut dan pemberani. Jika Allah swt mengkehendaki, DIA akan melenyapkan perasaa takut dari orang tertentu. Kerana itu, jika kita tiba-tiba berasa takut dari orang tertentu. Kerana itu, jika kita tiba-tiba berasa takut kerana sesuatu sebab, hendaklah kita membaca surah al-Falaq dan Surah an-Nas.

Jadikanlah ia amalan wirid setiap selesai menunaikan solat fardhu, seboleh-bolehnya seratus (100) kali. Mudah-mudahan dengan izin Allah, perasaan takut seperti yang disebutkan tadi akan lenyap dari diri anda, In Sya Allah.