SEPAYA SELAMAT DALAM PERJALANAN
Perjalanan jauh banyak kemungkinan berlaku perkara yang tidak diingini. Bagi menghindarkan perkara ini dari berlaku, lebih baik kita berusaha dahulu dengan cara mendekatkan diri kepada Allah swt melalui amalan baca ayatul Kursi ini.
Caranya ialah, sebelum memulakan perjalanan hendaklah kita membaca ayatul Kursi sebanyak 3 kali. In Sya Allah, mudah-mudahan perjalanan kita pergi dan balik ke rumah akan selamat.
UNTUK MERAWAT PENYAKIT GILA & GILA BABI
Selain daripada perkara-perkara yang dinyatakan, Ayat Kursi juga mempunyai khasiat dan rahsia yang tersendiri dalam merawat pengakit gila juga gila babi (ayan). Jika dibacakan ayat kursi ini, In Sya Allah pesakit akan sedar sedikit demi sedikit, lama kelamaan ia akan sembuh sepenuhnya.
Caranya ialah, membaca Ayat Kursi sebelas (11) kali, pada ubun-ubun orang yang sakit gila itu. Kemudia mandikan ia setiap pagi dan petang. In Sya Allah dia akan sembuh dengan izin Allah swt.
Sementara itu, untuk merawat sakit gila babi (ayan), handaklah kita menyediakan segelas air yang bersih, seterusnya dibacakan air itu ayat Kursi sebanyak lima puluh (50) kali. Setiap satu kali bacaan, dihembuskan ke dalam air tersebut. In Sya Allah, dengan izin Allah, dia akan sembuh.
UNTUK MNCAPAI HASRAT DAN KEINGINAN
Kelebihan dan keutamaan yang terdapat pada ayatul Kursi ialah jika kita mengamalkannya, maka cita-cita dan hasrat kita akan tercapai dengan lebih cepat dan mudah.
Caranya ialah lakukan solat hajat 2 rakaat di malam hari, kemudian baca surah Kursi dengan tekun dan kusyuk sebanyak seratus (100) kali. Amalan ini hendaklah dilakukan setiap malam dan beristiqamah. Jangan lupa memohon supaya keinginan kita dikabulkan Allah swt. In Sya Allah.
MAKNA AYATUL KURSI
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
* Dialah Tuhan, tiada Tuhan yang sebenar melainkan dialah yang hidup kekal berdiri dengan sendirinya
* Tidak dipengaruh oleh rasa mengantuk dan tidur
* Tuhan mempunyai segala apa yang di langit dan yang di bumi.
* Tak seorang pun sanggup membri syufaat kecuali dengan izinnya.
* Tuhan mengetahu apa yang berada di sisi mereka, di hadapan dan di belakang
* Sedang mereka tidak mengetahu sesuatu daripada ilmunya melinkan sekadar nama yang Tuhan kehendaki
* Amat luas Kursi Tuhan sepenuh langit dan bumi
* Tidak berat bagi Allah memelihara kedua-duanya dan Allah MAHA TINGGI lagi MAHA AGONG
SUPAYA MEMPEROLEHI CAHAYA DALAM KUBUR
Sudah menjadi tradisi budaya keagamaan di seluruh Nusantara apabila ada kematian makan akan diadakan majlis tahlil dan doa. Hal ini memang sesuai dengan suruhan agama. Tetapi sedarkah anda bahawa Ayat Kursi mempunyai khaifiat dan faedah untuk memberi cahaya kepada orang yang sudah meninggal dunia dan berada di alam kubur.
Justeru itu, bacalah Ayat Kursi dan pahalanya dihadiahkan kepada ibu bapa, datuk, nenek, keluarga dan kaum muslimin yang sudah meninggal dunia supaya kubur mereka terang benderang kerana diterangi oleh cahaya yang diberikan oleh Allah swt.
Ketika hendak membaca Ayat Kursi tersebut, anda hendaklah terlebih dahulu berniat seperti di bawah ini:
Ertinya:
"...Al-Fatihah & Ayat kursi kami hadiahkan kepada roh ...(sebutkan nama orang yang dimaksudkan itu), dan ke hadrat Nabi Muhammad saw, al-Fatihah (bacalah al-Fatihah beramai-ramai)..."
Seterusnya disambung dengan ayat kursi.
Dengan amalan ini, mudah-mudahan dengan izin Allah swt akan mendapat cahaya di alam kubur orang yang kita hadiahkan bacaan tersebut. Sebaik-baiknya amalan ini dilakukan selepas menunaikan solat fardhu dan boleh juga pada masa-masa yang lain yang dirasakan mempunyai keberkatan tersendiri
FADHILAH DAN KHASIAT AYAT KURSI:
MENGELAKKAN MIMPI BURUK
Sekiranya anda ingin tidur dengan nyenyak dan damai, tidak ada mimpi buruk dan gangguan-gangguan lain, maka bacalah doa ta'awwuz:
"A'uzu billah minasy syaitanir rajim"
sebanyak 3 kali. Kamudian diiringi dengan bacaan
Ayat Kursi sebanyak 3 kali juga. Mudah-mudaha dengan izin Allah swt anda dapat tidur dengan lena, tanpa ada gangguan dan mimpi buruk.
SUPAYA MEMPEROLEHI CAHAYA DALAM KUBUR
Sudah menjadi tradisi budaya keagamaan di seluruh Nusantara apabila ada kematian makan akan diadakan majlis tahlil dan doa. Hal ini memang sesuai dengan suruhan agama. Tetapi sedarkah anda bahawa Ayat Kursi mempunyai khaifiat dan faedah untuk memberi cahaya kepada orang yang sudah meninggal dunia dan berada di alam kubur.
Justeru itu, bacalah Ayat Kursi dan pahalanya dihadiahkan kepada ibu bapa, datuk, nenek, keluarga dan kaum muslimin yang sudah meninggal dunia supaya kubur mereka terang benderang kerana diterangi oleh cahaya yang diberikan oleh Allah swt.
Ketika hendak membaca Ayat Kursi tersebut, anda hendaklah terlebih dahulu berniat seperti di bawah ini:
Ertinya:
"...Al-Fatihah & Ayat kursi kami hadiahkan kepada roh ...(sebutkan nama orang yang dimaksudkan itu), dan ke hadrat Nabi Muhammad saw, al-Fatihah (bacalah al-Fatihah beramai-ramai)..."
Seterusnya disambung dengan ayat kursi.
Dengan amalan ini, mudah-mudahan dengan izin Allah swt akan mendapat cahaya di alam kubur orang yang kita hadiahkan bacaan tersebut. Sebaik-baiknya amalan ini dilakukan selepas menunaikan solat fardhu dan boleh juga pada masa-masa yang lain yang dirasakan mempunyai keberkatan tersendiri
UNTUK MENDIAMKAN MULUT ORANG JAHAT
(DAN KAWAN KITA YANG BERMULUT JAHAT)
Sekiranya anda bertembung dengan orang jahat, bacalah ayat kursi sebelum bertembung dengannya. iaitu sebanyak 3 kali dengan kusyuk dan yakin. Kemudian diiringi dengan doa di bawah ini:
"... Wahai Zat Yang Hidup Kekal Abadi wahai Zay yang Menguruskan makhluk-Nya, wahai Zat yang menciptakan langit & bumi, Wahai Zat yang Mempunyai Kemuliaan dan Kesempurnaan, Aku memohon kepada MU dengan kebenaran ayat yang mulia ini (ayatul Kursi) dan semua yang terkandung didalamnya berupa nama-nama yang agung, supaya Engkau kekang mulutnya (nama orang yang diniatkan) dan Engkau bisukan lisannya sehingga dia tidak akan berkata melainkan kata-kata yang baik, atau dia diam, kebaikanmu, hai orang berada di kedua tanganmu dan kekejianmu berada di bawah kedua tapak kakimu ..."
Selepas anda mengamalkan amalan tersebut, majulah ke hadapan orang yang diyakini berniat jahat tersebut. mantapkan hati dan yaakinkan jiwa bahawa anda berada dalam lindungan dan pemeliharaan Allah swt.
FADHILAH DAN KHASIAT AYAT KURSI:
MENGELAKKAN MIMPI BURUK
Sekiranya anda ingin tidur dengan nyenyak dan damai, tidak ada mimpi buruk dan gangguan-gangguan lain, maka bacalah doa ta'awwuz:
"A'uzu billah minasy syaitanir rajim"
sebanyak 3 kali. Kamudian diiringi dengan bacaan
Ayat Kursi sebanyak 3 kali juga. Mudah-mudaha dengan izin Allah swt anda dapat tidur dengan lena, tanpa ada gangguan dan mimpi buruk.
RAHSIA AYAT AL-KURSI (RAHSIA KEKUASAAN ALLAH)
Barangsiapa membacanya sekali selepas solat fardhu nascaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya, seseorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur, nascaya akan selamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
Barangsiapa yang sentiasa membaca ayat Kursi, nascaya ALLAH akan kurniakannya dan ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.
Barangsiapa yang berwuduk dan membaca sekali nascaya ALLAH akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan ALLAH akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, serara berdoa untuk si pembaca sehingga ke hari Kiamat.
Dan disebut dalam hadit lain: Barangsiaa yang membaca ketika hendak tidur nascaya ALLAH akan membuka pinru rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut di badannya. Jika si pembaca meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
Imam Jaafar Sadiq ra mengatakan:
Barangsiapa membaca sekali, nascaya ALLAH akan menhindar darinya 1,000 kali kesukaran duniawi, yang terkecik sekali ialah kemiskinan dan kepapaan dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
KISAH TURUNNYA AYATUL KURSI
Kata sesetengah ahli-ahli tafsir, ikut mengiring turunnya AYATUL KURSI, 40,000 malaikat,
dan kata sesetengahnya 80,000 malaikat yang mengiringinya ialah kerana kebesaran dan primulia serta pentingnya AYATUL KURSI itu.
Masa itu, Saiyidina Zaid bin Sabit pun dipanggil oleh Rasulullah saw untuk menuliskannya.
Serentak dengan itu menjadi kalam kabut dan keluh kesah kedudukan syaitan-syaitan yang tidk tahu menahu akan sebab-sebab kegelisahan mereka.merintahkan sekalian syaitan-syaitan
Iblis Alaihi AL-lanatullah memerintahkan sekalian syaitan-syaitan supaya menyiasat dan mencari punca yang menyebabkan rasa gelisah yang berlaku dalam golongan hantu syaitan - lalu mereka dapati itu adalah bahawa turunnya
AYATUL KURSI di Madinatul-ALMunawarah
KHASIAT AYATUL KURSI
Antara khasiat-khasiat AYATUL KURSI (dengan mengamalkannya ) ialah :-
1. AYATUL KURSI apabila dibacakan lepas sembahyang fardhu diampunkan dosanya dar satu waktu ke satu waktu dan dihapuskan kejahatn.
2. Apabila dibacakan takkala hendak tidur terdinding dari kejahatan hantu syaitan dan terpelihara dari angkara-angkaranya.
3. Apabila dibacakan sedang dia marahkemudian diludajkan di sebelah kiri, padam kemarahannya dan terhenti.
4. Sesiapa berdoa dengan AYATUL KURSI dikabulkan doanya dan didorongkan kepada kebajikan.
5. Mendapat kemuliaan di dunia dan di akhirat, diutamakan dan dikasihi sekalian makhluk, tertegah dar maksiat.
6. Terangkat dukacita dan ancaman di atas dirinya.
7. Menolak perseteruan dan kebencian.
8. Murah rezeki dan tidak terkira-kira.
PENAWAR AYATUL KURSI :
PENYAKIT LENDIR (KAHAK)
Sesiapa yang menghidap penyakit lendir, balqam dan sebagainya, dan suka dirawat dengan
AYATUL KURSI ,
bolehlah ia membacakan AYATUL KURSI itu kepada
7 butik garam putih sebanyak 7 kali pada tiap-tiap pagi sebelum sarapan selama 7 hari.
Insyaallah dengan pertolngan Allah akan hancurlah penyakit balqamnya yang dihadapi.
PENDINDING AYATUL KURSI
Pendinding Ayatul Kursi ialah
sebagai membekalkan diri untuk keselamatan sehari-hari kerana manusia terdedah kepada pelbagai ancaman, kejahatan, bahaya, keraguab dan godaan syaitan.
Membekalkan diri itu ialah dengan membaca
Ayatul Kursi sekurang-kurangnya 7 kali di masa pagi dan petang, terutama sekali tatkala masuk rumah dan keluar daripadanya., tatkala hendak tidur, tatkala hendak belayar.
Insyaallah, terpelihara akan ALLAH ahli rumahnya,
harta benda dari kecurian,
dan kebakaran,
jauh dari keraguan,
godaan syaitan,
kejahatan-kejahatan orang jahat,
bahaya-bahaya binatang dan terselamat dari penyakit
dengan izin ALLAH.
PEMULIH AYATUL KURSI
Pemulih Ayatul Kursi ialah
berpandukan kepada Raslulah saw yang bersabda:-
"tidaj sesiapa membaca Ayatul Kursi ini pada satu-satu penakit melainkan dipulihkan oleh ALLAH,
dan
jika dibacakan atas orang gila atau orang yang tidak sedarkan diri melainkan sedar."
Bagi orang yang mengidap penyakit dan orang-orang yang tidak sedarkan diri
bacakan Ayatul Kursi 50 kali atau 170 kali atau 313 kali selama 3 hari atau 7 hari atau lebih dari itu,
Insyallah akan pulih segala-galanya dengan berkat ini.
PENYULUH AYATUL KURSI
Benak hati ialah
satu idap-idapan yang kerap ada pada kanak-kanak, bahkan pemikiran yang tidak cergas juga kadangkla terdapat pada orang dewasa.
Bagi menghindari perkara (benak) tersebut, hedaklah ia dibacakan
Ayatul Kursi sebanyak 50 kali dalam sebuag bijana yang mengandungi air hujan ditadah pada malam Jumaat.
. Kemudian diberi minum pada sesiapa yang benak hati dan orang dewasa yang tidak cergas pemikirannya dan diterangkan hatinya.
Kepada orang-orang yang tidak benak, jika meminum air ini akan ditambahkan kecerdikan dan kecergasan fikiran, hidup semangat Tauhid, tenang dan luas dadanya.
PENGHALANG AYATUL KURSI
Biasa terjadi kepada lelaki dan perempuan
terutama gadis-gadis, tidak sedarkan diri dan meracau-racau, menjerit-jerit, dirasuk dan sebagainya.
Bacakan dahulu di kepalanya,
11 kali Ayatul Kursi, untuk menghalau keluar hantu syaitan yang bertapak di tubuh pesakit.
Insyaallah, dia akan sedar dan lari syaitan yang menghuni jasadnya.
Kadangkala syaitan akan turut mengikut bacaan iu,
jika ini terjadi, jangan rasa takut dan tergencat kerana syaitan akan terhenti
dan
tidak dapat mengikut bacaan hingga akhir ayat.
Sebaik-baik lepas baca Ayatul Kursi, semburkan air ke muka pesakit.
5 RAHSIA AYATUL KURSI
Sesiapa yang membaca Ayatul Kursi sebanyak 170 kali, tidak ia:-
1. menuntut sesuatu darjat yang mulia dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat, melainkan diperolehi.
2. meminta rezeki yang halal, mudah dan lapang melainkan mendapat
3. membayar hutang-piutang walaupun banyak seperti gunung sekalipun didorong sebab hingga teerjelas hutang-hutangnya
4. jika dikepung oleh musuh, atau orang jahat, atau binatang buas melainkan dilepaskan ia dari kepungan itu.
5. jika musuh benar-benar menyakiti, menganiaya, menyusah dan membuat fitnah. Apabila ingat di hati, musuh itu hendak dimusnahkan, melainkan dikabulkan ALLAH dan musnahlah musuh itu.
Apalagi jika sekiranya amalan itu dibuat setelah sembahyang fardhu dengan penuh yakin menurut bilangan yang tersebut 170 kali atau diamalkan pada tengah malam, iaitu 3 suku malam kira-kira jam 3.00 pagi sangat cepat kesannya dengan izin ALLAH.
Tapi ingat, bersabar lebih baik dari mendoakan orang dengan kejahatan.
FADHILAT DAN KHASIAT AYATUL KURSI
PADA PENGAMALNYA
1. Sabda Rasulullag saw, yang bermaksud:
"Barang siapa yang membaca Ayatul Kursi ketika hendak tidur , maka Tuhan mewakilkan kepada 2 orang malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi".
2. Abdulrahman bin Auf menerangkan, yang bermaksud:
"Bahawa ia apabila masuk ke rumahnya, dibacanya ayat kursi pada 4 penjuru rumahnya dan diharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pendinding syaitan."
(Demikian keterangan yang terdapat dalam tafsir Al-Qudsi)
3. Barang siapa yang mengamalkan membaca ayatul kursi setiap kali membaca sebanyak 18 kali, insyaallah dia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan pebagai hikmat, dimudahkan, rezekinya, dinaikkan martabatnya, dibeerikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin ALLAH
(Kitab Asrarul Mufidah)
4. Sesiapa yang membaca ayatul kursi sesudah selesai solat fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Dan sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, teerpelihara dia dari gangguan syaitan dan sesiapa yang membaca ketika dia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
5. Syeikh Al-Buni menerangkan:
"Sesiapa yang membaca ayatul kursi sebanyak hitungan hurufnya iaitu 170 huruf, maka Insyaallah Tuhan akan memberikan pertolongan pada segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan dilapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.