CARA UNTUK MENGELAKKAN KENDERAAN DARI BERLAKU KEMALANGAN
Untuk mengelakkan kenderaan dari berlanggar atau kemalangan, sila lakukan seperti beerikut:
1. Sediakan air satu bekas.
2. Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan surah An-Nas 3 kali. Setiap 3 kali dibaca ayat yang diterangkan, hendaklah ditiupkan ke dalam air.
3. Setelah melakukan perkara yang disebutkan diatas, siramlah air itu ke atas kereta kita dengan memulakannya dari arah berikut:-
> Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
> Dari depan ke kiri.
> Dari kiri ke belakang.
> Dari belakang pusing sehingga ke tempat duduk pemandu.
Apabila ana melakukan seperti yang ditunjukkan di atas, Insyaallah anda tidak akan menghadapi kemaanganyang besar, di samping berdoa dan bertawakal kepada ALLAH.
Perhatian: Perkara yang disebutkan di atas hanya peerlu dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.
Punca penggunaan minyak petrol bertambah
Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.
Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.
Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.
Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.
Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki.
Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.
Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda.
Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran.Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.
Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.
Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.
Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.
Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.
Memeriksa Punca Stereng Kereta Berat
Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
I k l a n
Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.
Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.
Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.
Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud.
Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.
Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan.
Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.
Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.
Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.

6 cara jaga tayar
TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.
Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.
Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.
PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.
KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).
Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.
KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.
KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.
KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.

Enjin Kereta Dimasuki Air
Bagi anda yang tinggal di Kuala Lumpur, banjir kilat adalah antara perkara ‘menakutkan’ bagi pemilik kenderaan. Ketika anda sibuk di pejabat, tanpa disedari kereta anda sudah ditenggelami banjir akibat hujan lebat yang berterusan.
Apabila ini berlaku, ia pasti membabitkan kos baik pulih yang tinggi. Namun kos berkenaan dapat dikurangkan jika tip ini dapat diamalkan. Jika keseluruhan kereta dan bahagian enjin tenggelam, periksa kereta anda selepas banjir surut. Jangan sekali-kali menghidupkan enjin kereta kerana ia akan mengakibatkan anda terpaksa membayar kos yang berlipat ganda. Tindakan ini selalunya dilakukan oleh ejen bengkel atau pemilik trak penunda yang tidak bertanggungjawab supaya anda membayar kos yang lebih tinggi untuk membaikinya. Ini kerana apabila enjin cuba dihidupkan dalam keadaan demikian, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik). Sekiranya masihada saki-baki air dalam alat berkenaan, litar pintas boleh berlaku dan alat itu terpaksa diganti.
Tindakan berkenaan boleh menyebabkan semua sensor yang menyalakan suis enjin akan terbakar. Harga sebuah sensor tidaklah mahal, tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi itu boleh menyebabkan kos yang berlipat ganda.
Apabila tiba di bengkel, buka keseluruhan kereta anda termasuk penutup alat elektronik. Palam pencucuh juga perlu diperiksa dan pastikan ia tidak berair. Minyak enjin juga perlu diperiksa sama ada ia tercampur dengan air atau tidak. Begitu juga dengan petrol. Selepas kesemua peralatan elektronik kering sepenuhnya (kebiasaannya dua hingga tiga hari), enjin boleh dihidupkan tetapi tidak perlu digerakkan kerana kotak gear belum diperiksa.
Sekiranya enjin boleh dihidupkan, kosnya tidaklah begitu mahal. Jika sebaliknya, ia mungkin boleh mencecah ribuan ringgit. Kemudian minyak kotak gear perlu diperiksa. Dalam keadaan biasa ia akan berwarna merah tetapi jika bercampur dengan air, warnanya akan bertukar kepada merah jambu. Jika bercampur air, minyak gear perlu ditukar dan enjin perlu dihidupkan dalam masa dua hingga lima minit. Kemudian, minyak kotak gear diperiksa sekali lagi dan ulang proses ini sehingga ia betul-betul menjadi warna merah dan tidak lagi bercampur dengan air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga lapan kali dan akan menggunakan lebih kurang 15 hingga 20 liter minyak kotak gear.
Sekiranya tiada kerosakan yang membabitkan peralatan elektronik, kos mungkin hanya membabitkan upah mekanik, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara.

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.
Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.
Dalam contoh, ketinggian tayar adalag 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.
Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.
Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikiu berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)
Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

Cara Menyimpan Kereta Dalam Jangkamasa Lama
Bagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat pengangkutan,tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi.Malah bagi mereka yang sering berurusan diluar negara,pastinya mereka terpaksa meninggalkan kenderaan dalam tempoh waktu yang lama di garaj.
Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan. Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu yang lama samaada dalam masa enam bulan hinggalah bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya. Jika anda berhadapan situasi demikian letakkan kenderaan di garaj yang kering dan dingin.
Selain itu ikuti beberapa langkah yang harus dilakukan. Langkah pertama ialah dengan mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.
Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, Ia bertujuan mengatasi masaalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak injin dan penapisnya.
Titiskan minyak injin baru keselinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada selinder berkenaan. anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masaalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.
Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiotor. Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.
Untuk mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan, tual keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.
Selimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia mambantu anda untuk mengatasi masaalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama.

JIMAT CERMAT MENJAGA KERETA
Ramai orang tanya saya bagaimana nak berjimat, ok mula-mula saya cerita pasal kereta, lain kali bab lain seperti rumah, pelaburan, insuran, makanan dan lain-lain.Sekarang kereta bukan lagi barangan mewah, tetapi satu keperluan harian. Bagaimana untuk berjimat :
1. Beli kereta ikut kemampuan, bukan untuk bergaya. Utamakan kualiti kereta, tidak semestinya kereta baru baik kualitinya.
2. Beli kereta secondhand yang baik, cari harga yang murah untuk kereta berkualiti.
3. Digalak pakai kereta buatan Jepun seperti Honda, Toyota atau Nissan atau kereta buatan Malaysia. Tapi jangan beli Tiara atau Savvy. Perdana pun tidak digalakkan beli kerana banyak masalah gear. Kalau anda minat nak beli kereta Eropah, pastikan dapat harga paling murah dan buat semakan mengenai alatgantinya.
4. Seboleh-boleh beli kereta secara tunai, elakkan berhutang. Kalau berhutang, ikut kemampuan. Kumpul duit, banyak kereta berjenama tapi murah. Tahun lepas saya beli sebuah kereta RM 5,500. sahaja. Kalau tak pun, boleh buat pinjaman peribadi untuk beli kereta tunai. Kebiasannnya kereta yang tidak boleh loan, akan jatuh harga.
5. Cari peluang kereta murah dengan masuk lelong kastam atau lelong bank dan kadang-kadang ada syarikat swasta buat lelong. Pastikan anda ada ilmu yang cukup sebelum beli kereta lelong. Tahun 2004 saya beli kereta lelong kastam RM 9 ribu, kereta saya pakai sampai sekarang.
6. Pastikan anda mengetahui kedai bengkel yang berpatutan dan buat kerja bagus. Tak semestinya kedai kawan, belum tentu kedai kawan buat kerja bagus. Perlu kenal bengkel yang baiki enjin, kedai aksesori, kedai ekzos, kedai ketuk dan cat, kedai aircond dan kedai servis radiotor, tak semestinya kedai Melayu. Harap jangan cari kedai Melayu kalau cari kedai aircond dan aksesori, buat kurang bermutu dan lambat, sila cari kedai Cina.
7. Anda perlu tahu kedai alat ganti baru (di JB ada banyak)dan terpakai(seperti di Tangki Air Tun Razak, Maunt Austin, Desa Cemerlang, Larkin dll)
8. Servis kereta setiap 5,000 km, beli barang sendiri seperti minyak hitam dan oil filter sahaja. Perkara lain seperti plak, air filter dll tak perlu kecuali rosak sahaja. Plak boleh tahan setahun lebih. Kalau beli sendiri minyak hitam jenis Castrol RM 38, oil filter RM 7 dan upah RM 10, jumlah RM 55 sahaja. Kalau mahu minyak lagi murah ada yang harga RM 26, saya pun pakai, kereta biasa saja jalan jauh. Kalau anda hantar ke kedai tanpa barang berkenaan, anda mungkin dikenakan sehingga RM 100.
9. Anda perlu tahu serba sedikit untuk membaiki perkara kecil seperti memasang bateri kereta,kalau di kedai upahnya RM 10. Kalau bateri rosak, beli di kedai Desa Rahmat Tampoi RM 115 jenis NS 60, kemudian pasang sendiri. Harga spana cuma RM 2 boleh guna sampai bila-bila. Kalau anda rosak bateri pergi ke kedai, dikenakan dalam harga RM 160- 180 siap pasang.
10. Kalau kereta anda rosak, pastikan apa yang rosak. Beli barang sendiri sama ada barang baru atau terpakai. Contohnya water pump Accord RM 60, upah RM 70, jumlah RM 130. Kalau anda serah diri pada bengkel, anda dikenakan bayaran lebih RM 200.
11. Waktu pergi kerja sebelah pagi tidak semestinya buka aircond, minyak akan lebih. Begitu juga kalau waktu malam, kalau tak perlu, tak perlu buka aircond.
12. Sila rancang perjalanan anda, elakkan dari kesesakan jalanraya, akan banyak membazir minyak.
13. Jangan beli kereta cc kecil kalau anda biasa jalan jauh, elok cari kereta cc sederhana seperti 1.6 dan 1.8 kalau anda ada masa jalan jauh, ada masa jalan dekat. Kereta cc besar, jalan jauh lebih menjimatkan dan pemanduan yang mantap.
14. Jika kereta anda mengalami kerosakan, sila tanya tauke bengkel, kos sebenar yang perlu dibayar sebelum diperbaiki. Anda perlu mencatat alat yang perlu diganti dan anda perlu bersetuju sebelum kerja-kerja dilakukan. Jika tidak puashati, sila pergi ke kedai lain. (kalau kereta anda tidak boleh bergerak, sila panggil kereta tunda, kosnya cuma RM 30 kalau berdekatan). Kalau tauke kedai mengganti barangan kereta anda tanpa izin, anda boleh buat bantahan kepada tauke. Sekiranya perlu, anda boleh buat laporan kepada talian bebas tol Kementerian Perdagangan.
15. Jangan panaskan kereta anda kalau kereta anda guna enjin injection, selepas start, boleh terus jalan. Kalau enjin guna karburator, panaskan jangan lebih dari 2-3 minit, memanas enjin terlalu lama membazir minyak.
16. Kadang-kadang ada kereta semakin lama, ada juga kereta yang semakin kuat minyak, sila servis atau tukar jarum karburator. Kereta Peugeot saja tukar karburator Nissan.
17. Kalau kereta anda injection, kuat minyak, sila buat pelarasan semula enjin (Singh Auto Batu Pahat pakar buat kerja ini). Accord saya boleh pergi sejauh 320 km dengan RM 50 setelah buat pelarasan. Sebelum itu minyak kuat.
18. Gunakan kad diskaun seperti kad mesra petronas.
19.Jangan basuh kereta di kedai, basuh sendiri. Katakan sebulan 5 kali anda basuh kereta RM 10 sekali basuh, jumlahnya RM 50. Sila beli syampoo kereta harga RM 2 (tahan 3 bulan), span penggosok RM 2, air yang anda gunakan dalam 5 kali basuh tidak sampai RM 1. Kalau anda duduk di rumah flaf, sila cari paip di bawah, saya duduk di kondo pun boleh basuh sendiri.
20. Bateri kereta jangan buang atau jangan beri pada orang bengkel. Bateri yang dah tak guna boleh laku dengan harga RM 10-15, dulu sampai RM 20.
21. Jangan mudah percaya dengan alat kononnya boleh menjimatkan minyak, mungkin boleh merosakkan sistem enjin anda.
22. Servis aircond anda setiap 2 tahun, aircond anda akan tahan lama. Cari kedai yang pakar servis aircond, biar harga mahal sikit. Saya servis aircond di Tampoi, RM 90 tapi aircond saya tak pernah rosak sejak beli dan sentiasa sejuk. Jangan sampai aircond anda rosak, boleh mengakibatkan anda rugi wang sehingga RM 1000 kalau aircond anda rosak terus.
23. Kalau gas aircond anda habis, jangan buka aircond, boleh merosakkan alat-alat lain.
24. Jangan pakai ekzos besar yang bunyi bising, kuat minyak.
25. Waktu anda servis, pastikan ada catatan kilometer untuk servis seterusnya. Kalau ada minyak lebih, sila simpan, 4 kali servis, boleh dapat lebihan minyak untuk sekali servis minyak percuma.
26. Pilih insuran yang murah untuk perlindungan insuran yang berpatutan. Jangan meletakkan nilai kereta anda terlalu tinggi kalau beli insuran, ikut nilai pasaran, ini akan merugikan bayaran untuk insuran anda. Kalau boleh, buat sendiri insuran kalau anda ada geran (sebab itulah untung beli kereta tunai, ada geran). Kalau geran anda pada bank, buatlah apa-apa alasan supaya anda dapat geran, lepas tu jangan pulang pada bank.
27.Jangan bawa banyak muatan yang tak perlu dalam bonek kereta. Kereta jadi berat. Jangan jadikan kereta anda store, minyak banyak.
Sedikit sebanyak tips untuk dikongsi bersama........
***********************************************************

1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi. Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.
2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Perkara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh pekerja stesen pam minyak. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan.
Walau bagaimanapun jangan bubuh airnya berlebihan dari paras yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itu melimpah dan mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi. Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam didalam bateri sahaja yang ditenggelami air.
3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik - baking powder) dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini dibubuh atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.
4. Kuatkan kuasa bateri menggunakan battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat bateri yang terdapat dikedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja.
Air bateri yang dijual dikedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari terkena pakaian atau kulit anda. Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik kedalam bateri.
CARA MENGHIDUPKAN KERETA KETIKA BATERI LEMAH
Cara ini memerlukan sepasang wayar. Wayar ini mesti kasar seperti wayar bateri serta berukuran antara 20 hingga 25 cm panjang dan dipasangkan klip dihujungnya. Seelok-eloknya satu berwarna merah dan satu lagi hitam. Anda juga perlu seorang rakan yang berkereta dan mempunyai bateri yang baik.
PERTAMA sekali, sambung wayar hitam daripada terminal negatif (-) dari bateri anda kepada terminal negatif bateri rakan anda (tanpa menanggalkan keluar kepala bateri atau mana-mana bahagian bateri daripada kereta).
KEDUA, sambung wayar merah daripada terminal positif (+) dari bateri anda kepada terminal positif bateri rakan anda.
KETIGA, hidupkan kereta anda seperti biasa.
Akhir sekali, setelah enjin hidup, tanggalkan wayar daripada terminal positif kemudian diikuti dengan terminal negatif.
Menggunakan Cara Tolakan:
Cara ini memerlukan rakan-rakan yang gagah untuk menolak kereta anda. Pertama sekali, pusingkan kunci kereta kepada ‘ON’. Kemudian masukkan gear dua dan tekan klac. Beri isyarat kepada rakan-rakan untuk mula menolak kereta. Bila kereta yang ditolak sudah agak laju, perlahan-lahan lepaskan klac. Insya-Allah enjin itu akan hidup. Untuk perhatian anda, cara ini tidak boleh dilakukan pada kereta yang bergear automatik.

Cara mengekalkan kilauan kereta
Kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.
Tetapi, bagi mereka yang mengambil berat terhadap kereta dan rajin membasuh sendiri, warna kereta anda akan sentiasa menawan, walaupun sudah berusia lima hingga 10 tahun. Malah, usaha anda pasti tidak sia-sia kerana kereta yang sentiasa bersih dan berkilat mempunyai nilai pasaran tinggi apabila dijual semula.
Sesetengah pemilik kereta memang malas atau tidak ada masa untuk membasuh kereta. Mereka sanggup mengeluarkan wang RM5 hingga RM10 sebagai upah mencuci keretanya. Bagaimanapun, jika basuh sendiri, selain berpuas hati, kerja itu adalah satu senaman.
Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur. Ia berkaitan dengan kepekaan anda, sama seperti anda menjaga kesihatan tubuh badan. Yang penting ialah mencuci kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.
Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci sekali dalam masa dua atau tiga minggu. Apabila mencuci kereta, bahan cucian yang digunakan juga perlu dipilih dengan berhati-hati.
Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta.
Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat. Untuk memudahkan cucian, gunakanlah kain lembut atau span. Anda perlu menyiram kenderaan dengan air yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum dikeringkan dengan kain bersih.
Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta yang menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk menjadikan cat kereta lebih berkilat. Bahan pengilat mampu menghapuskan kekotoran yang melekat pada badan kereta. Bagaimana pun, anda perlu memilih bahan pengilat yang sesuai dengan kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau metalik. Teknik mengilat kereta juga harus dipelajari bagi memastikan penggunaan bahan itu selaras dengan harganya. Pastikan bahan pengilat diletakkan pada kain bersih. Selepas itu gosokkan secara sama rata pada permukaan kereta. Sebaik-baiknya anda melakukan gosokan dengan gerakan bulatan. Anda perlu menunggu beberapa minit sehingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar warna keputihan sebelum ia digosok untuk kali kedua.
Panduan paling penting ialah jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan. Tidak dapat dinafikan ramai pengguna tertipu membeli bahan pengilat dan syampu pencuci yang berkualiti rendah. Bahan yang bermutu rendah mempunyai kesan sampingan seperti merosakkan warna serta menyebabkan permukaan bercalar.
Selalunya, pemilik kereta hanya menumpukan perhatian terhadap penjagaan bahagian luaran kereta. Mereka sering kali meninggalkan bahagian dalam kereta yang turut mencerminkan kebersihan sesebuah kereta.
Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk. Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia boleh meninggalkan kesan karat yang teruk. Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin. Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ji

embersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air terutama akibat pancutan air yang kuat.