CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

KHASIAT & PENAWAR AL-QURAN



SURAH AL-WAQIAH KUNCI REZEKI

 Ramai antara kita mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan seharian. Pendek kata rezeki selalu sempit

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-Quran setiap hari kerana ianya adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Slain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca al-Quran, zikir dan berdoa juga diperlukan.

 Berikut adalah cara yang paling mudah dengan mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut:-

PERTAMA,
Membaca secara rutin setiap malam samada selepas solat maghrib atau sesudah Isyak.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa membaca surah al-Waqiah setiap malam maka 
tidak akan tertimpa kesulitan selamanya"
(walaupun ada ulama yang mentafsirkan haddis ini dalam ketagori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya)

KEDUA,
Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam.

KETIGA,
Membaca 3 kali selepas Subuh dan 3 kali waktu malam.

KEEMPAT,
Membaca surah al-Waqiah sebanyak 14 kali selepas Asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat, terutamanya rezeki.

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkan walaupun sehari. Bacalah dengan tertib dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan membeerikan penceraha pada minda kita.

Doa sesudah membaca surah al-Waqiah
(Erti doa surah al-Waqiah)

"Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepadaMudengan hak surat Waqiah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaklaah engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana engkau memudahkan kepada kebanyakkan makluk Mu, Ya Allah, Tuhan semesta alam. 
Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezki kerana Engkau sebaik-baik pemberi rezeki. 
Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah. jka rezeki kami tidak ada, maka ketemukanlah. jika rezeki kami sulit, makan mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan kurniaan-Mu dan kemurahhan-Mu dengan rahmatMu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang."

Disamping mengamalkan ssurah al-Waqiah ini, ibadah wajib jangan ditinggalkan manakala perkara kemungkaran hendaklah ditinggalkan.





 

MENGURANGKAN RASA LAPAR DENGAN AL-FATIHAH

Apabla satu ketika dalam keadaan perjalanan jauh atau tersesat di suatu tempat yang tidak dijumpai oleh seseorang pun, selepas itu kita berasa amat lapar, maka peerlulah mengamalkan surah 
al-Fatihah ini. Kerana ianya mempunyai khasiat  untuk mengurai atau menghlangkan rasa lapar.

Khaifiatnya, mula-mula ambillah selembar daun tumbuh-tumbuhan yang tidak berbisa atau tidak mengandungi racun, lalu bacakanlah ayat yang berbunyi,

"ghairil maghdhuubialaihim"

Selepas itu, makanlah daun itu. Mudah-mudaha dengan izin ALLAH, hilanglah atau berkuranglah perasaan lapar dan haus yang sedang dirasakan, insya-Allah. 

UNTUK MEMURAHKAN REZEKI


Tidak ada orang yang ingin hidup susah. setiap kita ingin supaya rezeki kita murah, makan minum mencukupi. Lalu bagaimana cara malaikat pembawa rezeki sering menziarahi ke rumah kita? Sukakah anda dikunjungi malaikat rembawa rezeki buat kita? sudah tentu suka bukan? Khaifiatnya tidaklah sukar asalkan ada kemahuan melakukannya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Khaifiatnya ialah :

1. himpinkan beberapaa jenis benda : butiran gabah, butiran jagung, bawang putih, kacang panjang, paalawija, sebutir biji delima, sebutir biji pisang batu, satu ulas bawang merah dan wang syiling. semua ini diambil sekadar mencukupi selepas itu maasukkan ke dalam tin atau bejama yang seumpanya dengannya.

2. Bacalah ayat Kursi di samping beenda-benda tersebut, dengan bacaan yang betul serta fikiran yang kusyuk. 

3. Selepas itu bacalah ayat dari surah al-Baqarah ayat 261.

4. Setelah itu letakkan tin tersebut di tempat tidur. Mudah-mudahan dengan izin Allah melaikat pembahagi rezeki akan beerziarah ke rumah anda dan memudahkan urusan kerjaya anda.

5. Setiap hari Jumaat anda hendaklah membaca surah Al-Fatihah dengan niat seperti berikut:

Pertama : dihadiahkan kepada Rasulullah saw

Kedua : di hadiahkan kepada syeikh abdul Qadir al-Jilani.

Ke tiga : Di hadiahkan kepada kaum Muslimin, para guru dan orang yang pernah mengajar anda.

Keempat : baca surah an-Nas , al-Falaq, al-Qard dan selawat masing-maassing sebanyak 3 kali.

Kelima : beertahlil sebanyak 100 kali.

keenam : lalu akhiri degan mengucapkan selawat.



MENCERDASKAN AKAL FIKIRAN

Penuntut, mahasiswa atau pelajar yang ingin supaya cerdas akal fikirannya, eloklah memanfaatkan khaisat yang ada dalam surah al-Fatihah ini. Mudah2han mereka mudah menerima pelajaran dan tidak mudah lupa apa yang telah dipelajari.



Mula2 bacalah surah al-Fatihah dengan kusyuk dan 
dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Amalan ini dilakukan selama 7 hari berturut-turut. Caranya bacalah surah al-Fatihah sebanyak 70 kali, selepas itu hembus dalam air yang bersih dan minum. In sya Allah fikiran menjadi terang dan akal menjadi jernih dan cerdas untuk menerima pelajaran atau naasihat.

KHASIAT SURAH SABA' (SABA')

Barang siapa yang membaca surah ini maka terselamatlah ia dari segala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

KHASIAT SURAH AL-AHZAB (GOLONGAN-GOLONGAN)

Barang siapa yang membaca ayat 45 hingga 48 dari surah ini nascaya akan mendapat kehormatan dan kemuliaan sejati.
Barangsiapa yang membaca ayat 60 hingga 66 dari ayat ini nascaya ALLAH akan membinasakan musuh-musuhnya. 


KHASIAT SURAH AS SAJ DAH (SUJUD)

Barang siapa membaca ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas anak-kanak yang baru lahir , nascaya akan terhindar dari segala penyakit jasmani dan rohani.


KHASIAT SURAH SHAAD (SHAAD)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nascaya akan mendapat kebahagiaan sejati.

KHASIAT SURAH LUQMAN (LUQMAN)

Barangsiapa membacanya, nascaya dia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut.
Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nascaya akan selamat dari bencana banjir.

KELEBIHAN SURAH AR-RUM (RUM)

Barangsiapa yang membacanya nascaya ALLAH akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.


KHASIAT SURAH AL-ANKABUT (LABAH-LABAH)

Barangsiapa yang membacanya, nascaya demamnya akan sembuh.
Barangsiapa yang membacanya, nascaya akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
KELEBIHAN SURAH AL-QA-SHASH (CERITA)

Barang siapa yang membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nascaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.
 Barangsiapa yang membaca ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nascaya oraknya akan cergas, akanya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

SURAH AN-NAML (SEMUT)

Barang siapa membacanya nascaya nikmat-nikmat ALLAH akan kekal kepadanya.


KHASIAT SURAH AS-SYURA (AHLI-AHLI SYAIR)

Barang siapa yang membaca ayat 130 dari surah ini sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit binatang berbisa nascaya akan hilang bisa-bisa itu.

SURAH AN-NUUR (CAHAYA)

Barangsiapa membacanya, nascaya dia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk.
Barangsiapa yang membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum solat Asar nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

KELEBIHAN SURAH AL MUKMINUN (ORANG-ORANG MUKMIN)

Barang siapa yang membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nascaya dia tidak akan meminumnya lagi.
Barang siapa yang membaca ayat 28 dari surah ini, nascaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

SURAH AL HAJ (HAJI)

Barang siapa membacanya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

KHSIAT SURAH AL ANBIYA (NABI-NABI)

Barang siapa yang membaca ayat 83 dari surah ini , nascaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi ALLAH swt.

KHASIAT SURAH TAAHAA (HAI MANUSIA)

Barang siapa yang membacanya nascaya ALLAH akan mengurniakannya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. 
Barang siapa membaca ayat 25 hingga 28 dari surah ini sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari seepaas sembahyang subuh nascaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna. 


KELEBIHAN SURAH YAASIN

Nabi Muhammad saw bersabda:
"Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran ialah Surah Yaasin"
Hadith yang lain mengatakan:
"Barangsiapa yang membaca surah Yaasin kerana Allah, nascaya semua dosanya akan terampun kecuali syirik."
Dalam satu hadis lain, baginda saw bersabda:
"Handaklah kamu membaca surahYaasin ke atas pesakit-pesakit yang menghadapi Sakaratul Maut, nascaya ALLAH akan meringankan kekerasan Sakaratul Maut itu"
Dalam satu hadis lain, baginda saw bersabda:
"Aku ingin ebnar agar surah Yaasin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku"


KELEBIHAN SURAH AL-FAATHIR (PENCIPTA)

Barang siapa yang membaca ayat 29 dan 30 dari surah ini, nascaya ALLAH akan membekati  perniagaannya.
KELEBIHAN SURAH MARYAM


Barangsiapa yang membacanya nascaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.


KELEBIHAN SURAH KAHF (GUA)

Barangsiapa yang membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
Barang siapa yang membacanya di malam jumaat, nascaya akan mendapat rezeki murah.


KELEBIHAN SURAH BANI ISRAIL (ANAK-ANAK ISRAIL)

Barang siapa yang membacanya ke ataas air, lalu diberi munum kepada orang yang bercakap gagap, insyaallah akan hilang gagapnya itu.
Barangsiapa yang membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan  nascaya akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya. 


KELEBIHAN SURAH IIIJ'R (BATU GUNUNG)

Barangsiapa yang membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nascaya anak kandungannya itu akan selamat dari gugurnya. 

KELEBIHAN SURAH IBRAHIM

Barang siapa yang membaca ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan syirik dan bida'ah.


KELEBIHAN SURAH AR-RA'D (PETIR)

Barang siapa membaca aat 13 dari surah ini, nacaya ia akan terselamat dari petir.
Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

KHASIAT SURAH YUSUF

Barangsiapa membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
Barangsiapa yang membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barangsiapa yang membaca ayat 68 dari surah ini nescaya ALLAH akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

RAHSIA SURAH AL-HUD (HUD)

Barangsiapa membaca surah ini, nascaya dia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan jiwa.
Barangsiapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nascaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang liar.
Barangsiapa yang membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali, selepas selesai solat fardhu nascaya akan mendapat ketetapan hati.

RAHSIA SURAH YUNUS (YUNUS)

Barangsiapa yang membaca ayat 31 dari surah ini, ke ataas perempuan yang hamil, nascaya dia akan dicintai dan di hormati oleh sekalian manusia.
Barang siapa yang membaca ayat 64 dari surah ini, nascaya dia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.


RAHSIA SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (PEMUTUS PERHUBUNGAN)

Barangsiapa membacanya nascaya akan terselamat dari kemunafikan dan akan mencapai hakikat iman.
Barangsiapa yang membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat perniagaan, nascaya akan maju perniagaannya itu.


KHASIAT SURAH AL-ANFAL (RAMPASAN) 

Barangsiapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nascaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.


KHASIAT SURAH AL-A'RAAF (BENTENG TINGGI)

Barang siapa yang membaca ayat 23 dari surah ini selepas tiap-tiap silat fardhu, lalu beristighfar pada ALLAH nascaya akan terampun segala dosanya.
Barangsiapa yang membaca ayat 47 dari surah ini ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta akan mendapat rahmat ALLLAH.


KHASIAT SURAH AL-AN'AM (BINATANG TERNAK)

Barangsiapa membacanya sebanyak 7 kali, nascaya akan terhindar dari segala bala bencana.
Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini dibaca oleh penumpang kapal,ia akan terselamat dari karam atau tenggelam.

SURAH AL-MAIDAH (HIDANGAN)

Barang siapa yang membaca ayat yang ke-7 dari surah ini sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut insyaallah akan terselamat dari was-was semasa wudhuk dan sembahyang.
Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 ke atas air lalu diberi minum pada orang yang bercakap dusta, nascaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.

RAHSIA SURAH AN-NISA' (PEREMPUAN)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini nascaya, ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.


KHASIAT SURAH ALI-IMRAN (KELUARGA IMRAN)

Barang siapa yang membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nascaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.