19 HADITH NABI MENGENAI WANITA
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah saw akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seorang perempuan mula sakit-sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad ke jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail as.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam Syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata: "Au bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah saw, "Suaminya."Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah saw,"Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau, dua orang ibubapa mu, maka jawablah panggilan ibu mu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepad asuaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat untuk suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisap.
16. syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama-sama anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi saw) di dalam syurga.
18. Barang siapa yang mempunyai 3 orang anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 orang anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah ra, barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
No comments:
Post a Comment