ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW
Daripada Abdul Rahman bin Samurah ra, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan....
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh BERKAT WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikurumi oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya olah malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali diaa hendah mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah PAHALA PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia berasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang, dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNA sambil ke kumpulanku, seraya duduk di sebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri dalam keadaan bingung, maka datanglah PAHALA HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada temat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin, tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaramereka dengannya.
9. Aku melihat sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma PAHALA SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dai bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW :
"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
No comments:
Post a Comment