CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday 1 July 2012

RAHSIA SURAH AT-KAUTSAR

RAHSIA SURAH AT-KAUTSAR

Surah ini paling pendek hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Mekah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah yang menghibutkan hati Nabi Muhammad saw kerana diturunkan ketika Nabi bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan iaitu:

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa mudah-mudaha ALlah makbulkan  doa kita.

2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosoklah di leher, insyaallah akan hilang dahaga.

3. jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini 10 x pada mata.

4. jika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH swt bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5. Jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah.

6. jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut kusyuk ketika menunaikan solat.

7. jika orang teraniaya dan terpenjara bacakan sebanyak 71x  ALLAH swt akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah dan dizalimi. Insyallah. 

No comments:

Post a Comment