SIAPAKAH ORANG ITU?
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman as.
Siapakah orang yang paling manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis ialah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata
Inna lilah hu wainna ilai hiraajiun.
Lalu sambil berkata:
"Ya Rabbi aku rela dengan ketentuanMu,
sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mengumpulkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujna mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi menyempitkan?
Orang yang mempunyai rumh yang sempit lagi menyempitkan ialah orang yangmati dna tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya meghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal ialah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah orang yang paling kedekut?
Orang paling kedekut adalah orang yang membiarkan ilmu ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada para sahabat yang lain.
Wassallam
No comments:
Post a Comment