CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, 18 June 2012

HIKMAT AL-FATIHAH


HIKMAT ALFATIHAH

PENDAPAT AL-ALLAMAH IBNU QAYIEM

Setiap penyakit pasti ada ubatnya melainkan apabila sampai ajalnya tidak ada jampi serapah dan tangkal azimat yang berguna. Walaupun begitu, saya dapati dalam
al-Fatihah terdapat beberapa kesan yang sngguh menghairankan.
iaitu:
Masa saya tinggal di Mekah, saya telah mendapat penyakit, tidak ada doktor yang dapat mengubatinya. di sinilah mulanya saya mengubati diri saya dengan al-Fatihah.
Bukan sahaja yang saya mengamalkan sendiri, tetapi saya ajarkan kepada beberapa kawan saya dan sahabat-sahabat yang mengidap bermacam-macam penyakit brubat dengan al-Fatihah, maka mereka pun sembuh dengan cepat dengan izin ALLAH.
Padapendapat saya, satu-satu amalan dari ayat Al-Quran itu, ialah terpulang pada semangat orang yang mengamalkannya, jika penuh kpercayaannya terhadap satu-satu ayat, bertauhid dan berserah kepada Tuhan, memang ayat itu akan memberi kesan dengan izin ALLAH.

AL-FATIHAH SERIBU FAEDAH

Sesiapa yang mengekalkan membaca al-Fatihah diantara solat sunat Subuh dengan Fardhu subuh sebanyak 41 kali, tidak ia:

> meminta pangkat melainkan ia dapat

> ia miskin melainkan jadi kaya

> ia berhutang melainkan dibayar ALLAH hutangnya

> ia sakit melainkan disembuh A LLAH

> ia lemah melainkan dikuatkan ALLAH

> ia berdagang di negeri orang melainkan dimuliakan, dikasihi dan disampaikan
cita-cita

JAMPI FATIHAH


Berkata beberapa ulama temasuk beberapa orang murid kepada Al Sheikh Al Tamimi menyatakan:

Satu masa penyakit taun dan wabak menyerang neger Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa banyak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari.
Lalu Tuan Ali Al Sheikh Al Tamimi meminta sahabat dan anak muridnya membacakan al-Fatihah ke atas sesiapa yang dihinggapi penyakit taun dan wabak tersebut. 
Maka kami pun membaca dan meniupkan ke atas orang-orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itupun sembuh dan penyakit itu berkurangan.
Begitu juga, sesiapa yang membaca al-Fatihah 41 kali ke atas orang sakit setelah dihembuskan kepadanya, Insyaallah sihat walafiat.

 AL FATIHAH MENGEMBALIKAN PANGKAT

Sesiapa yang dipecat dari pekerjaan atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukalah ia kembali kepada pangkatnya
Hendaklah ia membaca al-Fatihah sebnyak 41 kali diantara solat sunat subuh  dan Fardhunya selama 40 hari.
Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca.
Insyaallah kembalilah pangkatnya semula, atau dapat menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada kudrat ALLAH.


AL FATIHAH MENDAPAT ZURIAT
Sesiapa yang madul dan tidak mendapat zuriat selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapatkan zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan atau membaca surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah peraturanseperti ini, iaitu
Hendaklah ia membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara solat sunat subuh  dan Fardhunya selama 40 hari.
Insyaallah ia akan mendapat zuriat yang saleh lagi baik.

AL FATIHAH DI ATAS KAPAS
Sesiapa yang membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan di atas sekeping kertas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa apa penyakit kulit. Akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin ALLAH.

AL FATIHAH DINDING SEMASA TIDUR
Sesiapa yang membaca al-Fatihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudia ia membaca surak al-ikhlas, surah al falaq dan surah an-nas.
Terselamat ia dari kejahatan dan mudharat, serta menjadi dinding dari hantu syaitan yang akan merasuk ketika tidur.









No comments:

Post a Comment