CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, 25 June 2012

KEBERKATAN SURAH YAASIN

KEBERKATAN SURAH YAASIN

UNTUK KESELAMATAN DIRI, YANG SUSAH MENJADI SENANG.

Ayat 1-9: Untuk keselamatan diri.

Ayat 9: Orang jahat tidak nampak kita terutamanya orang kafir.

Ayat 12 : Merupakan jantung Yaasin. Raululah saw berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13-35: Mengisahkan orang-orang yang matu syahid.

Ayat 22-23: Untuk menjaga aqidah. Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29: Sebagai amaan mengelakkan diri daripada difitnah dan jahat mulut.

Ayat 29: Untuk digunakan jika kita rasa orang aniaya kita. Lebih elok dibaca disemburkan ke muka orang itu.

Ayat 30: Untuk keinsafan. supaya dapat dipertemukan dengan ALLAH swt (baru berada di hati-beramal dengan-NYA)

Ayat 32: Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya-ingat segalanya datang dari ALLAH swt. Kita umat Muhammad saw, kita orang ISLAM dan lain-lain.

Ayat 33-35: Elok dijadikan amalan pada sesiapa yang menanam pokok. Tanaman akan menjadi subu 39r.

Ayat 36: Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan kepada sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh. Caranya- hembuskan dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keuar rumah.

Ayat 37: Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38: Mengisahkan pada bulan dan matahari pun sujud pada ALLAH swt yang satu.

Ayat 39: Megisahkan ilmu falaq.

Ayat 40: Merupakan kenyataan ALLAH swt yang satu.

Ayat 41: Mengisahkan Nabi Nuh as naik kapal. Elok dibaca sebelum menaiki kapal.

Ayat 44: Mengisahkan keseronokkan hidup di dunia. Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45-48: Mengisahkan kedegilan orang kafir kepada ALLAH swt. 

Ayat 49: Menceritakan tentang akhirat dan kehidupannya. Tiupa pertama datang dengan tiba-tiba. Tiupan Kedua-hancur. Tiupan ketiga- semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang mahsyar.

Ayat 50: Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58: Merupakan salam daripada ALLAH swt. Jika sakit kepala, bacakan dan sapukan ke kepala. Ulang sebnyak 3 kali.

Ayat 76: Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 78-79: Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa-bermula dari ayat yang bermaksud,
"Dia berkata, siapalah yang dapat menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur."
 Bacalah jika sakit tulang, urat atau patah tulang. Doktor di hospitalpun bertanyakan hal ini dan Dr Fatimah memberikan ayat ini.

Ayat 79: "Katakanlah yang menghidupkan ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan dia yang Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82: Untuk hajat-jika berhajat sesuatu, bacalah 100x . Dibacakan ke atas air minuman dan diminum selama 40 hari. Boleh jadi penawar. Jika airnya habis, diulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut.
Baca pada air 100x dan berdoa apa sahja hajat.




CARA BAGI MENGELAKKAN KENDERAAN DARI BERLAKU KEMALANGAN

CARA UNTUK MENGELAKKAN KENDERAAN DARI BERLAKU KEMALANGAN

Untuk mengelakkan kenderaan dari berlanggar atau kemalangan, sila lakukan seperti beerikut:

1. Sediakan air satu bekas.

2. Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan surah An-Nas 3 kali. Setiap 3 kali dibaca ayat yang diterangkan, hendaklah ditiupkan ke dalam air.

3. Setelah melakukan perkara yang disebutkan diatas, siramlah air itu ke atas kereta kita dengan memulakannya dari arah berikut:-

> Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
> Dari depan ke kiri.
> Dari kiri ke belakang.
> Dari belakang pusing sehingga ke tempat duduk pemandu.

Apabila ana melakukan seperti yang ditunjukkan di atas, Insyaallah anda tidak akan menghadapi kemaanganyang besar, di samping berdoa dan bertawakal kepada ALLAH.

Perhatian: Perkara yang disebutkan di atas hanya peerlu dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.

Thursday, 21 June 2012


KISAH GOLONGAN MASUK SYURGA TANPA DIHISAB

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan
manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka
ialah ;

1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan
sebarang perkara yang membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya
di jalan Allah tanpa riya.

Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki
syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi
mereka.

Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid,
 “Apakah yang telah
kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke
syurga?”

Berkata orang yang mati syahid,
 “Aku telah terbunuh dalam peperangan
kerana mencari keredhaan Allah.”

Berkata Jibrail A.S.,
 “Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala
orang yang mati syahid?”

Orang yang mati syahid menjawab
,”Aku mendengar daripada alim ulama.”

Berkata Jibrail A.S. lagi, “Jagalah kesopanan, jangan kamu
mendahului guru yang mengajar kamu.”

Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji,
 “Apakah
yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk
ke syurga?”

Berkata yang berhaji,”
Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana
Allah.”

Berkata Jibrail A.S.,
 “Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala
haji?”

Berkata yang berhaji,
 “Aku mendengar dari alim ulama.”

Berkata Jibrail A.S. lagi,
 “Jagalah kesopananmu, jangan kamu
mendahului guru yang mengajar kamu.”

Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula,
“Apakah yang kamu lakukan
sewaktu kamu di dunia dulu?”

Menjawab si penderma,
 “Aku telah banyak menderma semata-mata untuk
mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.”

Jibrail A.S. berkata lagi,
 “Siapakah yang memberitahumu tentang
pahala orang yang menderma kerana Allah?”

Berkata si perderma,
 “Aku mendengarnya dari para alim ulama.”

Maka Jibrail A.S. pun berkata,
“Jagalah kesopananmu, jangan kamu
mendahului guru yang mengajar kamu.”

Kemudian orang alim berkata,
“Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku
menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan
kebaikan orang yang dermawan itu.”

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud
, “Telah benar kata si
alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu.
Kemudian barulah orang-orang lain masuk.”

Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda,
“Keutamaan orang alim di atas
ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling
rendah di antara kamu.”

Allah S.W.T. berfirman, maksudnya,
 “Aku Maha Berilmu dan Aku suka
kepada orang yang berilmu.”

Al Hassan r.a. berkata,
 “Tinta para ulama itu ditimbang pada hari
kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama
akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada.”

Rasulullah S.A.W. bersabda,
 “Jadilah engkau orang alim (yang
mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar
(pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan
rosaklah engkau.”

Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
“Amal apakah yang paling
utama?”

Rasulullah S.A.W. menjawab,
 “Berilmu tentang Allah.”

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi,
“Sesungguhnya Allah S.W.T telah
menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan dari
lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu:

1. Wajah yang manis dan berseri-seri.
2. Tutur kata yang bersopan.
3. Hati yang bertaqwa kepada Allah.
4. Tangan yang dermawan.

Empat perkara bagi penghuni neraka:

1. Muka yang muram.
2. Tutur kata yang keji.
3. Hati keras yang engkar.
4. Tangan yang kedekut (bakhil).



Sabda Rasulullah S.A.W., “Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan
empat perkara:

1. Dengan berilmunya para ulama.
2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah.
3. Dengan orang kaya yang dermawan.
4. Dengan doanya orang yang fakir.”


Wednesday, 20 June 2012

PANDUAN IMAM AL GHAZALI SUPAYA KITA TIDAK BERSIFAT SOMBONG DAN ANGKUH

SIFAT IMAM AL GHAZALI SUPAYA KITA TIDAK BERSIFAT SOMBONG DAN ANGKUH

Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah knak-kanak itu lebih mulia dari kita,
kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia labih mulia dari kita
 kerana dia sudah lama beribadat.

Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia dari kita,
kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka labih mulia dari kita
kerana mereka berbuat dosa dalam kejahilan
sedangkan kita beerbuat dosa dalam keadaan mengetahui.

Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia
kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Apabila bertemu dengan orang kafir, katakanlah dalam hati bahawa
mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh ALLAH dan akan memeluk ISLAM.
Maka segala dosa mereka akan diampunkan ALLAH.

Tuesday, 19 June 2012

JENIS-JENIS HADIS

JENIS-JENIS HADITH
Pada awal perkembangan Islam, al-Hadis telah diriwayatkan secara lisan/ingatan dan selepas kira-kira 100 tahun kemudian ianya dikumpulkan dan dibukukan oleh para penyelidik hadis. Hasil daripada pengumpulan tersebut, Hadis terbahagi pula kepada beberapa bahagian mengikut riwayat/periwayatnya:

 HADIS MUTAWATIR
Hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai menyampai perkhabaran (AL-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya.

HADIS MASHYUR
Hadis utama yang diriwayatkan dari berbilang periwayat al-Hadis. iaitu sekurang-kurangnya 3 sanad ( jalan ke punca al-Hadis) atau tiga periwayat hadis yang berbeza.

HADIS SAHIH
Hadis yang beerhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut:

> Adil
> Kat ingatannya
> Sejahtera dari keganjilan
> Sejahtera dari kecederaan yang memburukkan

HADIS HASAN
Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti al hadis sahih, tetapi mereka  tidak mempunyai ingatan yang kuat.

HADIS DHO'IF
Hadis yang tidak diketahui periwayat ataupun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat hadis sahih atau hasan.

HADIS MARFUK'
Hadis yang diriwayatkan bersandarkan kepada keinginan Nabi saw sendiri, sam ada ucapan, perbutan atau pun takrirnya.

AL HADIS MAUQUF
Merupakan kepatuhan atau perkataan sahabat sendiri yang diriwayatkan kepada kita.

AL HADIS MURSAL
Merupakan perkataan yng diucapkan oleh tabie (mereka yang tidak peernah bertemu Nabi saw) secara langsung atau secara terus kepada Nabi saw dengan tidak melalui perantaraan sahabat.

AL HADIS MUTTASIL
Hadis yang berhubung/bersambung sanadnya dan setiap mereka dan setiap mereka yang meriwayatkannya mendengar teerus dari orang yang meriwayatkan kepadanya sehingga sampai kepada Nabi Muhammad saw atau kepada para sahabat.

HADIS MAHFUZ
Hadis yang terpelihara, iaitu mereka yang meriwayatkan Al-Hadis tersebut, adalah mereka mempunyai kepercyaan yang tidak bertentangan kepercayaan dengan kepercayaan terhadap golongan lainnya (tidak ada kepentingan peribadi)

HADIS JAIYID
Hadis yang dikatakan baik dari sahih oleh ahli atau para penyelidik al-Hadis

HADIS MUJAWWAD DAN TSABIT
Merupakan nama lain bagi al-Hadis Sahih dan Hasan

HADIS MAUDHUK'
Hadis yang diriwayatkan oleh mereka yang menduskannya dari Nabi saw pada halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai hadis palsu. (Diriwayatkan berdasarkan kepentingan tertentu)

   




4 PERKARA ANTARA NASIHAT IMAM SHAFIE

4 PERKARA ANTARA NASIHAT IMAM SHAFIE

4 perkara untuk sihat
> Makan daging
>Memakai haruman
> Kerap mandi
>Berpakaian yang diperbuat daripada kapas

4 perkara melemahkan badan
>Terlalu banyak mengadakan hubungan kelamin
> Selalu cemas
> Banyak minum air ketika makan
> Banyak makan bahan makanan yang masam

4 perkara menajamkan mata
>duduk menghadap kiblat
> Bercelak sebelum tidur
>Memandang yang hijau
> Berpakaian bersih

4 perkara merosakkan mata
> Memandang najis
> Melihat orang yang mati dibunuh
> Melihat kemaluan
> Membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran
> Tidak banyak berbual kosong
> Rajin bersugi (berus gigi)
> Bercakap dengan orang saleh
> Bergaul dengan ulama

4 cara tidur
> Tidur nabi. Terlentang smabil berfikir mengenai kejadian langit dan bumi.
> Tidur ulama dan ahli ibadah. Mengiring ke kanan memudahkan terjaga untuk solat malam.
>tidur raja yang haloba. Mengiring ke kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
> Tidur Syaitan. Terlungkup seperti tidurnya ahli neraka.

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD


Ketika Nabi Ibrahim as bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim as bersama Nabi Ismail as bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim as masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim as berkata kepada Nabi Ismail as,
"Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian, Nabi Ismail as pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi ismail as hendak mencari batu, tiba-tiba datang Malaikat Jibrail as memberikaan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail as segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim as.

Nabi Ibrahin as merasa gembira melihat batu yang sangat cantik itu. Beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim as bertanya,
"dari mana engkau dapat batu ini?"
Nabi Ismail as berkata,
"Batu ini kuterima yang tidak membeeratkan cucuku dan cucumu (Jibrail).
Nabi Ibrahim as mencium batu itu lagi dan diikuti Nabi Ismail as.

Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Sesiapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum Muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberi isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat mengatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, kini menjadi hitam seperti yang terdapat sekarang. Wallahu'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail as. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat yang diperkenankan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana Insyaallah doanya akan dimakbulkan ALLAH. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan ALLAH, sebbab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. 

Ingatlah kata-kata Umar Al-Khatab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad),
"Aku tau sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah saw menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukannya (mencium Hajar Aswad)."  

SIAPAKAH ORANG ITU????

SIAPAKAH ORANG ITU?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman as.

Siapakah orang yang paling manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis ialah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata
Inna lilah hu wainna ilai hiraajiun.
Lalu sambil berkata:
"Ya Rabbi aku rela dengan ketentuanMu,
sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mengumpulkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujna mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi menyempitkan?
Orang yang mempunyai rumh yang sempit lagi menyempitkan ialah orang yangmati dna tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya meghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal ialah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yang paling kedekut?
Orang paling kedekut adalah orang yang membiarkan ilmu ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada para sahabat yang lain.

Wassallam



KHASIAT AL-FATIHAH BAGI MENJINAKKAN ORANG

KHASIAT AL FATIHAH BAGI MENJINAKKAN ORANG

Jika ada orang yang sangat marah, bacakan ayat
WALAD-DAALIIN
7 kali dan hembuskan dihadapannya.
Insyaalah hilang kemarahannya dan jadilah ia dari kalangan orang yang jinak dan berbaik-baik dengan engkau.



RAHSIA AL FATIHAH KETIKA TERKEPUNG

RAHSIA AL FATIHAH KETIKA TERKEPUNG

Jika terkepung dalam satu kawasan musuh, ambil segenggam tanah liat dan bacakan ayat
GHAI-RIL-MAGH-DHU-BI-A'LAI-HIM
kemudian hemburka tanah itu kehadapan seteru-seteru itu.
Insyaallah digelapkan ALLAH matanya, mereka tidak nampak dan tidak mendengar, melainkan tergamam sementara dan ketika itu dapat melepaskan diri.

KHASIAT AL-FATIHAH KETIKA TERPUTUS BEKALAN

KHASIAT AL-FATIHAH KETIKA TERPUTUS BEKALAN

Jika masuk ke dalam hutan atau pergi ke mana-mana sahaja, tiba-tiba kehabisan air dan bekalan makanan dan tiada satu barang yang boleh dimakan dari benda-benda yang boleh mengenyangkan.
Maka, ambil daun kayu yang boleh dimamah dan bacakan ayat
ANAMTA-'ALAIHIM
7 kali keatas daun kayu itu. Kemudian daun itu dikunyah sehingga lumat, diperah airnya dan disapukan ke leher. Insyaallah terpelihara dari lapar dahaga.

Monday, 18 June 2012

KHASIAT AL FATIHAH KETIKA SESAT JALAN

KHASIAT AL FATIHAH KETIKA SESAT JALAN

Jika masuk dalam hutan, maka sesat ia dalam perjalanan atau tidak dapat mencari jalan keluar, bacakan sahaja ayat
SIRA-TAL-LAZINA
3 kali dengan sebafas. Kemudian tutup mata kadar satu saat, setelah itu buka mata dan berjalanlah. Insyaallah dapat jalan yang betul.

AL FATIHAH JAUHKAN KEJAHATAN MANUSIA

AL FATIHAH JAUHKAN KEJAHATAN MANUSIA

Jika ada orang yang hendak berbuat zalim, bacakan ayat
IHDINAS-SI-RATAL-MUS-TAQIM
dengan tekad yang benar dan berani lalu hembuskannya kemukanya.
Bacaan itu 3 kali dengan senafas. Insyaallah berubah ia.

AL FATIHAN PADA TANAMAN

AL FATIHAH PADA TANAMAN

Jika hendak menanam padi atau hendka berbendang, maka dituliska ayat
ISYA-KA-NAK-BUDU
pada sekeping kertas dan dimasukkan ke dalam buluh atau botol dan ditutup baik-baik supaya tidak masuk air. kemudian ditanamkan di tengah-tengah bendang atau kebun tersebut. Insyaallah subur dan terpelihara.

KHASIAT AL FATIHAH MEMBUNGKAM BINATANG

KHASIAT AL FATIHAH MEMBUNGKAM BINATANG

Jika bertemu dengan binatang yang garang atau anjing gila, takut kalau anjing itu menggigit, bacakan ayat
WAI E YAKA-NAS TAIN
3 kali senafas dan hembuskan dihadapannya. Insyaallah, boleh melemahkan hatinya.
Ayat ini juga boleh digunakan kepada orang yang garang yang suka membuat gaduh atau memukul orang. Insyaallah lemah hatinya dan terpesung hatinya dari kejahatan.

KHASIAT AL FATIHAH KETIKA MEMBINA RUMAH

KHASIAT AL FATIHAH KETIKA MEMBINA RUMAH

Jika hendak mendirikan rumah baru, tuliskan MALIKIYAUMID DIN pada perak atau emas dan dipahatkan kedalam 4 penjuru tiang rumah itu. Insyaallah terpelihara dari penyakit dan dimurahkan rezekinya oleh Tuhan dan dihampiri Malaikat rumah tersebut.
Demikian juga dipeerbuat pada perahu, kapal atau apa-apa sahaja kenderaan laut, dipahatkan pada laluannya. Insyaallah selamat

AL FATIHAH PADA BINATANG BUAS

AL FATIHAH PADA BINATANG BUAS

Jika terdapat buaya yang ganas di mana-mana anak sungai, tuliskan ayat ARRAHIM pada sekeping timah kemudian dihumbankan ke dalam sungai itu. Insyaallah aman.
Demikian juga dengan adanya harimau tuliskan pada timah dan tanam pada tempat persinggahannya atau tempat lalu lintaasnya. Insyaallah aman.

AL FATIHAH PADA TANAMAN

AL FATIHAH PADA TANAMAN

Jika hendak menanam pokok atau padi dan banyak musuh tanaman itu samada penyakit pokok atau lain-lain yang merosakkan tanaman, maka tulis ayat AR RAHMAN pada mangkuk atau pinggan putih dan dihapuskan dengan air mawar serta dicampur dengan air lain, kemudian disiram pada padi dan tanaman tersebut.
Insyaalah terpelihara dari serangga, tikus dan segala musuh.

CARA MEMBACA SURAH PENDEK DALAM SOLAT

CARA MEMBACA SURAH PENDEK DALAM SOLAT

Jika solat bersendirian, harus untuk membaca apa-apa jua surah walau sepanjang mana sekalipun asalkan ia dalam kemampuan mereka.

Jenis surah 
Nabi saw tidak menentukan mana-mana solat dengan surah tertentu kecuali solat Jumaat, Aidilfitri dan Aidiladha sahaja. Justeru, bebas membaca apa-apa surah bagi solat-solat fardhu.

Kaedah bacaan
Baginda saw membaca surah dengan menghabiskan satu surah dalam solat samada panjang atau pendek. Baginda juga kadang-kadang menggunakan dua rakaat bagi menamatkan satu surah agar tidak terlalu panjang. ada kalanya juga Baginda membaca awal, tengah dan akhir surah. Baginda juga memanjangkan bacaan dalam solat Subuh kerana bacaan ketika itu dipersaksikan oleh para Malaikat (AL-Mughni, jil. 2, hlm. 42).


Membaca surah mengikut tertib surah
Lebih baik membaca mengikut tertib susunan surah al-Quran. Ini kerana susunan itu datangnya dari Allah swt. Malah mendapat athar yang menunjukkan kurang elok mengabaikan susunan tertib surah ini sebagaimana disebutkan daripada Ibn Mas'ud :
"Sesungguhnya ditanyakan kepada Umar al-Khattabra. berkenaan mereka yang membaca al-Quran  yang tidak mengikut susunan (dalam solat).
Jawab Umar:
"Itulah orang yang terbalik hatinya . (Riwayat al-Tabrani)
Bagaimanapun jika ada yang membaca tidak mengikut susunan, ia tidaklah haram. Ini jelas daripada sebuah dalil yang menunjukkan Nabi sendiri pernah membaca tidak mengikut susunan. Justeru, mengikut tertib ini kekal sebagai perkara yang digalakkan dan sunat sahaja.

AYAT PENGASEH AL FATIHAH

PENGASEH AL FATIHAH

Jika dituliskan pada mangkuk ataupun pinggan putih akan ayat RAB-BIL-'ALAMIN kemudian dihapuskan dengan minyak wangi, lalu disapukan pada mukanya, Insyaallah sesiapa yang melihat akan jatuh kasih.
Terutama sekali jika berkehendakkan kepada perempuan, tuliskan ayat itu pada sehelai daun sirih yang bertemu urat dengan air ludah kemudian diberi makan kepada perempuan itu, Insyaallah akan dicintai olehnya.
Wallahhualam bissawab.

HIKMAT AL-FATIHAH


HIKMAT ALFATIHAH

PENDAPAT AL-ALLAMAH IBNU QAYIEM

Setiap penyakit pasti ada ubatnya melainkan apabila sampai ajalnya tidak ada jampi serapah dan tangkal azimat yang berguna. Walaupun begitu, saya dapati dalam
al-Fatihah terdapat beberapa kesan yang sngguh menghairankan.
iaitu:
Masa saya tinggal di Mekah, saya telah mendapat penyakit, tidak ada doktor yang dapat mengubatinya. di sinilah mulanya saya mengubati diri saya dengan al-Fatihah.
Bukan sahaja yang saya mengamalkan sendiri, tetapi saya ajarkan kepada beberapa kawan saya dan sahabat-sahabat yang mengidap bermacam-macam penyakit brubat dengan al-Fatihah, maka mereka pun sembuh dengan cepat dengan izin ALLAH.
Padapendapat saya, satu-satu amalan dari ayat Al-Quran itu, ialah terpulang pada semangat orang yang mengamalkannya, jika penuh kpercayaannya terhadap satu-satu ayat, bertauhid dan berserah kepada Tuhan, memang ayat itu akan memberi kesan dengan izin ALLAH.

AL-FATIHAH SERIBU FAEDAH

Sesiapa yang mengekalkan membaca al-Fatihah diantara solat sunat Subuh dengan Fardhu subuh sebanyak 41 kali, tidak ia:

> meminta pangkat melainkan ia dapat

> ia miskin melainkan jadi kaya

> ia berhutang melainkan dibayar ALLAH hutangnya

> ia sakit melainkan disembuh A LLAH

> ia lemah melainkan dikuatkan ALLAH

> ia berdagang di negeri orang melainkan dimuliakan, dikasihi dan disampaikan
cita-cita

JAMPI FATIHAH


Berkata beberapa ulama temasuk beberapa orang murid kepada Al Sheikh Al Tamimi menyatakan:

Satu masa penyakit taun dan wabak menyerang neger Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa banyak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari.
Lalu Tuan Ali Al Sheikh Al Tamimi meminta sahabat dan anak muridnya membacakan al-Fatihah ke atas sesiapa yang dihinggapi penyakit taun dan wabak tersebut. 
Maka kami pun membaca dan meniupkan ke atas orang-orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itupun sembuh dan penyakit itu berkurangan.
Begitu juga, sesiapa yang membaca al-Fatihah 41 kali ke atas orang sakit setelah dihembuskan kepadanya, Insyaallah sihat walafiat.

 AL FATIHAH MENGEMBALIKAN PANGKAT

Sesiapa yang dipecat dari pekerjaan atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukalah ia kembali kepada pangkatnya
Hendaklah ia membaca al-Fatihah sebnyak 41 kali diantara solat sunat subuh  dan Fardhunya selama 40 hari.
Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca.
Insyaallah kembalilah pangkatnya semula, atau dapat menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada kudrat ALLAH.


AL FATIHAH MENDAPAT ZURIAT
Sesiapa yang madul dan tidak mendapat zuriat selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapatkan zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan atau membaca surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah peraturanseperti ini, iaitu
Hendaklah ia membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara solat sunat subuh  dan Fardhunya selama 40 hari.
Insyaallah ia akan mendapat zuriat yang saleh lagi baik.

AL FATIHAH DI ATAS KAPAS
Sesiapa yang membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan di atas sekeping kertas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa apa penyakit kulit. Akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin ALLAH.

AL FATIHAH DINDING SEMASA TIDUR
Sesiapa yang membaca al-Fatihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudia ia membaca surak al-ikhlas, surah al falaq dan surah an-nas.
Terselamat ia dari kejahatan dan mudharat, serta menjadi dinding dari hantu syaitan yang akan merasuk ketika tidur.