CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, 1 December 2013

SURAH AL-WAQIAH KUNCI REZEKI

SURAH AL-WAQIAH KUNCI REZEKI

 Ramai antara kita mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan seharian. Pendek kata rezeki selalu sempit

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-Quran setiap hari kerana ianya adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Slain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca al-Quran, zikir dan berdoa juga diperlukan.

 Berikut adalah cara yang paling mudah dengan mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut:-

PERTAMA,
Membaca secara rutin setiap malam samada selepas solat maghrib atau sesudah Isyak.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa membaca surah al-Waqiah setiap malam maka 
tidak akan tertimpa kesulitan selamanya"
(walaupun ada ulama yang mentafsirkan haddis ini dalam ketagori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya)

KEDUA,
Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam.

KETIGA,
Membaca 3 kali selepas Subuh dan 3 kali waktu malam.

KEEMPAT,
Membaca surah al-Waqiah sebanyak 14 kali selepas Asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat, terutamanya rezeki.

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkan walaupun sehari. Bacalah dengan tertib dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan membeerikan penceraha pada minda kita.

Doa sesudah membaca surah al-Waqiah
(Erti doa surah al-Waqiah)

"Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepadaMudengan hak surat Waqiah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaklaah engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana engkau memudahkan kepada kebanyakkan makluk Mu, Ya Allah, Tuhan semesta alam. 
Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezki kerana Engkau sebaik-baik pemberi rezeki. 
Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah. jka rezeki kami tidak ada, maka ketemukanlah. jika rezeki kami sulit, makan mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan kurniaan-Mu dan kemurahhan-Mu dengan rahmatMu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang."

Disamping mengamalkan ssurah al-Waqiah ini, ibadah wajib jangan ditinggalkan manakala perkara kemungkaran hendaklah ditinggalkan.


 


KELEBIHAN SELAWAT BUAT RASULULLAH SAW

KELEBIHAN SELAWAT BUAT RASULULLAH SAW

 "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatnya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman beerselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya
Quran (33.56)

Rasulullah saw:
"Orang yang bakhil itu adalah ketika aku disebut disisinya dia tidak mngucapkan selawat ke atasku."
(Hadis riwayat Imam Tarmizi)

Rasulullah saw:
"Ssiapa yaang berselawat atasku, malaikat atas berselawat ke atasnya. Sesiapa yang berselawat atasku SEKALI, Allah akan berselawat atasnya SEPULUH KALI , dihapuskan daripadanya SEPULUH KESALAHAN  dan diangkat baginya SEPULUH DARJAT (sepuluh kebaikan)."

Rasulullah saw:
"Sesiapa yang mengucapkan salam atasku SEPULUH KALI, maka dia seolah-olah memerdekakan seorang hamba."

Rasulullah saw:
"Sungguh akan datang kepadaku beberapa kaum (pada hari Kiamat nanti) yang aku tidak mengenali mereka melainkan dengan banyaknya selawat mereka atasku."

Rasulullah saw:
"Orang yang paling berjaya atas kamu pada kedudukannya nanti di hari kiamat adalah sesiapa di antara kamu yang paling banyak selawat ke atasku."

Sayyidina Abu Bakar ra:
"Selawat ka atas junjungan Nabi Muhammad saw lebih kuat pada menghilangkan dosa-dosa daripada air sejuk yang memadamkan api. Dan salam ke atas baginda lebih utama a dari memerdekakan seoraang hamba."

Daripada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali ra:
"Sesungguhnya doamu terhenti antara langit dan bumi (yakni tidak naik), sehinggalah engkau mengucapkan selawat ke atas Nabimu."

Dan dalam wirid:
"Doa yang dipanjatkan antara dua ucapan selawat ke atasku tidak akan ditolak. Dan sesungguhnya Allah telah mewakilkan ke kuburku satu malaikat yang diberi keupayaan untuk mendengar segala ucapan makhluk. Maka tiadalah seseoang yang berselawat atasku sehingga ke hari kiamat, melainkan sampai kepadaku akan namanya dan nama bapanya:
"Inilah si fulan anak si fulan yang telah berselawat ke atasmu."

Dan telah datang riwayat bahawasanya Allah swt telah mewahyukan kepada Nabi Musa as:
"Keadaanmu yang paling AKU sukai an yang paling hampir padaKu 9yakni hampir dengan keredhaanNYA), adalah ketika engkau memperbanyakkan ucapan selawat ke atas Nabi Muhammad saw."

Dan telah wirid:
"Selawat kamu ke atasku menyebabkan doa-doa kamu diterima, menyebabkan Tuhan kamu redha, menjadi zakat penyucian bagi badan (diri) kamu. Dan sesiapa yang berselawat ke atasku dalam kitab (yakni dengan tulisan atau dengan mengucapkan selawat apabila betemu dengan nama Junjungan dalam sesebuah tulisan), maka sentiasalah para malaikat beristighfar baginya selama mana namaku berada dalam kitab tersebut."

Dan telah diriwayatkan daripada Junjungan saw:
"Selawat atasku adalah NUR"
"Penyuci hati umatku dan pembersihanya daripada kekaratan adalah ucapan selawat ke atasku."

Diriwayatkan daripada Junjungan saw daripada Allah swt (yakni hadis qudsi):

"Wahai Muhammad saw, aku telah menjadikan engkau sebagai satu zikir daripada zikirKU, sesiapa yang menyebutmu maka dia telah berzikir kepadaKU, dan sesiapa yang mencintaimu, maka dia telah mencintaiKU."

Dan dari wirid:
"Sesiapa yang mengucapkan selawat atasku pada hari Jumaat 80 kali, nascaya Allah akan mengampunkan dosanya 80 tahun."

Marilah kita bersama-sama rebutkan pahala berselawat ke atas Nabi Muhammad saw.

SMS DARIPADA RASULULLAH BUAT KAUM MUSLIMIN


Rasulullah saw:
"Isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan bertanggungjawab atas mereka yaang dipimpin."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Rasulullah saw:
"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita padahal kamulah yang teertinggi, jika kamu oraang beriman."
(ali Imran : 129)

Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang banyak beristighfar, Allah swt akan menghilangkan segala kesusahan dan memberikaannya jalan keluar."
(Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah swt, maka dia akan difahamkan tentang agama."
(Hais riwayat Bukhari dan Muslim) 

Rasulullah saw:
"Sesiapapun yang meninggal dalam keadaan suaminya redha, sudah pasti maasuk syurga."
(Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah saw:
"Tolong sampaikan kepada semua kaum wanita yang bertemu dengan kamu bahawa patuh pada suami dan menjaga hak-hak mereka sama pahalanya dengan pahala jihad."
(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah saw:
"Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain, tentu sekali aku menyuruh isteri sujud kepada suaminya."
(Hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim)


Rasulullah saw:
"Sesungguhnya wanita itu umpama tulang rusuk yang bengkok. Bila kamu membiarkannya (bengkok), kamu mempeerolehi manfaatnya dan bila kamu meluruskannya, kamu akan mematahkannya."
(Hadis riwayat at-Thahawi)



SMS RASULULLAH SAW BUAT MUSLIMIN

SMS RASULULLAH SAW BUAT MUSLIMIN

 Rasulullah saw :
"Dunia ini adalah perhiaasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah".
(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah saw:
"Sesungguhnya seluruh dunia adalah benda (kesenangan) dan sebaik-baik benda ialah
 wanita (isteri) yang soleh".
(Hadis riwayat Muslim dan an-Nasai)

Rasulullah saw :
"Setiap wanita itu adalah pengurus sesebuah rumahtangga suami dan akan ditanyakan akan hal itu".
(Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah saw:
"Wanita baik ialah:
> mahu melahirkan anak
> besar cintanya
> pemegang rahsia
> kasih terhadap keluarganya
> patuh kepada suaminya
> beerhias untuk suaminya
> bila bersendirian, dia patuh dengan kehendak suaminya."
(Mafhum hadis)

Rasulullah saw:
"Oleh itu terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadilah dirimu dari orang yang bersyukur."
(al_araf:144)

Rasulullah saw :
"Jika seorang isteeri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa di bulan Ramadhan dan juga menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja yang disukainya."
(Hadis riwayat at-Thabrani)

Rasulullah saw:
"Dan berserahlah engkau kepada Allah, Tuhan yang hidup, yang tidak mati"
(al-Furqan : 58)

Rasulullah saw:

"Jangan tinggalkan solat sunat dua rakaat sebelum Fajar walaupun di belakang kamu ada kuda musuh sedang mengejar kamu."
(Hadis riwayat Ahmad)




Friday, 29 November 2013

SEDEKAH MENGHALANG MUSIBAH

 SEDEKAH MENGHALANG MUSIBAH

Ketahuilah Wahai Muslimin,
bahawasanya SEDEKAH itu adalah salah satu pintu yang melapangkan dada juga PINTU YANG PALING AGUNG. Sedekah juga merupakan pintu yang membuka hati nurani. Seseorang yang gemar bersedekah, akan dibalas oleh Allah atas kebaikan yang dilakukan. Allah swt melapangkan dada, menyenangkan hati kita, memberikan kebahagiaan hidup buat kita, cahaya dan juga keluasan hati nurani dengan kemurahan rezeki di dunia ini. Alangkah ruginya bagi mereka-mereka yang tidak MEREBUT pahala sedekah !!!

Biarpun sedikit, maka bersedekahlah! Jangan difikirkan apa yang telah kita sedekahkan. Bantulah mereka-mereka yang sengsara. Ubatilah yang sakit dan berilah makanan pada yang lapar. In Sya Allah, Allah akan meringankan beban kita, menghilangkan kekusutan kita juga Allah jua akan hlangkan kesedihan kita. 
SEDEKAH 
adalah satu-satunya penawar yang tidak akan ditemui HANYA dalam ISLAM.

Seorang lelaki bertanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak:
"Wahai Abu Abdulrahman! Aku mempunyai rasa sakit dan luka di lutut dan sentiasa berdarah sudah lama sejak tujuh tahun yang lalu. Aku telah menamui ramai doktor (tabib), namun ianya masih juga belum sembuh."

"Carilah tempat dimana ramai orang memerlukan air dan binalah perigi di situ. Harapan ku semoga dengan adanya sumber air itu maka sembuhlah lukamu yang berdarah itu" balas Ibnu Mubarak.

Lelaki itu mengikut nasihat Ibnu Mubarak dan tidak lama kemudian luka lutut lelaki itu sembuh!

Pelik tapi benar!! Ini tidak pelik kerana Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:


"Ubatilah penyakit mu dengan bersedekah!"

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya sedekah itu memadamkan api kemurkaan Allah swt 
dan
 mencegah kematian yang buruk."

AKU RINDUKAN SESEORANG

 AKU RINDUKAN SESEORANG

seseorang yg aku gelarkan sahabat..
bukan kawan, tapi aku anggap dia sahabat...

adakah masa yg menyebabkan dia terlupa akan aku...
adakah perkara2 yg disekelilingnya myebabkan dia terlupa akan aku...
sekali pun aku tak pernah lupa akan dia...


kenapa?
kenapa sekarang sudah begitu jarang...
kenapa sekarang sudah tak lagi seperti sebelumnya...
kenapa? seperti dia mahu menjauhkan diri dari aku...
aku berfikir dan berfikir kenapa? kenapa? dan kenapa?

adakah?

aku ada buat kesalahan yg menyakitkan hati dia?
aku tersilap pertuturan?
atau mungkin dia sudah berjumpa dengan "sahabat" yg lebih baik dariku...
pelbagai kemungkinan...pelbagai andaian...


aku tak sanggup kehilangan...


seorang yg aku gelarkan sahabat...
aku masih menanti dan terus mencari...
dan membuat andaian...
mengapa kau seperti berubah...
aku rindukan sahabat ku...
sekali lagi aku xnak kehilanganmu...
kembali
...aku berdoa......



WAHAI HURAISY...APA YANG ENGKAU CARI...

WAHAI HURAISY? SIAPA YANG ENGKAU CARI?

 Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

" Pada hari kiamat akan keluar seekor binatangdari Neraka Jahanam yang bernama HURAISY yang berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit.

Malaikat Jibrail bertanya.
" Hai Huraisy, engkau hendak ke mana dan siapa pula yang engkau cari?"

Huraisy pun menjawab,
" Aku mahu mencari lima orang....

Pertama, orang yang meninggalkan solat

Kedua, orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

Ketiga, orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di masjid.


Kelima, orang yang gemar meminum arak.