KELEBIHAN SELAWAT BUAT RASULULLAH SAW
Quran (33.56)
Rasulullah saw:
"Orang yang bakhil itu adalah ketika aku disebut disisinya dia tidak mngucapkan selawat ke atasku."
(Hadis riwayat Imam Tarmizi)
Rasulullah saw:
"Ssiapa yaang berselawat atasku, malaikat atas berselawat ke atasnya. Sesiapa yang berselawat atasku SEKALI, Allah akan berselawat atasnya SEPULUH KALI , dihapuskan daripadanya SEPULUH KESALAHAN dan diangkat baginya SEPULUH DARJAT (sepuluh kebaikan)."
Rasulullah saw:
"Sesiapa yang mengucapkan salam atasku SEPULUH KALI, maka dia seolah-olah memerdekakan seorang hamba."
Rasulullah saw:
"Sungguh akan datang kepadaku beberapa kaum (pada hari Kiamat nanti) yang aku tidak mengenali mereka melainkan dengan banyaknya selawat mereka atasku."
Rasulullah saw:
"Orang yang paling berjaya atas kamu pada kedudukannya nanti di hari kiamat adalah sesiapa di antara kamu yang paling banyak selawat ke atasku."
"Selawat ka atas junjungan Nabi Muhammad saw lebih kuat pada menghilangkan dosa-dosa daripada air sejuk yang memadamkan api. Dan salam ke atas baginda lebih utama a dari memerdekakan seoraang hamba."
Daripada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali ra:
"Sesungguhnya doamu terhenti antara langit dan bumi (yakni tidak naik), sehinggalah engkau mengucapkan selawat ke atas Nabimu."
Dan dalam wirid:
"Doa yang dipanjatkan antara dua ucapan selawat ke atasku tidak akan ditolak. Dan sesungguhnya Allah telah mewakilkan ke kuburku satu malaikat yang diberi keupayaan untuk mendengar segala ucapan makhluk. Maka tiadalah seseoang yang berselawat atasku sehingga ke hari kiamat, melainkan sampai kepadaku akan namanya dan nama bapanya:
"Inilah si fulan anak si fulan yang telah berselawat ke atasmu."
Dan telah datang riwayat bahawasanya Allah swt telah mewahyukan kepada Nabi Musa as:
"Keadaanmu yang paling AKU sukai an yang paling hampir padaKu 9yakni hampir dengan keredhaanNYA), adalah ketika engkau memperbanyakkan ucapan selawat ke atas Nabi Muhammad saw."
Dan telah wirid:
"Selawat kamu ke atasku menyebabkan doa-doa kamu diterima, menyebabkan Tuhan kamu redha, menjadi zakat penyucian bagi badan (diri) kamu. Dan sesiapa yang berselawat ke atasku dalam kitab (yakni dengan tulisan atau dengan mengucapkan selawat apabila betemu dengan nama Junjungan dalam sesebuah tulisan), maka sentiasalah para malaikat beristighfar baginya selama mana namaku berada dalam kitab tersebut."
Dan telah diriwayatkan daripada Junjungan saw:
"Selawat atasku adalah NUR"
"Penyuci hati umatku dan pembersihanya daripada kekaratan adalah ucapan selawat ke atasku."
Diriwayatkan daripada Junjungan saw daripada Allah swt (yakni hadis qudsi):
"Wahai Muhammad saw, aku telah menjadikan engkau sebagai satu zikir daripada zikirKU, sesiapa yang menyebutmu maka dia telah berzikir kepadaKU, dan sesiapa yang mencintaimu, maka dia telah mencintaiKU."
Dan dari wirid:
"Sesiapa yang mengucapkan selawat atasku pada hari Jumaat 80 kali, nascaya Allah akan mengampunkan dosanya 80 tahun."
No comments:
Post a Comment