I LOVE NIQOB
Saya ingin kongsikan sedikit jawapan dan penyelesaian buat segelintir masyarakat muslimah yang ingin melangkah jejak untuk berpurdah.
Sebelum saya meneruskan topik ini, andai terdapat sekelumit kesilapan mohon maaf dipinta. Saya cuma menyatakan berdasarkan pengalaman diri sendiri.
Pertamanya, set kan dalam diri, niat berpurdah kerana ianya sunnah. Jika hanya berniat manutup muka itu adalah wajib, jangan teeuskan niat anda. :)
PERTAMA
Ketika makan di tempat awam.
Selalunya, ini menjadi persoalan
utama bagi para muslimah yang ingin memulakan langkah untuk berpurdah.
Saya mengambil cara termudah. Di restoran/pondok di highway, pastikan
cari tempat yang paling tersembunyi di antara semua. Duduk membelakangkan
pelanggan lain. Buka purdah, dan makan. Jika masih kekok, tidak mengapa buka
purdah/niqab tetapi mesti mencari tempat yang tidak terlalu terbuka atau minta
orang lain cover line.
KEDUA,
Di kampung, bersama sanak saudara
Jika menetap di kampung pula,
pastinya saudara mara pulang bersama. Ia tidak menjadi masalah besar. Jika ia
merumitkan, (susah nak buat kerja dapur, sapu sampah etc) tidak perlulah
memakainya ketika didalam rumah.. Tapi pastikan anda mengenakan tudung &
pakaian lain bagi menutup seluruh aurat wajib sahaja.
KETIGA,
Tetamu bertandang di rumah.
Kalau macam di rumah saya, kebiasanya
lelaki
akan makan di ruang tamu, manakala perempuan di dapur. Jadi, tidak
perlulah berpurdah waktu itu. Makanan untuk dihidangkan kepada kaum lelaki,
bolehlah ‘kirim’ pada ayah atau adik beradik
lelaki untuk dihantar ke ruang
tamu. Tidak usah
kita menunjuk muka. Tetapi jika terpaksa juga,
pakailah
purdah.
Soal Istiqamah
Istiqamah membawa maksud berterusan melaksanakan perintah Allah swt. Jadi tidak perlulah kita terlaalu runsing memikirkan soal "aku mahu beeristiqamah dan terus berpurdah" sehingga 24 jam kita berpurdah. Kita berpegang pada hukum sunat memakainya. Jaddi, ambil mudah. Tidak perlu rumit. Apa yang penting, istiqamah dalam menjaga adab dan aurat kita Is Sya Allah sudah memadai. Dalam agamapun tidak terlalu beerkira-kira. In Sya Allah, paasti ada ganjarannya kelak. Hati Yang Ikhlas Pasti Dibalas.
Dalam pada kita berpurdah, ingatlah dalam masa yang sama, kita juga punya seribu satu tujuan lain dan perkara wajib lainnya yang perlu kita titikberatkan. Contohnya soal adab, akhlak dan solat kita. In Sya Allah moga peerubahan pemakaian ini membawa seribu perubahan lain buat si pemakainya.
Bagi saya, istiqamahnya seseorang itu bukannya sejauh mana atau selama mana dia menutup wajahnya dari dilihat ajnabi, tapi yang paling penting sejauh mana dia beramal dengan nilai NIQAB yang dipakainya itu sebagai alat tarbiyah dan berpegang teguh di atas hikmah pemakaiannya. Ini kerana, niqob ini adalah satu metode terbiyah dan bukan sekadar menyembunyikan wajah kita semata-mata.
Bagi saya, istiqamahnya seseorang itu bukannya sejauh mana atau selama mana dia menutup wajahnya dari dilihat ajnabi, tapi yang paling penting sejauh mana dia beramal dengan nilai NIQAB yang dipakainya itu sebagai alat tarbiyah dan berpegang teguh di atas hikmah pemakaiannya. Ini kerana, niqob ini adalah satu metode terbiyah dan bukan sekadar menyembunyikan wajah kita semata-mata.
Jadi, apabila seseorang muslimah telah nekad untuk menjadi niqabis, niat hati kita, tujuan kita paling penting supaya niqabis tidak teertekan dengan sesetengah keadaan dan pertanyaan. Yang paasti, apa yang dilakukan hanya kerana Allah.
Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang datangnya dari kelemahan diri. Mohon maaf buat silent reader niqabis jua bakal niqabus andai salah bicara. Wallahu'alam.
TAHNIAH KEPADA SEMUA NIQABIS
No comments:
Post a Comment