Ketahuilah Wahai Muslimin,
bahawasanya SEDEKAH itu adalah salah satu pintu yang melapangkan dada juga PINTU YANG PALING AGUNG. Sedekah juga merupakan pintu yang membuka hati nurani. Seseorang yang gemar bersedekah, akan dibalas oleh Allah atas kebaikan yang dilakukan. Allah swt melapangkan dada, menyenangkan hati kita, memberikan kebahagiaan hidup buat kita, cahaya dan juga keluasan hati nurani dengan kemurahan rezeki di dunia ini. Alangkah ruginya bagi mereka-mereka yang tidak MEREBUT pahala sedekah !!!
Biarpun sedikit, maka bersedekahlah! Jangan difikirkan apa yang telah kita sedekahkan. Bantulah mereka-mereka yang sengsara. Ubatilah yang sakit dan berilah makanan pada yang lapar. In Sya Allah, Allah akan meringankan beban kita, menghilangkan kekusutan kita juga Allah jua akan hlangkan kesedihan kita.
SEDEKAH
adalah satu-satunya penawar yang tidak akan ditemui HANYA dalam ISLAM.
Seorang lelaki bertanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak:
"Wahai Abu Abdulrahman! Aku mempunyai rasa sakit dan luka di lutut dan sentiasa berdarah sudah lama sejak tujuh tahun yang lalu. Aku telah menamui ramai doktor (tabib), namun ianya masih juga belum sembuh."
"Carilah tempat dimana ramai orang memerlukan air dan binalah perigi di situ. Harapan ku semoga dengan adanya sumber air itu maka sembuhlah lukamu yang berdarah itu" balas Ibnu Mubarak.
Lelaki itu mengikut nasihat Ibnu Mubarak dan tidak lama kemudian luka lutut lelaki itu sembuh!
Pelik tapi benar!! Ini tidak pelik kerana Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
"Ubatilah penyakit mu dengan bersedekah!"
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya sedekah itu memadamkan api kemurkaan Allah swt
dan
mencegah kematian yang buruk."
No comments:
Post a Comment