CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, 14 February 2013

KEUTAMAAN BERZIKIR MEMBACA AL-QURAN

KEUTAMAAN BERZIKIR MEMBACA AL-QURAN

Membaca al-Quran adalah zikir yang terAFDHAL (paling utama) kerana al-Quran merupakan asas ibadah, sumber syariat dan pokok agama. Di dalamnya terkandung, adab tatasusila dan hukum hakam. Ia juga mengandungi sifat-sifat dan perbuatan-NYA. Banyak keistimewaan dan keutamaan yang diperolehi daripada orang yang berzikir atau membacanya.

Antaranya ialah:-

1. Mendapat kemuliaan di Hari Akhirat (Kiamat)
Firman Allah swt dalam surah al-Isra' ayat 45 yang bermaksud,
" Dan apabila Kami membaca al-Quran nascaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan Akhirat, suatu dinding yang tertutup (terkunci) rapat".

2. Mendapat pembelaan di hari Kiamat
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia datang pada hari Kiamat sebagai pembela untuk pembacanya"
(Riwayat Muslim)

3. Sesiapa yang suka membaca al-Quran memahami ertinya dan mempelajari ilmunya, maka ia sebaik-baik orang dan paling utama.
Sabda Raasulullah saw yang bermaksud,
"Sebaik-baik orang diantara kamu ialah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya"

4. Mendapat ganjaran kebaikan. Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda dan bermaksud:
"Sesiapa yang membaca satu huruf sahaja dari kitab ALLAH (al-Quran) maka dia diberi satu hasanah (kebaikan) dan satu kebaikan akan diganjarkan sepuluh kali ganda semacamnya. Saya tidak mengatakan (Alif - Lam - Mim) satu huruf tetap tetapi alif sama dengan satu huruf, Lam sama dengan satu huruf dan Min satu huruf" 
(Riwayat Termizi)

5. Berkumpul bersama malaikat. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Orang yang pandai membaca al-Quran, ia bekumpul bersama malaikat yang mulia dan suci. Dan adapun orang yang membaca dengan secara tersangkut-sangkut (merangkak-rangkak) dan sukar (kerana baru belajar dan ingin sangat membaca), maka untuk dia dua ganjaran (pahala)
(Mutafaqun'alaihi)

6. Dianggap sebagai ahli ALLAH dan dikhususkan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Bahawasanya Allah Taala mempunyai dua ahli dari golongan manusia, iaitu:
Ahli Al-Quran, iaitu mereka adalah ahli Allah dan dikhususkannya"
(Riwayat : Ibnu Majah dan al-Hakim dari Anas ra)

7. Dikira sebagai umat yang mulia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Semulia-mulia umatku adalah penghafal al-Quran dan orang yang bangun malam"
(Riwayat Tabrani dan Al-Baihaqi dari Ibnu Abbas ra)

8. Tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Naabi saw bersabda dan bermaksud,
"Sesiapa yang membaca seratus (100) ayat di malam hari, maka dia tidak ditulis dari golongan orang yang lalai"
(Riwayat : Al-Hakim dari Abu Hurairah ra)

9. Mendapat keutamaan di sisi Allah. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Allah Taala berfirman yang bermaksud,
"Sesiapa yang kesibukkannya dengan al-Quran dan mengingati AKU dari persoalanKu, maka aku membeerikannya yang lebih utama dari yang Aku berikan pada peminta. Dan keutamaan al-Quran (firman ALLAH) atas segala perkataan seperti keutamaan ALLAH ataas makhluhNYA"
(Riwayat : At-Termizi dari abi Sa'id ra) 

10. Mendapat selawat dari para malaikat. Sabda Naabi saw yang bermaksud,
"apabila seeorang hamba khatam al-Quran, maka berselawatlah kepadanya 60,000 (malaikat) di waktu khatamnya"
(Riwayat : Ad-Dailami dalam Musnad al-firdaus dari Amr bin Syuaib)

11. Dinaikkan darjat mengikut darjat banyak ia membaca al-Quran. Nabi saw berasbda dan bermaksud,
"Dikatakan kepada ahli Quran ketika memasuki syurga : Bacalah dan keraskanlah, maka ia membaca dan naiklah setiap satu ayat satu darjat hingga membaca akhir dari suatu dengannya daripadanya"
(Riwayat: Ahmad dan Ibnu Majah dari Abi Said ra)

Demikianlah di antara kelebihan membaca (berwirid dan berzikir) akan al-Quran dan mengamalkannya.  


No comments:

Post a Comment