FADHILAT DAN KHASIAT SURAH AL-QADAR
Surah ini boleh dijadikan peraantaraan untuk memohon kepada Allah bagi mempeerolehi apa sahaja yang anda ingin capai dalam hidup anda. Tetapi ia terhad kepada hak-hak yang baik dan tidak melanggar aturan syarak. Memohon sesuatu yang haram dan dilarang agama sudah tentu tidak akan dapat dibantu menerusi amalan dan berwirid dengan surah ini.
Mula-mula anda hendaklah sembahyang hajat dua rakaat pada sebelah malam. Kemudian anda hendaklah berzikir, lalu bacalah surah al-Qadar ini sebanyak empat puluh sati kali (41) kali. Seterusnya sebut apa yang anda minta. Mudah-mudahan dengan izin Allah swt terkabullah apa yang anda minta itu.
No comments:
Post a Comment