Barang siapa membaca ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas anak-kanak yang baru lahir , nascaya akan terhindar dari segala penyakit jasmani dan rohani.
Bismillahhirrohmanirrohim. syukur dan puji saya panjatkan pada Allah yang telah mengurniakan masa lapang pada saya hingga dapat menyusun blog ini.
Sebagai pengetahuan SILENT READER yang budiman blog ini mengandungi fadhilat dan kegunaan pelbagai ayat dan surah yang mustajab dan terdapat dalam al-Quran serta diiringi dengan doa-doa untuk mencapai pelbagai hajat sama ada untuk keluarga, diri kita juga untuk orang yang memohon pertolongan kita.
Tujuan penyusunan blog ini bertujuan untuk memberi jalan keluar bagi kaum Muslimin yang ingin membiasakan diri dengan amalan sunat dan khasiat yang bersifat "segera" manfaatnya.Sekiranya khasiat tersebut tidak segera kita perolehi di dunia, namun amalan ini tetap kita dapat ganjarannya di akhirat kelak.
Oleh itu harapan saya semoga ini mendatangkan manfaat kepada pembaca yang mengamalkannya. Apa yang saya lakukan ini, semuanya milik Allah dan kerana Allah.
SRIKANDI MUSLIMIN
No comments:
Post a Comment