CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, 2 July 2012

KELEBIHAN SURAH AL MULK

KELEBIHAN SURAH AL MULK

Ibu Bapa saya suka membaca surah dan menghafal surah dalam al Quran. Diantara surah surah yang selallu saya dengar yang dibaca oleh bapa saya ialah surah al Mulk. Mereka juga memberitahu kelebiha-kelebihan yang terdapat dalam surah al Mulk ini.

Diantaranya ialah apabila ajal telah hampir tiba, kita akan dapat merasainya. Mereka berpesan kepada saya supaya menghafal surah tersebut, Alhamdulillah dan saya juga berharap sahabat sahabat pembaca blog saya  turut menghafal surah ini.

Surah al-Mulk adalah surah keselamatan dan keamanan kerana ia menyelamatkan para pembacanya dari SIKSA KUBUR.
Sejarah telah membuktikan seperti yang beerlaku di zaman Rasulullah saw, Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah satu ketika sesetengah pasa sahabat berkhemah di atas kubur.Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada dalam khemah mereka tiba-tiba terdengar suara orang membacakan Surah al-Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka bahawa mereka telah berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu telh diadukan kepada Rasulullah saw lalu baginda telah bersabda dan bermaksud:
"Surah Al-Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka".

Miskipun begitu Surah al-Mulk juga mempunyai beberapa kelebihan yang lain. Diantaranya ialah:-

1. Abu hurairah meriwayatkan hadith, katanya yang bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam al-Quran itu ada satu surah yang mengandungi ayat, ia mensyafaakan bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya selagi itu ia meminta ampun baginya. Surah itu adalah surah al-Mulk".

2. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Surah AL-Mulk itu memelihara pembacanya dari azab kubur".

3. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Aku gembira sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di hatinya".

4. Rasulullah saw telah besabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang membaca surah Al-Mulk tiap malam, ia akan selamat dari siksa kubur".

5. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang membaca surah al-Mulk mana-mana malam, nascaya datang ke kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan MunkrNakir"

6. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya dalam al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Iaitu surah al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke syurga".

7. Rasulullah saw telah bersabda dan bermaksud:
"Sebahagian surah-surah yang terdapat dalam al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu ialah surah al-Mulk. Ia membeeri syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga."

8. Ulama berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah saw tidak akan beradi melainkan setelah membaca surah As Sajaddah dan surah al Mulk".

9. Ulama berkata:
"Sesungguhnya surah al Mulk itu melepaskan penamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab di hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut pelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api neraka".

10. Saidina Ali  berkata:
"Barangsiapa yang mengamalkan surah al Mulk, nescaya dibawa di hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf".

11. Ulama berkata:
"Sesungguhnya Surah Yaasin dan surah al Mulk terkandung beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa yang mengamalkannya akan mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk".

12. Saidina abdullah bin Abbas berkata:
"Barangsiapa membaca surah al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nascaya akan mendapat bantuan dan pertolongan dari ALLAH swt di dalam kuburnya. Apabila azab hendak datang ke bahagian kepala, terdengar satu seruan, 
"tidak boleh engkau datang ke bahagian kepala ini kerana ada surah al Mulk".
Begitulah keadaannya bila azab itu peergi ke bahagian kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah al Mulk". 

3 comments: