CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, 8 February 2012

SELAMATKAN DIRI DI PADANG MAHSYAR

SELAMATKAN DIRI DI PADANG MAHSYAR

Setelah semua makhluk yang bernyawa di alam ini mati dan hancur binasa, Allah swt memerintahkah malaikat Israfil untuk meniupkan angin sangakala untuk menghidupkan semua makhluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya:
"Wahai orang yang telah keluar dari badan , tulang-tulang yang telah reputluluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh. Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari ALLAH SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja bagi semua Raja"

Sepeerti yang ALLAH sebutkan dalam al-Quran:
"Mereka berkata:
"Aduhai Celakalah kami! siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur) "(Yassin :52)
Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.

1. ada yang berupa kera kerana di sepanjang hidupnya suka beerbuat fitnah

2. ada yang berupa khinzir kerana makan rasuah ketika menjalankan hukuman

3. ada yang buta matanya kerana keterlaluan menghukum manusia
4. ada yang pekak bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan

5. ada yang keluar nanah dan darah yang busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri .Mereka ini golongan ULAMA yang bercakap dan mengajar tapi perbuatan dan tidak sama dengan apa yang diucapkan.

6. ada yang luka-luka seluruh badan kerana menjadi saksi bohong

7. ada yang telapak kaki mereka terletak di dahi dan terikat pada ubun-ubun serta menjadi sangt busuk dan lebih busuk dari bangkai. Mereka adalah orang sanggup membeli dunia dan akhirat (mencari kemewahan dengan mempralatkan agama)

8. ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri dan rebah ke kanan, terhuyung-hayang, Mereka ini sanggup menyimpan harta daripada membelanjakan ke jalan ALLAH.

9. ada yang beerkeadaan benar-benar mabuk, kerana  suka bercerita dalam maasjid tenteng hal-hal dunia
10. ada yang berupa khinzir kerana suka makan riba

11. ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Merka ini suka menyakiti orang-orang yang sekampung dengannya (jiranya)

12. ada yang berupa khinzir kerana memudahkan solat dan melalaikan solat

13. ada yang bangkit dengan perut yang penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa menggigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka di dunia ini payah nak mengeluarkan zakat.

14. ada yang berkeadaan di mana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam berniaga.

15. ada yang sampai terasing dengan manusia serta badannya busuk dari bangkai. mereka ini suka menyembunyikan maksiat mereka. sembunyi dari manusia tidak sembunyikan dari Allah

16. ada yang terpotong halkum keadaannya tercerai dari leher. orang ini sanggup bresaksi bohong.

17. ada yang bangun dengan tidak berlidah dan mengalir darah busuk dari mulutnya. orang itu malas nak mengucapkan kalimah syahadah

18. ada yang berjalan kepala ke bawah, kaki ke langit dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. mereka adalah orang yang selalu melakukan zina

19. ada yang muka hitam dengan peerut yang penuh dengan api neraka. mereka ini selalu makan harta anak yatim dengan zalim.

20. ada yang bangun dengan mengidap penakit kusta dan sopak. mereka ini derhaka kepada ibu bapa mereka

21. ada yang gigi mereka sperti tanduk kerbau, lidah terjelir sampai perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. orang ini suka munim arak.

Semoga kita teergolong dalam golongan yang sering menginsafi diri dan bertaubat ataas dosa dan pengkhianatan yang telah dilakukan terhadap manusia.

Ya Allah selamatkan lah kami ............jadikanlah kami orang yang beriman dan beramal soleh........AMIN


1 comment:

  1. Takot bila baca...Moga kita trgolong dripd Manusia yg diselamatkn di pdang Masyaarr nanti..AMIN!!

    ReplyDelete