24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN
Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi dengan perkara-perkara yang mnyeronokkan. Tetapi itulah yang akan mendatangkan keburukan pada kita.
Di bawah ini terdapat 24 perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat muhasabah diri kita sendiri:
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah swt
2. Jangan maasuk bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang sumbing. Makhruh dan ianya membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makhruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal ( kerana pagi2 itu membuka pintu rezeki)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah muntah syaitan
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai selipar atau kasut berlainan pasangan. Makhruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar dalam perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baik.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau dah kita memang bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrohim.
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH swt dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecea bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan ksih sayang orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia dan haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH swt.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Catilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat jin kafir dan syaitan.
21. Jangan merokok atau memasang kemenyan kerana asap adalah makanan jin.
22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIM dan salam ketika maasuk ke rumah dikuatiri jin atau syaitan akan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH swt . Tidak sempurna agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan kerana semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu yang lebih mengetahui. Yang baik itu dari ALLAH swt dan yang buruk itu dari hambanya juga. Wassallam.
No comments:
Post a Comment