KHASIAT AL FATIHAH UNTUK MENYEMAI KASIH SAYANG
Ada ketika nya kita sangat mencintai orang lain tetapi dia tidak mempunyai perasaan yang sma dengan kita. Walaupun maksud dan tujuan kita baik, iaitu untuk mempersuntingkannya sebagai teman hidup semati dalam rumahtangga, tetapi dia tetap tidak sudi melayan kita. Seandainya kita benar2 berniat baik dan ingin menjadikan seorang wanita itu sebagai isteri maka elokkan kita berikhtiar dengan cara beramal dengan SURAH AL FATIHAH .
Jangan lupa amala ini tidak boleh digunakan untuk tujuan main-main, kerana niat untuk main-main bukan sahaja tidak makbul, malah ALLAH murka kepada kita.
Tujuannya untuk menjadikan psangan hidup yang sah.
Khaifiatnya ialah:
Mula-mula ambillah cawan berwarna putih selepas itu tulislah di permukaannya
"Rabbil'alamin
dengan lisan Arab. Kemudian tulisan itu dilebur dengan minyak bijan. dan a boleh digunakan sebagai minyak rambut.
Salah satu khaifiat ialah baca surah AL Fatihah pada minyak wangi sebanyak 41 kali. Setiap kali tiba ayat
"Ar-Rahhan nirrahim"
lalu ulangi sebanyak 3 kali sambil ingat dan niat dalam hati untuk menimbulkan kasih sayang dengan orang yang kita kehendaki. Mudah-mudahan dengan izin ALLAH keiinginan dan hasrat kita akan dimakbulkan. Wanita ini akan berubah dan sayang kepada kita.
Sementara bagi SUAMI ISTERI pula jika ingin mengekalkan kasih sayang atau jika salah seorang
(suami atau isteri) didapati mula raasa tawar hati kadang-adang sehingga menimbulkan krisis dalam rumahtangga maka baca surah al-Fatihah sebanyak 3 kali dan setiap kali sampai pada ayat
"Ar rahman nirrahim"
ulang 3 kali dan tiup pada muka. Selepas itu sambung dengan ayat berikutiaitu ayat dari Surah Ai Imran Ayat 31 (Kul in kuntum).
Ayat ini dibaca 3 kali dan ditiup pada muka. Waktu membaca dan maniupkannya ialah ketika ia (suami atau isteri) sedang tidur. Insyaallah dengan berkat ayat ini kasih sayang suami isteri akan bertaut semula dan bertambah teguh.