CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, 7 October 2012

UNTUK MERAWAT SAKIT MATA

UNTUK MERAWAT SAKIT MATA

Selain khasiat-khasiat yang disebutkan sebelum ini, surah al-Fatihah juga boleh digunakan untuk merawat sakit mata. dengan izin ALLAH, penyakit mata yang dialami oleh orang yang sakit tersebut akan sembuh, Insyaallah.
Sekiranya salah seorang anggota keluarga atau saudara mara yang kebetulan menderita sakit mata dan tidak sembuh-sembuh selepas berubat dengan bermacam-macam ubat, maka elok dicuba pula beerubat dengan surah al-Fatihah ini.
Khaifiatnya mudah sahaja, yakni selepas solat Subuh bacalah surah al-Fatihah sebanyak 41 kali dengan kusyuk sambil mengharapkan semoga ALLAH menyembuhkan sakitnya. Sesudah itu dihembuskan di tapak tangan dan digosok dengan kedua tapak tangan kanan dan kiri sehingga terasa panas, lalu disapukan secara perlahan-lahan di bahagian kelopak mata yang sakit itu. 
Begitulah dilakukan setiap hari untuk jangka masa tertentu. Dengan izin ALLAH swt mudah-mudahan penyakit mata itu akan lenyap dengan sendirinya.    

No comments:

Post a Comment