CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday 21 June 2012


KISAH GOLONGAN MASUK SYURGA TANPA DIHISAB

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan
manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka
ialah ;

1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan
sebarang perkara yang membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya
di jalan Allah tanpa riya.

Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki
syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi
mereka.

Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid,
 “Apakah yang telah
kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke
syurga?”

Berkata orang yang mati syahid,
 “Aku telah terbunuh dalam peperangan
kerana mencari keredhaan Allah.”

Berkata Jibrail A.S.,
 “Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala
orang yang mati syahid?”

Orang yang mati syahid menjawab
,”Aku mendengar daripada alim ulama.”

Berkata Jibrail A.S. lagi, “Jagalah kesopanan, jangan kamu
mendahului guru yang mengajar kamu.”

Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji,
 “Apakah
yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk
ke syurga?”

Berkata yang berhaji,”
Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana
Allah.”

Berkata Jibrail A.S.,
 “Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala
haji?”

Berkata yang berhaji,
 “Aku mendengar dari alim ulama.”

Berkata Jibrail A.S. lagi,
 “Jagalah kesopananmu, jangan kamu
mendahului guru yang mengajar kamu.”

Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula,
“Apakah yang kamu lakukan
sewaktu kamu di dunia dulu?”

Menjawab si penderma,
 “Aku telah banyak menderma semata-mata untuk
mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.”

Jibrail A.S. berkata lagi,
 “Siapakah yang memberitahumu tentang
pahala orang yang menderma kerana Allah?”

Berkata si perderma,
 “Aku mendengarnya dari para alim ulama.”

Maka Jibrail A.S. pun berkata,
“Jagalah kesopananmu, jangan kamu
mendahului guru yang mengajar kamu.”

Kemudian orang alim berkata,
“Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku
menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan
kebaikan orang yang dermawan itu.”

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud
, “Telah benar kata si
alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu.
Kemudian barulah orang-orang lain masuk.”

Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda,
“Keutamaan orang alim di atas
ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling
rendah di antara kamu.”

Allah S.W.T. berfirman, maksudnya,
 “Aku Maha Berilmu dan Aku suka
kepada orang yang berilmu.”

Al Hassan r.a. berkata,
 “Tinta para ulama itu ditimbang pada hari
kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama
akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada.”

Rasulullah S.A.W. bersabda,
 “Jadilah engkau orang alim (yang
mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar
(pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan
rosaklah engkau.”

Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
“Amal apakah yang paling
utama?”

Rasulullah S.A.W. menjawab,
 “Berilmu tentang Allah.”

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi,
“Sesungguhnya Allah S.W.T telah
menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan dari
lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu:

1. Wajah yang manis dan berseri-seri.
2. Tutur kata yang bersopan.
3. Hati yang bertaqwa kepada Allah.
4. Tangan yang dermawan.

Empat perkara bagi penghuni neraka:

1. Muka yang muram.
2. Tutur kata yang keji.
3. Hati keras yang engkar.
4. Tangan yang kedekut (bakhil).



Sabda Rasulullah S.A.W., “Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan
empat perkara:

1. Dengan berilmunya para ulama.
2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah.
3. Dengan orang kaya yang dermawan.
4. Dengan doanya orang yang fakir.”


No comments:

Post a Comment