CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday 19 June 2012

JENIS-JENIS HADIS

JENIS-JENIS HADITH
Pada awal perkembangan Islam, al-Hadis telah diriwayatkan secara lisan/ingatan dan selepas kira-kira 100 tahun kemudian ianya dikumpulkan dan dibukukan oleh para penyelidik hadis. Hasil daripada pengumpulan tersebut, Hadis terbahagi pula kepada beberapa bahagian mengikut riwayat/periwayatnya:

 HADIS MUTAWATIR
Hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai menyampai perkhabaran (AL-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya.

HADIS MASHYUR
Hadis utama yang diriwayatkan dari berbilang periwayat al-Hadis. iaitu sekurang-kurangnya 3 sanad ( jalan ke punca al-Hadis) atau tiga periwayat hadis yang berbeza.

HADIS SAHIH
Hadis yang beerhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut:

> Adil
> Kat ingatannya
> Sejahtera dari keganjilan
> Sejahtera dari kecederaan yang memburukkan

HADIS HASAN
Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti al hadis sahih, tetapi mereka  tidak mempunyai ingatan yang kuat.

HADIS DHO'IF
Hadis yang tidak diketahui periwayat ataupun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat hadis sahih atau hasan.

HADIS MARFUK'
Hadis yang diriwayatkan bersandarkan kepada keinginan Nabi saw sendiri, sam ada ucapan, perbutan atau pun takrirnya.

AL HADIS MAUQUF
Merupakan kepatuhan atau perkataan sahabat sendiri yang diriwayatkan kepada kita.

AL HADIS MURSAL
Merupakan perkataan yng diucapkan oleh tabie (mereka yang tidak peernah bertemu Nabi saw) secara langsung atau secara terus kepada Nabi saw dengan tidak melalui perantaraan sahabat.

AL HADIS MUTTASIL
Hadis yang berhubung/bersambung sanadnya dan setiap mereka dan setiap mereka yang meriwayatkannya mendengar teerus dari orang yang meriwayatkan kepadanya sehingga sampai kepada Nabi Muhammad saw atau kepada para sahabat.

HADIS MAHFUZ
Hadis yang terpelihara, iaitu mereka yang meriwayatkan Al-Hadis tersebut, adalah mereka mempunyai kepercyaan yang tidak bertentangan kepercayaan dengan kepercayaan terhadap golongan lainnya (tidak ada kepentingan peribadi)

HADIS JAIYID
Hadis yang dikatakan baik dari sahih oleh ahli atau para penyelidik al-Hadis

HADIS MUJAWWAD DAN TSABIT
Merupakan nama lain bagi al-Hadis Sahih dan Hasan

HADIS MAUDHUK'
Hadis yang diriwayatkan oleh mereka yang menduskannya dari Nabi saw pada halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai hadis palsu. (Diriwayatkan berdasarkan kepentingan tertentu)

   




No comments:

Post a Comment