CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, 3 August 2013

KAEDAH RAWATAN ISLAM

KAEDAH RAWATAN ISLAM

Keberkesanan sesuatu rawatan bergantung sejauhmana keikhlasan kita kepada Allah SWT. Dengan itu bagi mendapatkan rahmat dan keberkatan dari Allah, setiap rawatan haruslah dimulakan dengan memohon keampunan daripada Allah swt, beristighfar 3 kali kemudian membaca surah Al-Fatihah dan berselawat kepada Rasulullah saw .

RAWATAN DOA & AIR

Selan membaca doa-doa dan ayat-ayat al-Quran, air digunakan sebagai bahan utama dalam rawatan ini. Selepas berdoa, doa-doa itu akan ditiupka ke air juga pada tempat sakit. Selalunya, air yang didoakan disapu pada tempat yang sakit juga diminum. Sekiranya perlu, air itu perlu dicampurkan dalam air mandian bertujuan sebagai bilasan terakhir.

Jika pesakit berada di samping kita, tangan yang merawat akan memegang di bahagian yang sakit, manakala di tangan kirinya memegang botol air. Botol diletakkan pada mulut yang merawat, bacakan doa dengan niat ikhlas memohon pada Allah swt untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi, apabila selesai berdoa hembus pada air di mulut botol.

Di sini dilampirkan pelbagai jenis air yang boleh digunakan sebagai ikhtiar rawatan mengikut turutan yang terbaik :

1. Air Zam-Zam (air yang paling baik)

2. air biasa yang telah dibacaan surah Yassin padanya oleh 40 orang atau lebih.
3. Air kolah di masjid yang digunakan oleh orang yang mengambil wuduk.
4. air hujan malam Jumaat yang telah ditadah terus dari langit.
5. air semulajadi (air mineral)
6. Air Reverse Osmosis (RO)
7. Lain-lain air yang bersih lagi suci. 


DOA BATU KARANG

DOA BATU KARANG


Bagi rawatan untuk penyakit batu karang, himpunan bacaan doanya adalah seperti berikut:

1. Bacaan surah al-Fatihah
2. Bacaan surah al Hasyr (ayat 21 - 24)
3. Bacaan surah al-Mukminun  (ayat 115 - 118)
4. Selawat syifa'

In Sya Allah

DOA BARAH

DOA BARAH

Untuk merawat pelbagai jenis penyakit barah, himpunan bacaannya ialah:

1. Membaca surah al-Fatihah dalam satu nafas - kekalkan bacaan dalam satu nafas.
  2. Membaca surah al-Ikhlas 4 kali dalam satu nafas - kekalkan bacaan daam satu nafas.
3. Membaca doa bagi mengecilkan bengkak

"...Wahai Allah yang Maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit) , Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada yang maha mengasihani..."

4. Membca doa barah seperti berikut:

"... Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhan mu  kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila..."
(Surah al-Qalam : 1-2)

~In sya Allah~

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

> pembaca al-Quran akan dilindungi dari godaan syaitan
> Akan mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti.
> Dari segi pembacaannya, ianya adaah satu ibadah yang paling utama.
> Mempelajari dan membacanya akan mendapat keharmonian hidup dan keberkatan.
> Belajar satu ayat dari al-Quran adalah lebih baik daripada solat sunat 100 rakaat.
> Pembaca yang baik dan mahir digalakkan menjadi imam solat.
> Membaca secara bertadarus akan dikelilingi oleh malaikat, mendapat rahmat juga mendapat ketenangan.
> Jika al-Quran dibaca dalam rumah, akan memberi cahaya daam rumah itu.
> Pembaca al-Quran juga akan menjadi sebutan para malaikat di langit dan mendapat cahaya di bumi.
> Akan diampunkan dosa pada sesiapa yang membaca al-Quran secara berkumpulan.
> Menurut Ibnu Majah, membaca 1 huruf dari al-Quran akan digandakan kepada 400 kali manakala menurut Ibnu al-Jauzi pula akan digandakan kepada 700 kali.
> Balasan satu huruf yang dibaca ialah, sebatang pokok di syurga juga dikatakan balasan bidadari syurga.
> Pembaca al-Quran adalah seorang hartawan dan pahalanya tidak putus-putus.

> Pembaca al-Quran akan dimasukkan dalam golongan Solihin, Syuhada dan para Siddiqin.
> Sekiranya membaca al-Quran sebelum tidur, nascaya akan mendapat kawalan dari malaikat.
> Pembca al-Quran akan mendapat Kemuliaan di syurga dan keamanan di dunia.
> Al-Quran akan menjadi pembela pada hari Kiamat.
> Pembaca al-Quran akan mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat dan selamat dari api Neraka.




Tuesday, 18 June 2013

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN


SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN


 > sakit kepala selepas waktu asar
> badan terasa berat dan malas
> sukar mendapat jodoh
> badan terasa bisa-bisa
> sakit  ketika menziarahi orang meninggal
> sukar tidur malam
> sakit pinggang tanpa sebab
> sakit dada bila waktu asar ke atas
> mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
> bermimpikan bayi dan menyusukan bayi
> bermimpi jatuh dari tempat tinggi
> bermimpi di tempat yang kotor
> sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar
> ada terasa benda bergerak di bawah kulit
> bayi kerap menangis
> bunyi guli jatuh ke atas syiling (atap)
> suami isteri kerap bertengkar walaupun perkara kecil
> sayang teerlampau-lampau pada orang yang baru dikenaali
> malas beribadat
> nyanyuk ketika usia lanjut
> panas baran
> sikap berubah secara mendadak
> gelisah dan panas ditengkuk bula dengar al-Quran
> suka melakukan tabiat buruk
> kerap sendawa bila mendengar al-Quran
> kerap keguguran
> gagal melakukan hubungan kelamin
> mngantuk ketika mendengar al-quran
> bermimpi seram yang menakutkan
> darah haid turun lebih 15 hari

> batuk yang berpanjangan
> selalu ditindih ketika tidur
> kuat berangan
> terasa rendah diri dan tidak berkeyakinan
> nafsu seksual yang melampau
> selalu melihat kelibat di rumah
> terasa diri selalu diperhatikan
> mandul
> kerap mendengar suatu bisikan
> melihat jin secara terus
> sakit mental atau gila


LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH,


LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU
WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR


( tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya
lah segala puji, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu )

Amalkan zikir di atas 100x setiap pagi dan petang, insyaallah diri anda akan dipagar dan bangguan jin pun akan beransur hilang





Monday, 17 June 2013

AL-QADAR : MENGUATKAN IMAN

AL-QADAR : MENGUATKAN IMAN

Apa juga ibadat yang kita buat sangat banyak bergantung pada jauh mana keimanan kita kepada Allah swt. Sesiapa yang di hatinya terdapat iman yang kuat, dengan sendirinya akhlaknya pun akan baik dan budi peekertinya mulia. Orang sepeerti itu akan mempeeroleh kemuliaan di sisi Allah dan di sisi manusia semasa di dunia.

Oleh otu, hendaklah kita selalu membaca surah al-Qadar ini supaya kita beeroleh keimanan yang kuat dan ketakwaan yang sebenar.

Bacalah surah al-Qadar setiap hari Jumaat sebanyak 1000 kali (seribu) mudah-mudahan dengan izin Allah swt iman anda bertambah kuat dan teerhindar daripada godaan syaitan yang terlaknat, insyaAllah.
 

SURAH AL-QADAR : DILEPASKAN DARI SEKSAAN KUBUR

SURAH AL-QADAR : DILEPASKAN DARI SEKSAAN KUBUR

Selain perkara-perkara yang kita sebutkan, surah al-Qadar juga mempunyai khasiat dan kegunaan untuk menjauhkan siksa kubur bagi si mati yang dibacakan surah ini oleh orang lain untuknya di dalam kubur.

Khaifiatnya, mula-mula hendaklah membacakan surah tersebut sebanyak 7 kali, selepas itu mengambil sejemput tanah dan disertakan pada kain kafan si mati atau di masukkan ke dalam liang lahad kuburnya. Mudah-mudahan dengan izin Allah si mati akan dijauhkan dari siksa kubur.