CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, 3 August 2013

KAEDAH RAWATAN ISLAM

KAEDAH RAWATAN ISLAM

Keberkesanan sesuatu rawatan bergantung sejauhmana keikhlasan kita kepada Allah SWT. Dengan itu bagi mendapatkan rahmat dan keberkatan dari Allah, setiap rawatan haruslah dimulakan dengan memohon keampunan daripada Allah swt, beristighfar 3 kali kemudian membaca surah Al-Fatihah dan berselawat kepada Rasulullah saw .

RAWATAN DOA & AIR

Selan membaca doa-doa dan ayat-ayat al-Quran, air digunakan sebagai bahan utama dalam rawatan ini. Selepas berdoa, doa-doa itu akan ditiupka ke air juga pada tempat sakit. Selalunya, air yang didoakan disapu pada tempat yang sakit juga diminum. Sekiranya perlu, air itu perlu dicampurkan dalam air mandian bertujuan sebagai bilasan terakhir.

Jika pesakit berada di samping kita, tangan yang merawat akan memegang di bahagian yang sakit, manakala di tangan kirinya memegang botol air. Botol diletakkan pada mulut yang merawat, bacakan doa dengan niat ikhlas memohon pada Allah swt untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi, apabila selesai berdoa hembus pada air di mulut botol.

Di sini dilampirkan pelbagai jenis air yang boleh digunakan sebagai ikhtiar rawatan mengikut turutan yang terbaik :

1. Air Zam-Zam (air yang paling baik)

2. air biasa yang telah dibacaan surah Yassin padanya oleh 40 orang atau lebih.
3. Air kolah di masjid yang digunakan oleh orang yang mengambil wuduk.
4. air hujan malam Jumaat yang telah ditadah terus dari langit.
5. air semulajadi (air mineral)
6. Air Reverse Osmosis (RO)
7. Lain-lain air yang bersih lagi suci. 


No comments:

Post a Comment