CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, 20 March 2013

UNTUK MENGUBAH KEBENCIAN ORANG LAIN

UNTUK MENGUBAH KEBENCIAN ORANG LAIN

Walaupun fitrah manusia sukakan kedamaian, tetapi dalam satu-satu masyarakat ada juga orang yang suka akan sikap iri hati dan berlakukan hal-hal yang tidak diingini. Kadang-kadang orang baik pun dibenci orang lain atas sebab antara lain, kerana sifat cemburu. Keadaan seperti ini tidak mudah dikawal, lebih-lebih lagi dilenyapkan terus dari masyarakat.

Maka untuk menghindari sasaran kebencian orang lain seperti ini, eloklah kita memohon kepada Allah swt supaya dijauhkan darinya menerusi amalan membaca surah al-Fatihah ini.

Khaifiatnya ialah mambaca ayat "shiratal-lazina" sebanyak yang mungkin dengan ikhlas dan kusyuk. Selepas itu mintalah kepada Allah swt supaya orang yang membenci anda itu akan insaf dan sedar, kembali kepada fitrah insaniyahnya. Mudah-mudahan dengan izin Allah, kebenciannya lenyap dan berubah dengan ksih sayang dan saling menghormati.  

Monday, 18 March 2013

SUPAYA MEMPEROLEHI CAHAYA DALAM KUBUR

SUPAYA MEMPEROLEHI CAHAYA DALAM KUBUR

Sudah menjadi tradisi budaya keagamaan di seluruh Nusantara apabila ada kematian makan akan diadakan majlis tahlil dan doa. Hal ini memang sesuai dengan suruhan agama. Tetapi sedarkah anda bahawa Ayat Kursi mempunyai khaifiat dan faedah untuk memberi cahaya kepada orang yang sudah meninggal dunia dan berada di alam kubur.

Justeru itu, bacalah Ayat Kursi dan pahalanya dihadiahkan kepada ibu bapa, datuk, nenek, keluarga dan kaum muslimin yang sudah meninggal dunia supaya kubur mereka terang benderang kerana diterangi oleh cahaya yang diberikan oleh Allah swt.

Ketika hendak membaca Ayat Kursi tersebut, anda hendaklah terlebih dahulu berniat seperti di bawah ini:

Ertinya:
"...Al-Fatihah & Ayat kursi kami hadiahkan kepada roh ...(sebutkan nama orang yang dimaksudkan itu), dan ke hadrat Nabi Muhammad saw, al-Fatihah (bacalah al-Fatihah beramai-ramai)..."
Seterusnya disambung dengan ayat kursi.

Dengan amalan ini, mudah-mudahan dengan izin Allah swt akan mendapat cahaya di alam kubur orang yang kita hadiahkan bacaan tersebut. Sebaik-baiknya amalan ini dilakukan selepas menunaikan solat fardhu dan boleh juga pada masa-masa yang lain yang dirasakan mempunyai keberkatan tersendiri

Sunday, 17 March 2013

UNTUK MENDIAMKAN MULUT ORANG JAHAT (DAN KAWAN KITA YANG BERMULUT JAHAT)

UNTUK MENDIAMKAN MULUT ORANG JAHAT
 (DAN KAWAN KITA YANG BERMULUT JAHAT)


Sekiranya anda bertembung dengan orang jahat, bacalah ayat kursi sebelum bertembung dengannya. iaitu sebanyak 3 kali dengan kusyuk dan yakin. Kemudian diiringi dengan doa di bawah ini:

"... Wahai Zat Yang Hidup Kekal Abadi wahai Zay yang Menguruskan makhluk-Nya, wahai Zat yang menciptakan langit & bumi, Wahai Zat yang Mempunyai Kemuliaan dan Kesempurnaan, Aku memohon kepada MU dengan kebenaran ayat yang mulia ini (ayatul Kursi) dan semua yang terkandung didalamnya berupa nama-nama yang agung, supaya Engkau kekang mulutnya (nama orang yang diniatkan) dan Engkau bisukan lisannya sehingga dia tidak akan berkata melainkan kata-kata yang baik, atau dia diam, kebaikanmu, hai orang berada di kedua tanganmu dan kekejianmu berada di bawah kedua tapak kakimu ..."

Selepas anda mengamalkan amalan tersebut, majulah ke hadapan orang yang diyakini berniat jahat tersebut. mantapkan hati dan yaakinkan jiwa bahawa anda berada dalam lindungan dan pemeliharaan Allah swt. 

Saturday, 9 March 2013

KEUTAMAAN SOLAT TAHAJUD

KEUTAMAAN SOLAT TAHAJUD

Keutamaan solat tahajud banyak disebut dalam beberapa ayat suci al-Quran juga hadith, dan di antara keutamaan-keutamaan solat tahajud ialah:-

1. Disejukkan pandangan matanya.

2. Mendapat darjat yang mulia

3. Mendapat pahala seperti pahala sedekah secara sembunyi-sembunyi

4. Bukti kemenangan melawan syaitan

5. Solat sunat yang paling utama setelah solat fardhu

6. Mendapat kamar syurga yang istimewa

7. Wajahnya sentiasa tampan

8. Pada setiap malam terdapat waktu mustajab

9. Tuhan (Allah) berasa kagum

10. Mendapat rahmat dari Allah

11. Perkara penghapus dosa

12. Ditulis sebagai golongan yang mengingati Allah

13. Dicintai Allah

14. Waktu yang paling dekat dengan Allah

15. Menunjukkan hamba yang bersyukur

Thursday, 21 February 2013

JENIS-JENIS MANUSIA YANG DERHAKA & TAAT

JENIS-JENIS MANUSIA YANG DERHAKA & TAAT

1. Ada lidah tetapi tidak ada hati
Satu jenis manusia lagi ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati. golongan ini dapat dikenali seperti berikut:

> Mereka bijak beercakap tetapi tidak melaakukan apa yang mereka cakapkan.

> Mereka mengajak manusia menuju Allah tetapi mereka sendiri yang lari dri Allah

> Mereka benci dengan maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri yang bergelumang dengan maksiat itu.

> Mereka menunjuk pada orang lain bahawa mereka itu soleh tetapi mereka sendiri yang melakukan dosa besar.

> Bila mereka bersendirian, mereka bertindak seperti harimau yang berpakaian. 

Inilah orang yang dikatakan oleh Nabi SAW dengan sabda yang bermaksud:
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang"alim yang jahat"

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim sepeerti itu. Oleh itu jauhkanlah diri anda dari orang-orang yang seperti itu. Jika tidak anda akan terpengaruh dengan kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan dosanya akan membakari anda dan kekotoran hatinya akan membnuh anda. 

Tuesday, 19 February 2013

MENGURANGKAN RASA LAPAR DENGAN AL-FATIHAH

MENGURANGKAN RASA LAPAR DENGAN AL-FATIHAH

Apabla satu ketika dalam keadaan perjalanan jauh atau tersesat di suatu tempat yang tidak dijumpai oleh seseorang pun, selepas itu kita berasa amat lapar, maka peerlulah mengamalkan surah 
al-Fatihah ini. Kerana ianya mempunyai khasiat  untuk mengurai atau menghlangkan rasa lapar.

Khaifiatnya, mula-mula ambillah selembar daun tumbuh-tumbuhan yang tidak berbisa atau tidak mengandungi racun, lalu bacakanlah ayat yang berbunyi,

"ghairil maghdhuubialaihim"

Selepas itu, makanlah daun itu. Mudah-mudaha dengan izin ALLAH, hilanglah atau berkuranglah perasaan lapar dan haus yang sedang dirasakan, insya-Allah. 

Thursday, 14 February 2013

KEUTAMAAN BERZIKIR MEMBACA AL-QURAN

KEUTAMAAN BERZIKIR MEMBACA AL-QURAN

Membaca al-Quran adalah zikir yang terAFDHAL (paling utama) kerana al-Quran merupakan asas ibadah, sumber syariat dan pokok agama. Di dalamnya terkandung, adab tatasusila dan hukum hakam. Ia juga mengandungi sifat-sifat dan perbuatan-NYA. Banyak keistimewaan dan keutamaan yang diperolehi daripada orang yang berzikir atau membacanya.

Antaranya ialah:-

1. Mendapat kemuliaan di Hari Akhirat (Kiamat)
Firman Allah swt dalam surah al-Isra' ayat 45 yang bermaksud,
" Dan apabila Kami membaca al-Quran nascaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan Akhirat, suatu dinding yang tertutup (terkunci) rapat".

2. Mendapat pembelaan di hari Kiamat
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia datang pada hari Kiamat sebagai pembela untuk pembacanya"
(Riwayat Muslim)

3. Sesiapa yang suka membaca al-Quran memahami ertinya dan mempelajari ilmunya, maka ia sebaik-baik orang dan paling utama.
Sabda Raasulullah saw yang bermaksud,
"Sebaik-baik orang diantara kamu ialah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya"

4. Mendapat ganjaran kebaikan. Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda dan bermaksud:
"Sesiapa yang membaca satu huruf sahaja dari kitab ALLAH (al-Quran) maka dia diberi satu hasanah (kebaikan) dan satu kebaikan akan diganjarkan sepuluh kali ganda semacamnya. Saya tidak mengatakan (Alif - Lam - Mim) satu huruf tetap tetapi alif sama dengan satu huruf, Lam sama dengan satu huruf dan Min satu huruf" 
(Riwayat Termizi)

5. Berkumpul bersama malaikat. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Orang yang pandai membaca al-Quran, ia bekumpul bersama malaikat yang mulia dan suci. Dan adapun orang yang membaca dengan secara tersangkut-sangkut (merangkak-rangkak) dan sukar (kerana baru belajar dan ingin sangat membaca), maka untuk dia dua ganjaran (pahala)
(Mutafaqun'alaihi)

6. Dianggap sebagai ahli ALLAH dan dikhususkan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Bahawasanya Allah Taala mempunyai dua ahli dari golongan manusia, iaitu:
Ahli Al-Quran, iaitu mereka adalah ahli Allah dan dikhususkannya"
(Riwayat : Ibnu Majah dan al-Hakim dari Anas ra)

7. Dikira sebagai umat yang mulia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Semulia-mulia umatku adalah penghafal al-Quran dan orang yang bangun malam"
(Riwayat Tabrani dan Al-Baihaqi dari Ibnu Abbas ra)

8. Tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Naabi saw bersabda dan bermaksud,
"Sesiapa yang membaca seratus (100) ayat di malam hari, maka dia tidak ditulis dari golongan orang yang lalai"
(Riwayat : Al-Hakim dari Abu Hurairah ra)

9. Mendapat keutamaan di sisi Allah. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Allah Taala berfirman yang bermaksud,
"Sesiapa yang kesibukkannya dengan al-Quran dan mengingati AKU dari persoalanKu, maka aku membeerikannya yang lebih utama dari yang Aku berikan pada peminta. Dan keutamaan al-Quran (firman ALLAH) atas segala perkataan seperti keutamaan ALLAH ataas makhluhNYA"
(Riwayat : At-Termizi dari abi Sa'id ra) 

10. Mendapat selawat dari para malaikat. Sabda Naabi saw yang bermaksud,
"apabila seeorang hamba khatam al-Quran, maka berselawatlah kepadanya 60,000 (malaikat) di waktu khatamnya"
(Riwayat : Ad-Dailami dalam Musnad al-firdaus dari Amr bin Syuaib)

11. Dinaikkan darjat mengikut darjat banyak ia membaca al-Quran. Nabi saw berasbda dan bermaksud,
"Dikatakan kepada ahli Quran ketika memasuki syurga : Bacalah dan keraskanlah, maka ia membaca dan naiklah setiap satu ayat satu darjat hingga membaca akhir dari suatu dengannya daripadanya"
(Riwayat: Ahmad dan Ibnu Majah dari Abi Said ra)

Demikianlah di antara kelebihan membaca (berwirid dan berzikir) akan al-Quran dan mengamalkannya.