CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, 12 August 2012

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH AL-KAUTHAR

FADHILAT DAN KHASIAT SURALH AL-KAUTHAR

Surah al-Kauthar (iaitu nikmat yang banyak) adalah surah yang ke 108 dalam al-Quran yang mengandungi 3 ayat. Surah ini menganjurkan beribadat kepada ALLAH swt dan beerkorban dengan menyembelihkan haiwan sebagai tanda bersyukur ataas nikmat yang telah diberikan keada kita.

"...Sesungguhnya Kami telah membrikan mu nikmat yang banyak.
Maka dirikanlah solat kerana Tuhan Mu dan berkorbanlah ( iaitu menyembelih haiwan korban dan mensyukuri nikmat ALLAH).
Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus ( Maksud "terputus" di sini ialah terputus dari rahmat ALLAH.)
(Surah al-Kauthar ayat 1-3)

Fadhilat dan khasiat surah al-Kauthar ini ialah, beermimpi melihat Rasulullah saw. Barang siapa yang membaca surah al-Kauthar pada malam Jumaat sebanyak 1000 kali, kemudian berselawat kepada Nabi Muhammad saw sebanyak 1000 kali, kemudian ia maasuk tidur, maka dia akan bermimpi melihat Rasulullah saw dalam tidurnya.  

Saturday, 14 July 2012

KHASIAT AL FATIHAH UNTUK MENYEMAI KASIH SAYANG

KHASIAT AL FATIHAH UNTUK MENYEMAI KASIH SAYANG

Ada ketika nya kita sangat mencintai orang lain tetapi dia tidak mempunyai perasaan yang sma dengan kita. Walaupun maksud dan tujuan kita baik, iaitu untuk mempersuntingkannya sebagai teman hidup semati dalam rumahtangga, tetapi dia tetap tidak sudi melayan kita. Seandainya kita benar2 berniat baik dan ingin menjadikan seorang wanita itu sebagai isteri maka elokkan kita berikhtiar dengan cara beramal dengan SURAH AL FATIHAH .
Jangan lupa amala ini tidak boleh digunakan untuk tujuan main-main, kerana niat untuk main-main bukan sahaja tidak makbul, malah ALLAH murka kepada kita.
Tujuannya untuk menjadikan psangan hidup yang sah.

Khaifiatnya ialah:
Mula-mula ambillah cawan berwarna putih selepas itu tulislah di permukaannya
"Rabbil'alamin
dengan lisan Arab. Kemudian tulisan itu dilebur dengan minyak bijan. dan a boleh digunakan sebagai minyak rambut.

Salah satu khaifiat ialah baca surah AL Fatihah pada minyak wangi sebanyak 41 kali. Setiap kali tiba ayat
"Ar-Rahhan nirrahim"
lalu ulangi sebanyak 3 kali sambil ingat dan niat dalam hati untuk menimbulkan kasih sayang dengan orang yang kita kehendaki. Mudah-mudahan dengan izin ALLAH keiinginan dan hasrat kita akan dimakbulkan. Wanita ini akan berubah dan sayang kepada kita.

Sementara bagi SUAMI ISTERI pula jika ingin mengekalkan kasih sayang atau jika salah seorang
 (suami atau isteri) didapati mula raasa tawar hati kadang-adang sehingga menimbulkan krisis dalam rumahtangga maka baca surah al-Fatihah sebanyak 3 kali dan setiap kali sampai pada ayat
"Ar rahman nirrahim"
ulang 3 kali dan tiup pada muka. Selepas itu sambung dengan ayat berikutiaitu ayat dari Surah Ai Imran Ayat 31 (Kul in kuntum).

Ayat ini dibaca 3 kali dan ditiup pada muka. Waktu membaca dan maniupkannya ialah ketika ia (suami atau isteri) sedang tidur. Insyaallah dengan berkat ayat ini kasih sayang suami isteri akan bertaut semula dan bertambah teguh.    

KHASIAT SURAH SABA' (SABA')

KHASIAT SURAH SABA' (SABA')

Barang siapa yang membaca surah ini maka terselamatlah ia dari segala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

KHASIAT SURAH AL AHZAB (GOLONGAN-GOLONGAN)

KHASIAT SURAH AL-AHZAB (GOLONGAN-GOLONGAN)

Barang siapa yang membaca ayat 45 hingga 48 dari surah ini nascaya akan mendapat kehormatan dan kemuliaan sejati.
Barangsiapa yang membaca ayat 60 hingga 66 dari ayat ini nascaya ALLAH akan membinasakan musuh-musuhnya. 


KHASIAT SURAH AS SAJ DAH (SUJUD)

KHASIAT SURAH AS SAJ DAH (SUJUD)

Barang siapa membaca ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas anak-kanak yang baru lahir , nascaya akan terhindar dari segala penyakit jasmani dan rohani.

KHASIAT SURAH SHAAD (SHAAD)

KHASIAT SURAH SHAAD (SHAAD)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nascaya akan mendapat kebahagiaan sejati.

Friday, 13 July 2012

KHASIAT SURAH LUQMAN (LUQMAN)

KHASIAT SURAH LUQMAN (LUQMAN)

Barangsiapa membacanya, nascaya dia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut.
Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nascaya akan selamat dari bencana banjir.