CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, 2 July 2012

KEHEBATAN SURAH AL IKHLAS

KEHEBATAN SURAH AL IKHLAS

1. "Qulhuwallahu ahad. Allahhussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad."
Aku berlindung berlindung dengan ALLAH dari syaitan yang direjam. Allah lagi Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat inisebelum anda memulakan apa-apa sahaja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada dalam tubuh badan kita dan juga di keliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk ke rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

2. Masuklah ke rumah dengan kaki kanan dimulakan dengan bismillah. BErilah salam pada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkan solat kerana salam pertama ( ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam  seseorang yang jarang bersolat akan sukar untuk menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucapkan di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

3. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari sabda Rasulullah saw :
"Barang siapa yang membaca surah al-Ikhlas 100,000 kali maka sesungguhnya dia telah menebuskan dirinya daripada ALLAH swt, maka menyeru yang menyeru bagi pihak ALLAH di langit dan di bumi. 
Kusaksikan bahawa si fulan itu telah menjadi pemerdekaan ALLAH sesungguhnya ia adlaah pemerdekaan di sisi ALLAH, ia adalah pemerdekaan dari api neraka,"
Inilah yang dinamakan membaca surah al-Ikhlas satu khatam iaitu 100,00 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

4.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barangsiapa membaca surah al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga diaa meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya. akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan pada malaikat akan membawa mereka dengan sayapnya mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. ( Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah saw pernah bertanya sebuah teka teki kepada umatnya:
"Siapakah antara kamu yang dapat Qatam Quran hanya dalam jangka masa 2-3 minit. tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah menjawab,
" Adalah mustahil untuk mengqatam Quran dengan begitu cepat.
Kemudian Saidina Ali megangkat tangannya. Saidina Ummar bersuara kepada Saidina Ali bahawa ketika itu Saidina Ali masih kecil dan tidak tahu pada waktu itu. Lantas Saidina Ali membacakan Surah al-Ikhlas sebanya 3 kali.
Rasulullah saw menjawab dengan mengatakan Saidina Ali adalah betul. Membaca surah al-Ikhlas sekali ganjarannya adalah sama dengan membaca 10 jus kitab al-Quran. Lalu dengan membaca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali, Qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz al-Quran.

5. Berkata Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Ketika saya (Rasulullah saw) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,00 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanya 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang maka kesmeuanya membaca surah al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka mereka merkata:
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membacakan surah al-Ikhlas baik lelaki".

6. Demi ALLAH yang jiwaku di tanganNYA, Sesungguhnya Qulhuallahhu Ahad itu tertulis di sayap Malaikat Jibrail as, Allahhus Somad tetulis di sayap malaikat Mikail as , Lamyalid Walam yu-lad tertulis pada sayap malaikat Izrail as, walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat israfil as.
Sesiapa membaca surah al-Fatihah, al ikhlas, al-falaqdan an-nas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan bala sehingga ke jumaat yang berikutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq dan an-nas pagi dan petang nascaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:
Sabda Rasulullah saw:
"Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseoranga nak Adam itu, hanya 3 perkara sahaja yang dibawanya bersama:

1. sedekah / amal jariah
2. doa anak-anak yang soleh
3. ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



KUALITI 7 M DALAM ISLAM

KUALITI 7 M DALAM ISLAM

Siapa yang tidak mahu cantik. Setiap orang juga paasti kelihatan cantik jika mereka mempunyai kualiti 7M.

Kualiti 7M ialah:

MUSYARAKAH - yakin bahawa dirinya mempunyai kecantikan tersendiri.

MJURAKABAH - menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri

MUHASABAH - sentiasa melihat kekurangan diri dan membetulkannya

MUAKOBAH - sentiasa mendidik diri agar berusaha 

MUQARRABAH - sentiasa mendekatkan diri dengan ALLAH swt.

MUJAHADAH - berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri.

MUARABAH - cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri.

Insyaallah kita sama-sama berusaha ke arah 7M 

KELEBIHAN SURAH AL MULK

KELEBIHAN SURAH AL MULK

Ibu Bapa saya suka membaca surah dan menghafal surah dalam al Quran. Diantara surah surah yang selallu saya dengar yang dibaca oleh bapa saya ialah surah al Mulk. Mereka juga memberitahu kelebiha-kelebihan yang terdapat dalam surah al Mulk ini.

Diantaranya ialah apabila ajal telah hampir tiba, kita akan dapat merasainya. Mereka berpesan kepada saya supaya menghafal surah tersebut, Alhamdulillah dan saya juga berharap sahabat sahabat pembaca blog saya  turut menghafal surah ini.

Surah al-Mulk adalah surah keselamatan dan keamanan kerana ia menyelamatkan para pembacanya dari SIKSA KUBUR.
Sejarah telah membuktikan seperti yang beerlaku di zaman Rasulullah saw, Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah satu ketika sesetengah pasa sahabat berkhemah di atas kubur.Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada dalam khemah mereka tiba-tiba terdengar suara orang membacakan Surah al-Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka bahawa mereka telah berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu telh diadukan kepada Rasulullah saw lalu baginda telah bersabda dan bermaksud:
"Surah Al-Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka".

Miskipun begitu Surah al-Mulk juga mempunyai beberapa kelebihan yang lain. Diantaranya ialah:-

1. Abu hurairah meriwayatkan hadith, katanya yang bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam al-Quran itu ada satu surah yang mengandungi ayat, ia mensyafaakan bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya selagi itu ia meminta ampun baginya. Surah itu adalah surah al-Mulk".

2. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Surah AL-Mulk itu memelihara pembacanya dari azab kubur".

3. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Aku gembira sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di hatinya".

4. Rasulullah saw telah besabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang membaca surah Al-Mulk tiap malam, ia akan selamat dari siksa kubur".

5. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang membaca surah al-Mulk mana-mana malam, nascaya datang ke kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan MunkrNakir"

6. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya dalam al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Iaitu surah al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke syurga".

7. Rasulullah saw telah bersabda dan bermaksud:
"Sebahagian surah-surah yang terdapat dalam al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu ialah surah al-Mulk. Ia membeeri syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga."

8. Ulama berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah saw tidak akan beradi melainkan setelah membaca surah As Sajaddah dan surah al Mulk".

9. Ulama berkata:
"Sesungguhnya surah al Mulk itu melepaskan penamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab di hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut pelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api neraka".

10. Saidina Ali  berkata:
"Barangsiapa yang mengamalkan surah al Mulk, nescaya dibawa di hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf".

11. Ulama berkata:
"Sesungguhnya Surah Yaasin dan surah al Mulk terkandung beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa yang mengamalkannya akan mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk".

12. Saidina abdullah bin Abbas berkata:
"Barangsiapa membaca surah al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nascaya akan mendapat bantuan dan pertolongan dari ALLAH swt di dalam kuburnya. Apabila azab hendak datang ke bahagian kepala, terdengar satu seruan, 
"tidak boleh engkau datang ke bahagian kepala ini kerana ada surah al Mulk".
Begitulah keadaannya bila azab itu peergi ke bahagian kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah al Mulk". 

Sunday, 1 July 2012

RAHSIA SURAH AT-KAUTSAR

RAHSIA SURAH AT-KAUTSAR

Surah ini paling pendek hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Mekah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah yang menghibutkan hati Nabi Muhammad saw kerana diturunkan ketika Nabi bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan iaitu:

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa mudah-mudaha ALlah makbulkan  doa kita.

2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosoklah di leher, insyaallah akan hilang dahaga.

3. jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini 10 x pada mata.

4. jika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH swt bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5. Jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah.

6. jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut kusyuk ketika menunaikan solat.

7. jika orang teraniaya dan terpenjara bacakan sebanyak 71x  ALLAH swt akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah dan dizalimi. Insyallah. 

AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK DIAMALKAN

AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK DIAMALKAN

1. Supaya elak suami tak kahwin lain :
Surah Toha, ayat 39 bermula dari tanda Jim kecil

2. Untuk elak suami-isteri dan anak-anak tidak bergaduh:
Surah al-Baqarah, ayat 102

3. Supaya anak-anak pandai dalam pelajaran
Surah al-Anbibiya' ayat 79

4. Supaya anak-anak lembut hati dan elak panas baran
Surah al-Anbiay, ayat 69
Surah al-Hasyr ayat 22-24

5. Supaya anak-anak tidak malas ke sekolah
Surah Toha ayat 1-5

6. Ayat pendinding diri
Ayat akhir surah at-Taubah

7. Supaya anak-anak tidak suka keluar malam
Surah ar-Ruum ayat 31 (baca 33x)

8. Untuk jadi pendinding rumah (pagar rumah)
Surah al-Baqarah di baca dan ditiup pada air dan disemburkan di keliling rumah.

*baca ayat-ayat dalam angka ganjil 3,5,7, kali. Kemudian tiupka ke ubun anak-anak suami atau isteri. Tawakkal kepada Allah semoga permintaan kita dimakbulkan ALLAH swt.

SATU MINIT UNTUK MEMPERINGATI ALLAH

Langkah 1:
Sebutkan dengan sepenih hati dan lidah yang fasih:
1. SUBHANALLAH
2. ALHAMDULILLAH
3. LAAI LAAHAILLALLAH
4. ALLAHU AKBAR
5. ASTAGHFIRULLAH
6. LAA ILAAHAILLALLAH, MUHAMMADAR RASULULLAH
7. ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WAABARIK 'ALASAYYIDINA MUHAMMAD WAALA ALIHI WASAHBIHI AJIMAEEN 

Langkah 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan.

DOA SEWKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sewaktu bersujud kita berada sangat hampir dengan ALLAH. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang biasa dilakukan oleh Rasulullah SAW memenjangkan sujudnya memperbanyakkan zikir dan doa dengan didalamnya.

Rasulullah saw :
"Suasana yang paling hampir dengan hamba dan TuhanNYA ialah dikala ia sujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa didalamnya".

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya ALLAH, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar".

Semoga dengan mengamalkan doa ini, kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan ALLAH dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa didalamnya. Rasulullah saw biasa berbuat begitu sehingga penah para sahabat hairan kerana amanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh banginda dalam sabdanya yang bermaksud,
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat".
Mendengar itu para sahabat bertanya,
"Bagaimana engkau dapat mengenali mereka wahai ya Rasulullah saw?"
Jawab baginda,
"Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedangkan didalamnya pula terdapat seekor kuda yang putih bersih, maka adakah engkau tidak akan mengenalinya?"
Sahabat menjawab,
"Bahkan!"
Rasulullah saw menyambung,
"Kerana sesungguhnya pada ketika itu (Hari Kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebutkan mereka (terutama anggota berwuduk) putih berseri-seri oleh cahaya wuuduk. 
KEISTIMEWAANNYA ahli neraka juga akan mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.

Rasulullah saw bersabda dan bermaksud,
"Apabila ALLAH hwendak melimpahkan rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli Neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah ALLAH swt lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka) di mana ALLAH menegah NERAKA memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah ALLAH memuliakan hambaNya yang bersujud. Orang yang bersujud mendapat keistimewaannyaapatah lagi dalam sujud yang kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.  





Monday, 25 June 2012

KEBERKATAN SURAH YAASIN

KEBERKATAN SURAH YAASIN

UNTUK KESELAMATAN DIRI, YANG SUSAH MENJADI SENANG.

Ayat 1-9: Untuk keselamatan diri.

Ayat 9: Orang jahat tidak nampak kita terutamanya orang kafir.

Ayat 12 : Merupakan jantung Yaasin. Raululah saw berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13-35: Mengisahkan orang-orang yang matu syahid.

Ayat 22-23: Untuk menjaga aqidah. Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29: Sebagai amaan mengelakkan diri daripada difitnah dan jahat mulut.

Ayat 29: Untuk digunakan jika kita rasa orang aniaya kita. Lebih elok dibaca disemburkan ke muka orang itu.

Ayat 30: Untuk keinsafan. supaya dapat dipertemukan dengan ALLAH swt (baru berada di hati-beramal dengan-NYA)

Ayat 32: Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya-ingat segalanya datang dari ALLAH swt. Kita umat Muhammad saw, kita orang ISLAM dan lain-lain.

Ayat 33-35: Elok dijadikan amalan pada sesiapa yang menanam pokok. Tanaman akan menjadi subu 39r.

Ayat 36: Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan kepada sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh. Caranya- hembuskan dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keuar rumah.

Ayat 37: Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38: Mengisahkan pada bulan dan matahari pun sujud pada ALLAH swt yang satu.

Ayat 39: Megisahkan ilmu falaq.

Ayat 40: Merupakan kenyataan ALLAH swt yang satu.

Ayat 41: Mengisahkan Nabi Nuh as naik kapal. Elok dibaca sebelum menaiki kapal.

Ayat 44: Mengisahkan keseronokkan hidup di dunia. Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45-48: Mengisahkan kedegilan orang kafir kepada ALLAH swt. 

Ayat 49: Menceritakan tentang akhirat dan kehidupannya. Tiupa pertama datang dengan tiba-tiba. Tiupan Kedua-hancur. Tiupan ketiga- semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang mahsyar.

Ayat 50: Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58: Merupakan salam daripada ALLAH swt. Jika sakit kepala, bacakan dan sapukan ke kepala. Ulang sebnyak 3 kali.

Ayat 76: Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 78-79: Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa-bermula dari ayat yang bermaksud,
"Dia berkata, siapalah yang dapat menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur."
 Bacalah jika sakit tulang, urat atau patah tulang. Doktor di hospitalpun bertanyakan hal ini dan Dr Fatimah memberikan ayat ini.

Ayat 79: "Katakanlah yang menghidupkan ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan dia yang Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82: Untuk hajat-jika berhajat sesuatu, bacalah 100x . Dibacakan ke atas air minuman dan diminum selama 40 hari. Boleh jadi penawar. Jika airnya habis, diulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut.
Baca pada air 100x dan berdoa apa sahja hajat.