CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, 24 December 2011

KHASIAT GANODERMA LINGZI



KHASIAT GANODERMA LINGZI

Sejak 2000 tahun lalu, orang Cina turun temurun mempercayai khasiat cendawan terutama lingzhiyang dikatakan banyak mengandungi khasiat perubatan. Lingzhi juga dianggap tumbuhan yang begitu istimewa sebagai ubat ajaib. Di antara keajaibannya ialah ia boleh memanjangkan usia seseorang.

Fakta ini terakam dalam Ensaiklopedia Perubatan klasik China seperti Shen-Nung Herbal Medicine Book. Di dalam buku itu ada dinyatakan, lingzhi sebagai ubat yang terbaik yang tiada kesan sampingan buruk. Seseorang yang memakannya akan bertambah sihat.

Prof Madya Dr Mohd Noor A Wahab daripada Jabatan Biokimia & Mikrobiologi, Universiti Putra Malaysia (UPM ) yang lebih sepuluh tahun membuat kajian dan penyelidikan mengenai lingzhi, berkata kini khasiat lingzhi bukan sahaja dikenali di China, masyarakat Antarabangsa turut mengagumi dan mengakui keberkesanannya. Negara itu termasuklah Amerika Syarikat, Jepun, Taiwan dan Hong Kong. Begitu juga masyarakat di Malaysia yang semakin yakin dan mempercayai keistimewaan lingzhi.

Justeru, tidak hairan ganoderma diekstrak dan diproses untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan harian. Sehinggakan ada berbagai bentuk pemasaran Ganoderma di pasaran pada masa kini., seperti dalam bentuk minuman, kapsul dan tablet. Selain itu, ia juga menjadi bahan penting untuk menghasilkan produk penjagaan kulit dan kosmetik.

“Masyarakat di negara ini, mula mengkaji dan mengetahui khasiat lingzhi pada tahun 1970-an. Hasil beberapa kajian yang dibuat didapati memang tidak dapat dinafikan hakikat bahawa lingzhi amat menakjubkan terutama kegunaannya untuk mengubati penyakit. Malah kajian dan penyelidikan mengenai herba tradisional itu masih berterusan dilakukan oleh individu dan pihak tertentu” kata Dr Mohd Noor.

Bagaimanapun beliau menegaskan, walaupun sudah banyak kajian dan penyelidikan mengenai lingzhi di buat di Malaysia, hingga kini belum ada ujian klinikal sepenuhnya dilakukan terhadap spesis itu.

Dr Mohd Noor berkata, lingzhi adalah bahan herba semulajadi. Nama saintifik bagi lingzhi ialah Ganoderma, sementara di Jepun ia lebih dikenali dengan nama Reishi.

Beliau berkata, hanya spesis baik sahaja akan memberikan keberkesanan pada kesihatan dan mampu mengubai pelbagai penyakit. Di antara kesan ketara yang boleh di dapati pada seseorang itu selepas mengambil lingzhi ialah aktif dan bertenaga, selera makan meningkat tetapi berat badan tetap dan melancarkan penghadaman.

Berdasarkan hasil kajian, didapati cendawan lingzhi mengandungi empat jenis sebatian aktif iaitu polisakarida, adenosin, organik germanium dan triterpenoid. Sebatian ada ciri perangsang kesihatan tetapi boleh disintesis secara buatan.

Antara khasiat lingzhi
** Meningkatkan tenaga
** Mengurngkan paras kolesterol
** Menambah oksigen dalam darah
** Merangsang peredaran darahmengekalkan paras gula
** Meningkatkan daya ingatan
** Melambatkan proses penuaan
** Mengubat dan menghindari kanser
** Mengubati sakit puan
** Merangsang kesuburan
** Mengurangkan paras toksin
** Melawaskan penghadaman
** Mengubati kencing manis

Dr Mohd Noor berkata, organik germanium paling banyak terkandung dalam ganoderma (lingzhi) dan dikatakan enam kali lebih tinggi berbanding ginseng. Organik germanium, unsur semulajadi yang membantu peredaran darah, meningkatkan metabolisme dan keupayaan darah menyerap oksigen.

Manakala komponen penting dalam cendawan terutama ganoderma ialah polisakarida ( gula kompleks). Sebatian ini ialah B-13 glucan yang didapati meningkatkan kadar antibodi bagi menguatkan pelalian, sekaligus mencegah seseorang itu dari mendapat penyakit.

Triterpenoid pula sejenis sebatian yang ada rasa pahit. Hasil kajian klinikal di Jepun mendapati, daripada ekstrak ganoderma, sebatian ini mampu mengawal tekanan darah, memecahkan lemak dan menghalang penyakit jantung. Malah terdapat lima hingga sepuluh sebatian triterpene yang umumnya berfungsi merencat dan asid ganderik menunjukkan kesan paling baik.

Dr Mohd Noor berkata, apa yang jelas lingzhi memang sesuai diambil bagi meningkatkan tahap kesihatan dan daya ketahanan diri kerana fungsinya sebagai pencegah dapat membantu menghindarkan seseorang itu dari diserang penyakit di samping bertindak sebagai ubat autaupun perisai kesihatan.

Katanya, kajian turut mendapati, ganoderma sangat elok diberikan kepada wanita hamil dan juga berkesan bagi mengatasi masalah sakit puan iaitu senggugut (ganguan fisiologi) dan putus haid (akibat gejala monopaus).

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka yang bermasalah, pengambilan lingzhi mungkin akan memberikan kesan seperti pening dan banyak darah berkumpul di bahagain muka atau kulit (kerana peredaran darah meningkat), namun kesan ini akan hilang dalam masa 30 minit.

“ kejadian ini tdak perlu dikhuatiri kerana fenomena ini perkara biasa dalam pengambilan ganoderma sebagai ubat. Ia berlaku hanya pada peringakt awal pengambilan dan akhirnya kesan ini akan hilang segera. Kesan seperti itu timbul kerana bagi orang yang tidak berapa sihat, apabila memakan ganoderma mendapati tindak balas ubat berlaku pada bahagian yang paling lemah. Ini bermakna, ganoderma didapati boleh melawan kuman atau menghapuskan punca penyakit dan akhirnya menyembuhkannya” kata Dr Mohd Noor.

Beliau turut menegaskan, kesan yang timbul itu tidak bermakna, tidak sesuai mengambil lingzhi. Sebaliknya, apa yang perlu dilakukan ialah memastikan jumlah pengambilan dos, sesuai mengikut keadaan kesihatan diri. Malah berdasarkan kajian sehingga hari ini, didapati belum ada individu yang memakan ganoderma mengalami kesan negatif atau tidak memberi sebarang kesan kepada kesihatan badan.

Dr Mohd Noor yang kini bekerjasama dengan Pusat Sains Negara bagi mendidik dan memperkenalkan khasiat serta kemujaraban lingzhi kepada orang ramai.......

(^^,)


Thursday, 22 December 2011

CERMIN-CERMIN DIRIMU SELALU........

CERMIN-CERMIN DIRIMU SELALU........


Apa yang selalu dilihat dalam cermin??? Hakikatnya, yang diperlihatkan adalah DIRI....
ROHANInyer....kadangkala, kita sendiri TIDAK KENAL akan diri kita....

Saya ada satu cerita tuk dikongsi bersama.....^(**,)^


HELAH SANG KANCIL
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor haiwan yang bijaksana iaitu SANG KANCIL. suatu hari, sang kancil berjalan-jalan. tiba2 dia terdengar ngauman dari belakangnya. sang kancil menoleh dan dia melihat sang singa sedang berdia untuk menerkamnya.
Sang kancil berasa cemas. Fikirannya berputar ligat mencari idea tuk melepaskan diri daripada di baham oleh sang singa.
"Tunggu dulu sang singa yang gagah perkasa. sebelum kau makan aku, aku nak sampaikan satu pesanan," kata sang kancil mereka cerita.
"Pesanan apa tu sang kancil? kau jangan ingat kau boleh lepas daripada aku," kata sang singa sambil menunjukkan gigi dan tringnya yang tajam pada sang kancil. sang kancil bertambah gerun.
"Sebenarnya, aku disuruh oleh singa yang gagah untuk beradu kekuatan," ujar sang kancil.
"Apa!!! ada singa lain mahu bertarung dengan aku???," jawab singa. Dia mengaum sekuat-kuat hatinya.
"Dimana kau jumpa dengan singa yang berani nak bertarung dengan aku tu?,"
soal  singa.
"Dia ada di tepi sungai pinggir hutan ni," jawab sang kancil.

BAYANGAN DIRI SENDIRI
Tanpa berlengah lagi, sang singa terus berlari dan meluru ke tempat yang dimaksudkan. Mata sang singa liar memandang ke sana, ke sini mencari kelibat singa yang dimaksudkan oleh sang kancil itu tadi.
Saat singa melihat ke dalam air, sang singa ternampak bayangan dalam air yang serupa seperti dirinya. sang singa menyangka bahawa bayangan itu adalah singa yang mahu menentangnya. lau sang singa pun mengaum.
Melihat bayangan "singa" itu menunjukkan gigi taringnya, sang singa berasa tercabar dan terjun ke dalam sungai itu.
Jbuurrr!!!!!
sang singa kebingungan dan kesejukan. perasaannya bercampur baur, dan memikirkan, kemanakah "lawannya" tadi.

MENGENAL DIRI
Akhirnya, sang kancil terselamat dari dimakan oleh sang singa.
Agak-agaknya, mengapa sang singa tu tak tahu, yang dalam sungai tu adalah bayangannya sendiri?
SEBAB SINGA TAK PERNAH LIHAT CERMIN?
Betul, singa tidak pernah melihat cermin. Sebab itu, bayang-bayang nya sendiri pun dia tak tahu.
singat tidak pernah enal dirinya.
singa tidak tahu kekuatan juga kelemahan yang terdapat pada dirinya, sehinggakan dia telah diperdaya oleh sang kancil.

SEBAB ITU, PENTINGNYA KITA MENGENAL DIRI.
Salah satu caranya ialah dengan "bercermin".
tahu kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

INGATLAH,
kenali dirimu dengan selalu melihat cermin.
Cermin pertama ada dihatimu
cermin kedua, ada di sekeliling mu.

KEPADA KELUARGA, SAHABAT-HANDAI DAN SESIAPA SAHAJA,
ANDAI KAMU INGIN MEREKA MENGHORMATIMU, MAKA
BERIKANLAH PERNGHORMATANMU KEPADA MEREKA
DAN
ANDAI KAMU INGIN MEREKA MENYAYANGIMU, MAKA
BERIKANLAH KAASIH SAYANG MU KEPADA MEREKA.

Berlandaskan dengan penduan-NYA, yakinlah pada diri, bahawa dirimu akan selamat dari kerugian di dunia juga di akhirat. AMIN.




Wednesday, 21 December 2011

SOALJAWAB PEMAKAIAN PREMIUM BEAUTIFUL

SOALJAWAB PEMAKAIAN PREMIUM BEAUTIFUL

1. Adakah pemakaian Premium  Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ianya akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?
Tidak. pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful diprbuat daripada fabrik semulajadi seperti FIBER, NILON, TETRON serta fabrik lain yang disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infra red) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang argonomi. ianya menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisma badan. Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejeskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghaasilkan kontur badan yang menarik. 

2. Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan terasa panas?
Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semulajadi yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas TIDAK akan menyebabkan badan terasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memailiki badan yang menarik.

3. Sekiranga kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai untuk mendapat ukuran badan?
Anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga ke-7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun tuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandung bulan ke-6 hingga 7. maka, perbezaan ukuran badan tidak besar. bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin.

Selain itu, mereka yang bersalin secara normal , Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari selepas bersalin. manakala bag mereka yang melahirkan bayi secara pembedahan , ianya hanya boleh dipakai selepas 10-14 hari selepas bersalin.masa keemasan bagi wanita bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa 6 bulan sahaja. mereka yang memakainnya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam masa singkat. ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke tempat asal. 

4. Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?
Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. biasanya kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. namum, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsistem selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian lemak akan kekal di tempat asal. bagi mereka yang mula-mula pakai Premium Beautiful mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa. 

5. Adakah pemakaian Premium Beautiful dapat membantu masalah payudara yang kendur dan mengelebeh?
Payudara yang melendut mungkin disebabkan oleh kelonggaran di bahagian otot dada dan pinggang di mana ia merupakan masalah yang paling umum bagi kebanykkan kaum wanita yang telah bersalin.

Premium Beautiful yang direka khas ini mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstreoskopik yang dapat menampung payudara gar ia tidka jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul.

Selain itu ia juga dapat menyelaraskan bahagian perut yang menonjol, meningkatkan garis payudara serta mengelakkan maasalah payudara yang kendur dan mengelebeh.

6. Adakah Premium Beautiful tidak dapat menampuny payudara yang terlalu besar dan menyebabkan melimpah keluar?
Premium Beautiful mempunyai 3 keping jahitan cawan yang berstreoskopik, rawan keluli dan reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul serta menegak dan mengukuhkan kedudukan payudara. maka, ia dapat menampung payudara yang besar sepenuhnya. 

7. Adakah masalah payudara yang kendur dapat diperbaiki dengan memakai Premium Beautiful? Ada orang mengatakan bahawa dengan memakai Premium Beautiful, payudara akan menjadi besar? Adakah ianya benar?
Saiz payudara mungkin akan berubah brpandukan kepada keadaan fisiologi seseorang. namum sekiranya kita memakai dalam keadaan yang baik seperti Premium Beautiful dalam jangka masa yang panjang ia dapat memperbaiki masalah payudara yang kendur dan mengelebeh, seterusnya membentuk kontur badan yang menarik.

8. Bilakah Premium Beautiful sesuai dipakai? Apakah tempat yang sesuai untuk memakainya?
Anda akan memperolehi kesan yang terbaik sekiranya anda memakai Premium Beautiful setiap hari. apabila bentuk badan sudah dikekalkan anda boleh memakai Premium Beautiful bersama-sama dengan singlet, sAkirt atau seluar mengikut kehendak anda.

Namun sekiranya anda tidak dapat memakai Premium Beautiful setiap hari anda boleh memilih untuk memakainya semasa anda menghadiri majlis perkahwinan atau majlis makan malam. ia dapat menonjolkan bentuk badan yang langsing dan menarik. 

9. Mengapa kita perlu memakai brassiere Premium Beautiful? Bolehkah kita hanya memakai long girdle?
Lemak sudah terbentuk di bahagian bawah punggung serta bahagian dalam dan luar paha. sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini, lama-kelamaan lemak akan terbentuk.
 
Jika anda hanya memakai long girdle untuk jangka masa panjang, lemak mudah terbentuk di bahagian perut dan paha luar, maka kontur badan akan menjadi tidak menarik.

10. Adakah long brassiere harus dipakai bersama long girdle dan waist nipper?
Long Brassire dan long girdle Premium Beautiful merupakan pakaian dalam pembentukan badan yang berfungsi untuk menyelaraskan kontur-kontur di bahagian dada, pinggang, perut, pinggul, paha dan keseluruhan badan.

Bagi waist nipper pula ia dapat menyelaraskan kontur dada dan perut, meningkatkan kedudukan dada dan menjadikannya lebih berisi dan memperbaiki postur seseorang. semasa anda memakai pakaian yang ketat , waist nipper diperlukan untuk memenuhi ruang antara long brassiere dan long girdle untuk membentuk pingang yang ramping dan seterusnya memperbetulkan postur badan. maka mereka yang memakai long brassire, waist nipper dan long girdle pada masa yang sama dapat membentuk kontur badan yang menarik. 

11. Long girdle Premium Baeutiful sangat ketat dan amat susah untuk dipakai? Apakah cara yang betul untuk memakainya?
PETAMA:
anda harus memilih saiz long girdle yang sesuai dengan anda (setelah melalui proses ukur badan). untuk memastikan keselesaan anda apabila memakainya untuk jangka masa yang lama dan membentuk kontur bahagian pinggul, perut dan paha yang cantik.

Namun, cara memakai long girdle tidak sama dengan cara anda memakai seluar dalam di mana anda terus menariknya. tindakan ini akan merosakkan fabrik long girdle dan menyebabkan bentuk pinggul berubah.

Cara pemakaian long girdle adalah seperti berikut:
1. pakaikan seluar dalam
2. tarik dengan perlahan hingga ke bahagian pinggang, kemudian bengkokkan kaki dan tarik.  selaraskan seluar dalam.
3. tumpukan lemak yang mnegalir di sekitar bahagian paha ke dalam cawan pinggul.

INGAT !!!!  sekiranya tangan anda tidak dapat memasuki long girde, ini bermakna ianya terlalu ketat....


< kesan pemakaian Premium Beautiful DSM Fida.....juga LACTO-LITE & jamu  MAHARANI
(lihat page PREMIUM BEAUTIFUL)

Sunday, 18 December 2011

BAJU DIA KOTOR

............................BAJU DIA KOTOR...........................

Sepasang suami isteri, baru sahaja berpindah ke rumah yang baru. setelah memindahkan emua perabot dan barangan, si isteri memilih satu sudut yang menghadap tingkap bagi meletakkan meja tulis.
di situlah nanti dia akan mengabiskan masanya dengan menulis dan mengemaskini blognya memandangkan dia suri rumah sepenuh masa.
sambil menuis, dia dapat memeratikan segala gelagat jirannya dari tingkat 3 pangsapuri yang di sewa. apatah lagi kawasan yang didiaminya itu, terkenal dengan kawasan berpendudukan padat.

Pada suatu hari, dia ternampak jirannya menjemur baju. tetapi ada sesuatu yang tidak kena. pabila suaminya pulang, diceritakan pada suaminya, perihal jirannya itu.
"Saya rasa jiran kita tu tak reti nak cuci baju lah abang", luahnya pada suaminya, satu-satunya teman berbual.
"kenapa sayang cakap macam tu?"
"Sebab saya nampak, baju2 yang dijemurnya itu, emuanya kurang bersih. masih ada kotoran yang melekat."
"Oh," balas suaminya ringkas, sambil mencuri pandang ke luar tingkap.

Setelah seminggu berlalu, si isteri bercerita lagi kepada suaminya.
"Jiran kita tu dah reti cuci baju. saya lihat semua bajunya bersih tak macam biasa."
suaminya terangguk-angguk.
"Masalahnya, bukan jiran kita tu yang tak reti cuci baju atau cuci ala kadar,
tetapi masalahnya ialah ingkap kita ni yang kotor. hari Ahd hari tu abang cuci tingkap tu sampai berih berkilat". jelas suaminya

PENGAJARAN:
Satu jri telunjuk menuding ke arash orang lain, hakikatnya empat lagi jari menunjuk ke arah kita sendiri.
sebelum menyalahkan orang lain atas sesuatu yang kita belum jela tentangnya, lihat diri sendiri keran kita juga ada kesalahan diri sendiri.
(jangan burukkan orang lain & jangan rendahkan orang lain)

  (page MOTIVASI)


MIMPI SEEKOR NYAMUK



MIMPI SEEKOR NYAMUK

Seekor nyamuk memberitahu sahabatnya, seekor belalang  :
"Aku bermimpi semalam"
"kau bermimpi apa?"
"Aku bermimpi, aku hisap darah segar kenyang-kenyang, Seronok sangat".
"Wah! itu mimpi yang hebat!".
"Ya dan aku sangat gembira,"
Belalang melihat perut nyamuk yang kempis.

Keesokkan harinya, sang nyamuk bercerita lagi.
"Aku bermimpi indah lagi semalam. kali ini lebih hebat. aku mimpi, WHO (World Health Organisation) telah mengharamkan segala penggunaan jenis ubat nyamuk sebab ia membawa kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Wah, seronoknya! tak perlulah lagi aku terbang lintang-pukang menyelamatkan diri setiap kali manusia menggunakan ubat nyamuk".
"hah hah hah, macam-macam mimpi kau. aku ni tidur mati tiap-tiap malam."
Sang nyamuk tergelak gembira dan menari-nari.

Hari yang berikutnya,
sang belalang pula menegur nyamuk:
"Engkau bermimpi indah lagi? Tersenyum memanjang."
"Tepat tekaan kau tu. semalam aku bermimpi lagi hebat.
aku bermimpi nyamuk diiktiraf sebagai serangga yang dipelihara dan tidak boleh dibunuh. Wah! indahnya hidup ini!"

Sang belalang melihat lagi perut sang nyamuk. makin kempis.
rupa-rupanya nyamuk masih tenggelam diulit mmpi....

PENGAJARAN:
Ramai manusia hanya bermimpi dan berkhayal, namum hakikatnya tidak pernah melakukan apa-apa. Jangan jadi Muslim yang menyangka mereka telah cukup beamal sehingga berangan2 pasti mendiami SYURGA. sebaliknya, imbangilah amalan yang dilakukan dengan campuran dua ramuan, khauf (takut) dan raja'(harap). 

Kisah ini juga boleh dikaitkan dalam
kehidupan seharian sebagai PEKERJA, PELAJAR mahupun USAHAWAN.
Jangan terlalu YAKIN, PASTI, dengan apa yang telah dilakukan,
dengan apa yang telah diusahakan
KERANA
belum tentu hasilnya mencapai tahap yang sepatutnya diharapkan, dibanggakan.
sentiasa meningkatkan usaha dalam apa sahaja yang dilakukan
demi kejayaan masa hadapan.

(page MOTIVASI)



Saturday, 17 December 2011

PUNCA HIDUP SUSAH


......................PUNCA HIDUP SUSAH...........??????

Sebagai umat Islam, kadang kala kita
LUPA
LEKA
LALAI
senang cakap, TAK INGAT LAAAA....
dalam apa yang dilakukan saban hari, sama ada
perkara itu boleh dilakukan atau pun tidak.....

Tahukan sahabat-sahabat ku di luar sana, bahawa
terdapat beberapa perkara apabila dilakukan
akan mendapatkan KESUSAHAN DALAM HIDUP....?????

Terdapat beberapa perkara yan mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab kepada ditimpanya kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. dalam kitab

Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah

yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyau hubungkait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak solat
tidak membaca Bismillah keika makan
3. makan atas pinggan yang terbalik (mangkuk)
4. pakai kasut atau sandal memulakan kaki kiri
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam makanan/hidangan
6. berwuduk di tempat buang aikecil/air besar
7. suka bersandar pada pintu rumah
8. suka duduk atas tangga
9. membiasakan diri mencuci tangan dalampinggan selepas makan
10. membasuh tangan dengan tanah atau dengan beka tepung
11. tidak membersihkan rumah
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam
14. suka tidur di atas muka
15. menjahit baju yang sedang dipakai
16. membakar kulit bawang
17. mengelap muka dengan baju
18. berdiri sambil mencekak pinggang
19. tidur tidak memakai baju
20. makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid setelh selesai menunaikan solat Subuh.
22. pergi ke paar sebelum matahari terbit

23. lambat pulang dari masjid
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak
25. kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan
26. suka memadam pelita dengan nafas
27. membuag kutu kepala dalam keadaan hidup
28. membasuh kaki dengan tangan kanan
29. membuang air kecil pada air yang mengalir
30. memakai seluar sambil berdiri
31. memakai serban sambil duduk
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis
33. makan dengan menggunakan dua jari
34. berjalan di antara dua kambing
35. berjalan di antara dua perempuan
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari tangan di bahagian lutut
38. meletakkan tapak tangan pada hidung
39. suka menggigit kuku dengan mulut
40. mendedahkan aurat di bawah sinar matahari dan bulan
41. mengadap kiblat ketika buang air dan air besar
42. menguap ketika solat
43. meludah di tempat buang air kecil dan air besar



     

10 SEBAB DOA DITOLAK


10 SEBAB DOA DITOLAK

1.       KAMU MENGENAL ALLAH TAPI KAMU TIDAK TUNAIKAN HAK-HAKNYA.
2.       KAMU BERKATA BAHAWA KAMU CINTA KEPADA RASULULLAH TETAPI KAMU TINGGALKAN SUNNAH-SUNNAHNYA.
3.       KAMU MEMBACA AL-QURAN TAPI KAMU TIDAK MENGAMAL DENGANNYA.
4.       KAMU TALAH GUNAKAN RAHMAT-RAHMAT ALLAH TAPI KAMU TIDAK BERSYUKUR.
5.       KAMU TELAH BERKATA BAHAWA SYAITAN ITU ITU MUSUH KAMU TAPI KAMU TIDAK MENENTANGNYA.
6.       KAMU TELAH BERKATA BAHAWA SYURGA ITU BENAR TAPI KAMU TIDAK BERAMAL DENGANNYA.
7.       KAMU TELAH BERKATA BAHAWA NERAKA ITU BENAR TAPI KAMU TIDAK LARI DARINYA.
8.       KAMU TELAH BERKATA BAHAWA MATI ITU BENAR TETAPI KAMU TIDAK BEERSEDIA UNTUKNYA.
9.       KAMU BANGUN DARI TIDUR LALU KAMU MENCERITAKAN SEGALA KEAIBAN ORANG LAIN TAPI KAMU LUPA KEAIBAN KAMU SENDIRI.
10.     KAMU KEBUMIKAN MAYAT SAHABAT KAMU TAPI KAMU TIDAK MENGAMBIL IKTIBAT ATAS KEMATIANNYA.

(page SINAR HIDAYAH)